CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Chef Wan ‘Nasi Lemak Mas Macam Telanjang’

2-2-2014 03:03 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 68597| Komen: 528

Chef Wan – ‘Nasi Lemak MAS Macam Telanjang’   
      
SIAPA yang tak kenal chef selebriti terkemuka Malaysia, Chef Wan?
Bukan sahaja ‘otai’ dalam bidang masakan, malah namanya sudah berdiri setanding dengan chef-chef terkemuka antarabangsa.




Baru-baru ini, Chef Wan yang menaiki penerbangan kelas ekonomi ke Bangkok, Thailand meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap nasi lemak yang dihidangkan dalam pesawat milik Malaysia Airlines (MAS).
Menggelarnya sebagai ‘telanjang’, dia kesal kerana menu tersebut kelihatan tidak sempurna tanpa timun, kacang dan ikan bilis.
Menerusi gambar yang dimuatnaik di akaun Instagramnya, nasi lemak tersebut hanya dihidangkan bersama sambal dan telur rebus sahaja.




Baginya, ia secara tidak langsung memberi gambaran negatif pada orang luar yang tidak pernah melihat nasi lemak yang sebenar sebelum ini.
Berikut merupakan ‘caption’ penuh yang ditulisnya:


“I flew on economy to Bangkok thinking its such a short trip and so early pulak tu pasti i will close my eye and have a short nap tak payah lah membazir duit naik business class. This Sad looking Nasi Lemak from Mas for sarapan sungguh memeranjat kan..The fact that its our national career and we dont take pride in providing our so call most famous Malaysian breakfast that kita Agong2 kan bangga serata dunia and to show case this on international flight without the proper timun and kacang serta ikan bilis nampak macam miskin sangat sarapan Malaysia ini. Kita orang Malaysia sudah pasti la tahu akan quality Nasi lemak serta pilihan lauk2 that goes along with it but hey….what about all that international travellers. Seriously i feel sad that our Msian Breakfast can suffer its own image so misleading to the point where i felt the need for them to realised how serious this can be. Why la so much in consistency when it come to serving This dish at various destinations? Why my flight ticket cost me rm850 tu maka its not business class enough ke that i am serve Nasi and Sambal with telor that make my breakfast so mcm ” Telanjang la” Come on la Mas tak kan kita nak selalu membebel pasal simple basic thing of serving the country national heritage food and dah macam pahat serta pemukul? Why sent letters to act on my complain and appology and then repeat back the same mistake? Hello am i being to difficult here or being sensible to request for a normal Nasi Lemak?”


Sejujurnya, penulis bersetuju dengan kata-kata Chef Wan itu. Setakat timun dan ikan bilis, berapa sangatlah jika dibandingkan dengan harga tiket yang sudah dibayar?


Lebih penting lagi, nasi lemak ni dah umpama makanan rasmi kita … janganlah hidang dalam keadaan yang menghilangkan seri dan imej masakan itu.
Sebelum ini, Chef Wan pernah menegur sebuah restoran di hotel lima bintang kerana menggunakan resepi yang kurang tepat untuk Laksa Nyonya.

Dia yang juga Duta Pelancongan Makanan Malaysia berkata, kesilapan resepi akan memberi imej buruk pada industri pelancongan di negara ini.


Ada baiknya pihak-pihak tersebut mengambil positif teguran Chef Wan itu. Tambah-tambah pula, tahun 2014 ialah Tahun Melawat Malaysia.
Jangan kerana nila setitik, rosak pula susu sebelanga…




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nuryakmal 31-1-2014 08:37 AM
Betul chef wan. I sokong!! Im very disappointed dengan nasi lemak tu jugak. Smbl dengan telur. Ikan bilis 2 helai. Shame shame ....  
Quote True-X 31-1-2014 08:40 AM
Aiyo...nasi lemak rm1 ringgit pon ade ikan bilis sekor ngan timun nipis sekeping....
Quote melati00 31-1-2014 08:43 AM
Yang ni memang sokong ... kalau takut masa panaskan nasi lemak timun tu jadi lembik dan tak crunchy boleh letak asing tapi bilis dan kacang mesti ada.
Quote Leonarzi 31-1-2014 08:43 AM
Sokong chef wan! Apapun hrp chef wan dpt pulang berbakti di tanah air... Sudah2 la cari kekayaan di spore... Money is not everything... Kalau duduk di msia dekat dgn anak cucu dia....
Quote hanakikan 31-1-2014 08:43 AM
Timun tu penting gak makan nasi lemak. Kalau dia letak ikan bilis saje atau kacang saje pun kira ok gak. Ni xde langsung. Memang patut kena sumpah dengam chef wan
Quote kosukeconan 31-1-2014 08:45 AM
sedap x sambal nasik lmk mas ni?
Quote yangleo 31-1-2014 08:45 AM
SOKONG chef Wan!
Quote naina 31-1-2014 08:48 AM
Kedekutnya nasi lemak takat tu je? klu aku pon hangin.
bpe sgtla rega timun, ikan bilis n kacang
pahtu xkn malas sgt kot dorg nk kupas2 bagai
dhla mahal, tp takat tu
Quote nuryakmal 31-1-2014 08:50 AM
kosukeconan posted on 31-1-2014 08:45 AM
sedap x sambal nasik lmk mas ni?

Sedap. Tu le masalahnya. Portion kecik macam air asia. Lauk sikit. No cucumbers. Nasib baik dpt chocolate
Quote achik2009 31-1-2014 08:51 AM
teringat dgn kes nasi lemak sambal plaster....




[youtube]OVcf0CFBPlk[/youtube] Last edited by achik2009 on 31-1-2014 12:27 PM

Quote mixed 31-1-2014 08:54 AM
Sokong chef belasah je sesape yg masak mkn mesia sambil lewa:lol
Quote achik2009 31-1-2014 08:58 AM
nasi lemak Air Asia...



Quote damian_lee 31-1-2014 08:59 AM
SOKONG!!! ..... dia ada authority ... hihihi
Go .. go ... go ...  Abam Chefwan (tibe2 jadi abam)
Quote cmf_jeangrey 31-1-2014 09:00 AM
ada posting chefwan sblm tu puji MAs bagai nk rak sbb layanan 1st class, makan sedap tapi sbb beliau selalu naik 1st class atau business class....now naik economy baru tau realiti MAS ni ....cheaper doesnt mean layanan kena macam mak tiri, makanan kena serupa sampah....
Quote rm611 31-1-2014 09:01 AM
Setuju dgn chef wan
Quote xAthenax 31-1-2014 09:08 AM
sokong chefWan
memang nasi lemak MAS bogel saja
kalau kaka tidak silap dengar,  nak kacang or ikan  bilis
kita kena request, macam tu lah kata FA dekat passenger depan kaka tempoh hari
Quote sueism 31-1-2014 09:19 AM
yg nie sokong betul dengan chef!
Quote sok_suci 31-1-2014 09:21 AM
Sokong gak, pastikan sere yg elok2 la wpun kelas ekonomi..
Quote nuryakmal 31-1-2014 09:23 AM
cmf_jeangrey posted on 31-1-2014 09:00 AM
ada posting chefwan sblm tu puji MAs bagai nk rak sbb layanan 1st class, makan sedap tapi sbb beliau ...

Mmg la layanan pun first class. Baru duduk miss akmal would u like some hot towel. Is it beef or chicken miss akmal. How is the pillow miss akmal. 8 hours flight naik first class smapia ke sudah miss akmal miss akmal

Lihat semua komen(528)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:02 PM GMT+8 , Processed in 0.086628 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top