Bukan menjadi satu kesalahan sekiranya isteri menanggung suami... Alasan Raja Azmi Raja Sulaiman itu meskipun agak 'taboo' bagi segelintir pihak, namun ia tidak menjadi duri dalam kehidupan penerbit kontroversi itu. "Ia bukan menjadi satu kesalahan," ujar Raja Azmi yang mengahwini Mohd Eddie Ghazali pada 14 Oktober 2013. "Sebagai isteri, saya juga bertanggungjawab dalam kehidupan berumah tangga termasuklah hal-hal berkaitan kewangan. "Saya tidak kisah apa orang nak cakap. Yang penting saya bahagia dengan kehidupan sekarang. "Kalau saya menanggung suami sekalipun itu adalah hak dan tanggungjawab saya sebagai isteri. Pada saya sekarang, duit bukan kepentingan lagi," tambahnya tanpa berselindung. Raja Azmi berkata demikian gara-gara ada dakwaan yang kononnya dia menanggung suaminya. Menurutnya, tidak pernah mengambil peduli mengenai apa pandangan masyarakat tentang kehidupan rumah tangganya. "Dulu perkahwinan pertama saya orang berkata saya habiskan duit suami, sekarang pula orang kata saya menanggung suami. "Kalau kita kisah orang nak cakap apa, kita tidak boleh hidup bahagia," katanya yang menganggap dakwaan itu boleh menguris hati suaminya sekali gus menjejaskan keharmonian rumah tangga mereka.
|
lucky_peace posted on 30-1-2014 09:57 AM
raja azmi nieyh lak keje ape? kaya betol ke die nieyh? dedulu yela ade syarikat buat komik anak2 sid ...
ADVERTISEMENT