CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Ifa Raziah Mahu Lakukan Umrah,

29-1-2014 06:05 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 17671| Komen: 101

Ifa Raziah Mahu Lakukan Umrah, Tidak Janji Bertudung

Ifa dan suaminya dijangka berangkat ke Mekah pada bulan Mac depan.

PETALING JAYA: Penyanyi dan pelakon Ifa Raziah berharap perancangannya untuk mengerjakan umrah di Mekah pada Mac depan termakbul selepas beberapa kali tertangguh sebelum ini.

Ifa atau nama sebenarnya Saripah Raziah Mustapha, 39, berkata, dia bakal berangkat ke tanah suci bersama suaminya, Mohd Yani Abdul Rahman dan sedang memilih pakej serta tarikh sesuai untuk ke sana.

"Sebelum ini sudah beberapa kali kami merancang untuk ke Mekah tetapi masih belum rezeki untuk ke sana dan Insya-Allah pada bulan Mac ini kami akan ke Tanah Suci.

"Buat masa ini kami sedang cari pakej sesuai dan masih belum menetapkan tarikh untuk berangkat. Harap-harap urusan kami dipermudahkan," katanya kepada mStar Onlineketika dihubungi pada Selasa.

Dalam pada itu, Ifa berkata, sebagai persediaan dia banyak bertanya kepada rakan-rakan yang pernah mengerjakan ibadah itu sebagai panduan ketika berada di sana nanti.

"Selain itu saya juga banyak membaca buku panduan dan doa sebagai persediaan selebihnya banyak bertanya kepada rakan-rakan yang pernah ke sana tentang pengalaman mereka," katanya.

Ditanya adakah dia akan mengubah penampilannya dan mengenakan hijab selepas balik daripada umrah, Ifa berkata dia tidak dapat berjanji mengenai perkara itu.

Ifa turut memberitahu jadualnya juga padat dengan pelbagai aktiviti seni.

Ini kerana dia bimbang tidak dapat menunaikan janji tersebut sekiranya dia berbuat demikian yang bakal memberikan persepsi buruk terhadapnya.
"Perkara seperti itu perlu datang dari hati yang ikhlas dan saya sendiri tidak tahu adakah saya akan memakai tudung secara kekal selepas pulang nanti.
"Jika saya berjanji akan berbuat demikian tetapi gagal menunaikannya ia akan memberi kesan lain kepada saya nanti," jelasnya.

Tambah Ifa, apa yang lebih penting semua pihak mendoakan perkara yang terbaik untuknya dan suami sepanjang berada di sana.
Sementara itu, Ifa berkata, dia bersyukur apabila rezekinya dalam bidang nyanyian dan lakonan semakin murah malah jadualnya telah padat dengan pelbagai aktiviti.
Ifa juga telah dilantik sebagai duta produk kecantikan iaitu Seri Cantik dan Adam pada awal Januari lalu.
"Alhamdulillah rezeki tidak putus-putus. Ini mungkin adalah hikmah daripada niat untuk mengerjakan umrah jadi Allah murahkan rezeki saya," katanya.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aderaderker 29-1-2014 07:34 AM
Retis yg nampak macam bodoh bila buka mulut memang iya betul bodoh..

Quote fifie_olin 29-1-2014 07:46 AM
awal2 lg dh sound...
nmpk sgt la x nk tutup aurat
Quote tepisket.. 29-1-2014 07:48 AM
Janji??? Kenapa kena janji plak??? U janji dengan Allah baru betul, dengan manusia apa u dapat???
Quote aiskrimpelangi 29-1-2014 07:52 AM
aderaderker posted on 29-1-2014 07:34 AM
Retis yg nampak macam bodoh bila buka mulut memang iya betul bodoh..

Benar kata2 uols ini..
Quote alin5054 29-1-2014 08:05 AM
x baek ckp gitu..kalau rasa tak nak pakai tudung ckp dlm hati jer la x perlu bagi statement mcm tu.....teringat ada 1 budak opis aku dia boleh ckp dia tak akan pakai tudung sampai bebila...berang aku dengor..
Quote xtahumenahu 29-1-2014 08:07 AM
kalo dia cakap mintak doakan dia akan bertudung pon dah ok..
Quote mzzenma 29-1-2014 08:14 AM
Cer pakai tudung..pastu kurgkan mekap..confirm lawa makcik ni

Skang ngan mekap tebal, bulu mata 18 tingkat dah mcm ponen tua je..penat je cucuk sana sini tapi mekap mcm tepung gomak
Quote sambal_kicap 29-1-2014 08:24 AM
Haishh.. Unutngnyaa dah dapat pergi!! I nak pergi sana juga. Moga ada kesempatan.. Semoga tergerak hati she untuk berubah
Quote BKetela 29-1-2014 08:26 AM
O a lohhh.... baru nak pilih tarikh dgn pakej dah canang sana sini...
aku ingat kot dah dapat visa segala...... adoyaiiii....
Quote Grengo 29-1-2014 08:31 AM
mungkin di depan kaabah nanti dia akn dpt hidayah mcm miznina.
Quote asampodeh 29-1-2014 09:01 AM
klu tknk pkai pun tk perlu le bg stetmen bodo cenggitu..
Quote aminsaniah 29-1-2014 09:03 AM
no beuty no brain...jgn takbur di bumi Allah...(peringatan utk diri sendiri)
Quote solstice 29-1-2014 09:11 AM
Kalau lagu ni baik lah dok diam2 saja
Quote kikuri 29-1-2014 09:12 AM
manalah taw kat sana mendapat hidayah..
Quote clarizsa 29-1-2014 09:13 AM
umrah tu melancong kan....
Quote nurwa 29-1-2014 09:14 AM
lg statement bodohkan diri sendiri
Quote budakmanentah 29-1-2014 09:16 AM
astarfirullah hal azimmm...macam ni punya manusia pon ade...bukan dia nk berdoa supaya boleh bertudung...tp lain plk yg dia janji
Quote wahiza 29-1-2014 09:18 AM
aku rasa better dia xyah jwb soklan reporter...
Quote lucky_peace 29-1-2014 09:20 AM
tak boleh tgk die, mesti teringat die paka ishort skirt masa AJL ritu.. huhuhu...

Lihat semua komen(101)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 02:05 PM GMT+8 , Processed in 0.064581 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top