CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Pecahkan Rekod Hafiz, Jac Anggap Usaha Berbaloi

28-1-2014 01:08 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 14090| Komen: 89

Description: Mungkin Ramai Yang Menyangka Lagu Yang Dibawakan Oleh Jaclyn Victor (Jac) Berjudul Ikut Rentakkupada Malam Anugerah Juara Lagu Ke-28 (Ajl28) Baru-Baru Ini, Mudah Saja.


Mungkin ramai yang menyangka lagu yang dibawakan oleh Jaclyn Victor (Jac) berjudul Ikut Rentakkupada malam Anugerah Juara Lagu ke-28 (AJL28) baru-baru ini, mudah saja.

Apatah lagi lagu itu dinyanyikan olehnya yang sedia dikenali sebagai penghibur yang mempunyai vokal mantap.

Namun hakikatnya Jac mengakui lagu ciptaan Edry Abdul Halim itu susah untuk dinyanyikannya. Begitupun kepayahan Jac terbalas apabila dia memenangi kategori Vokal Terbaik pada malam tersebut.

Kejayaan tersebut sekaligus mencatat sejarah tersendiri buat Jac apabila berjaya memecahkn rekod dominasi penyanyi Hafiz yang sebelum ini berjaya menggunguli kategori tersebut untuk tiga kali berturut-turut.


"Lagu ni bukan mudah sebenarnya untuk dinyanyikan. Orang mungkin ingat ia senang, tapi tak. Biasanya saya selalu dapat lagu berentak balada. Tapi kali ni saya dapat lagu rancak.

Jadi saya buat saja lah. Saya fikir hanya mahu berseronok semasa buat persembahan di pentas. Kalau menang, bonus. Kalau tak menang, tak apa.

"Dengan kemenangan ini, ianya sangat berbaloi. Lagu tu susah, tapi usaha saya yang dibantu oleh kawan-kawan, akhirnya membuahkan hasil yang sangat bermakna", katanya kepada Malaysian Digest.com ketika ditemui pada sidang media sejurus usai acara gilang gemilang itu pada malam Ahad lalu.


Persembahan mantap Jac diiringi lima penyanyi hebat, (dari kiri) Salamiah Hassan, Dina Nadzir, Adibah Noor, Elvira dan Atilia.
Kredit foto Faisol Mustafa.

Dalam pada itu Jac juga meluahkan perhargaannya kepada lima sahabatnya iaitu Dina Nadzir, Salamiah Hassan, Atilia, Elvira Arul dan Adibah Noor yang sudi mengiringinya di pentas bagi menghangatkan lagi persembahannya.

“Sebenarnya saya nak mereka berdiri sebaris dengan saya, ala-ala ‘dreamgirls’. Tapi mereka menolak dan suruh saya kehadapan sebab saya bertanding. Saya cukup berterima kasih pada mereka sebab sudi membuat persembahan dengan saya.

"Saya pilih mereka sebab mereka adalah sahabat saya yang saya sangat sanjung dan hormati. Personaliti mereka juga membayangkan yang mereka ini wanita yang kuat sama macam maksud lagu ini”


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote myakayina 28-1-2014 10:17 AM
mmg berbaloi pun jac..
Quote enchikfitz 28-1-2014 10:32 AM
selayaknya. energetic performance! ada attitude!
Quote shogun77 28-1-2014 10:34 AM
harmoni gila la lagu ni!
Quote beatgirlX 28-1-2014 10:35 AM
she deserved it rasanya..sebab among 5 back up singer yg top dan suara perghh..jac masih lagi main singer...masa tengok tu rasa cam..alahai..nape ambik derang tu jadi back up..kang tenggelam sora dia..tapi tak..huhuh...

and aku suka baju diaorg..baju jac pun chumil..hehehe
Quote lucky_peace 28-1-2014 11:15 AM
mula2 tgk hafiz perform, i dah speku vokal terbaik mesti milik hafiz...

tapi bile jac perform, mmg i mengharap sangat vokal terbaik milik die... she did a great job... sangat memukau vokal die malam tu... mmg deserve tuk die~~~

tahniah jac...
Quote wahiza 28-1-2014 11:20 AM
tahniah jac...aku pun rasa jac ptt menang mlm tu compare hafiz...
Quote ais_kosong 28-1-2014 11:25 AM
hafiz or jac aku sukong ja..
jangan la lagu acik timah
Quote dauswq 28-1-2014 11:36 AM
tekaan aku betul smlm dia akn menang vokal terbaik
taun lepas aku predict hafiz menang vokal wlpn agak menyampah gak kebenarannya hehe
Quote hyie 28-1-2014 11:46 AM
suka performance diorang
Quote wanawina 28-1-2014 12:42 PM
aku rasa sore diorang harmony sgt. mmg berbaloi la jac menang. sora jac best hokeh malam tu.tapi mang susah pun nak nyanyi. aku try padankan dgn note sore aku pun hampeh.
Quote bambimbom 28-1-2014 12:43 PM
first time aku dgr lagu jac mlm tu..

Quote sambal_kicap 28-1-2014 12:45 PM
vokal jac memang best malam tu! sama macam dengar radio jugak. congrats jac.
Quote sambal_kicap 28-1-2014 12:45 PM
Persembahan dia pun I suka. COmel je Dina dengan Adibah Nor belakang tu. Kompiden joget2..
Quote ogata 28-1-2014 12:49 PM
performance paling cute i tengok..
Quote mrsbob 28-1-2014 01:01 PM
ais_kosong posted on 28-1-2014 11:25 AM
hafiz or jac aku sukong ja..
jangan la lagu acik timah

acik timah? kikikiki...!!!!
Quote cikperiukkera 28-1-2014 01:09 PM
Urk rekod yg menang lebih dr sekali
Misha Omar 2x
Hafiz 3x
Jac 2x
Tahniahhhh... Semua hebat2
Quote blackred99 28-1-2014 01:10 PM
mmg patut pun Jac menang, vokal mantap!
Quote darkzombie 28-1-2014 01:15 PM
Aku suka atitude beliau ketika meyanyikan pagu tersebut. Dah lama aku tak ulang dengar lagu live beliau sekerap skrg syabas jac. Selamat kembali semula.

Lihat semua komen(89)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-7-2024 08:27 PM GMT+8 , Processed in 0.056848 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top