Penerbit dan pengarah terkenal Datuk Yusof Haslam berharap rajuk hati anak lelakinya, Syamsul Yusof hilang selepas pengarah muda itu bernikah dengan gadis pilihan hatinya, pelakon Puteri Sarah Liyana. Menurut Yusof, 60, ekoran isu cetak rompak yang melanda filem KL Gangster 2 arahannya beberapa bulan lalu, sehingga kini Syamsul masih belum bersemangat untuk kembali semula ke dunia pengarahan filem.
"Sejak selesai pembikinan KL Gangster 2, sehingga ke hari ini dah dua tahun dia (Syamsul) tak buat filem. Dia masih rasa terkilan dan merajuk. "Tapi buat masa ni saya pun faham keadaan dia. Tak apalah. Biar dia selesaikan dulu majlis perkahwinan dia. Mudah-mudah selepas bergelar suami nanti sikapnya akan berubah. "Harap dia jangan lagi merajuk sebaliknya bangkit dari kekecewaan dan kembali bersemangat untuk mengarah semula", kata Datuk Yusof Haslam ketika ditemui pada majlis sidang media drama bersiri kepolisan Gerak Khas musim terbaru, bertempat di Ibu Pejabat Balai Polis Bukit Aman, petang semalam. Datuk Yusof Haslam. Yusof juga dalam pada itu meluahkan rasa risau dengan sikap anak lelakinya itu namun sebagai bapa, beliau cukup memahami dan meletakkan harapan yang tinggi agar Syamsul membuat kemunculan semula selepas bergelar suami nanti. Apatahlagi apabila beliau sebolehnya mahu bukan saja nak lelaki bongsunya, Syafiq, bahkan Syamsul turut meneruskan legasi empayar syarikat produksinya, Skop Productions dalam menghasilkan filem-filem bermutu tinggi. Tambahnya lagi, beliau juga berharap drama Gerak Khas musim kali ini akan mendapat sentuhan Syamsul bagi beberapa episod seterusnya. "Saya harap Syamsul boleh ambil alih untuk arah. |
setankuning posted on 22-1-2014 09:17 AM
latest gerak khas ni ada afiq muiz kan?
tgk line up cam best je
salimrock posted on 22-1-2014 09:04 AM
lama tak tgk gerak khas...
syafiq ni masa berlakon gerak khas dia pegang watak anak sarjan manan. ...
ADVERTISEMENT