Semalam menerusi BiPop Berita Harian menerusi ruangan Raja Nurfatimah, selebriti Fouziah Gous dikatakan semakin berlagak Diva dan semakin menyombong terutamanya selepas bernikah dengan Md Zhafran September lalu. Menurut Raja lagi,Fouziah Gous yang dikenalinya bukanlah orang yang seperti itu. Susah dia nak mendengar Fouziah bercakap propa ataupun mengata orang. Dikatakan beberapa individu yang bekerja dengan Fouziah mengalami situasi begitu. Mengikut cerita seorang krew "Senafas Cinta", "Kami tak sangka Fouziah makin berubah. Makin menjadi-jadi sikap Divanya. Datang ke lokasi pengambaran seakan-akan nak menunjuk sejak mampu memiliki kereta besar. Kalau dah kaya, buat apa nak berlakon lagi.Duduk ruamh sajalah. Perasaan bengang sampai ke klimak apabila Fouziah dengan bangganya bercerita kepada semua orang dilokasi pengambaran suaminya mendapat projek dan juga tender bernilai jutaan ringgit."Tambah krew itu lagi, sepatutnya Fouziah datang ke lokasi meghafal skrip drama tetapi sibuk pula mencanang cerita perniagaan suaminya. Sikap bangga yang dipamer Fouziah itu membuatkan dia dilihat lupa diri dan suka menunjuk-nunjuk kemewahan yang dimiliki. Sebaliknya pula sikap suami Fouziah, kata krew itu lagi, suami dia seorang yang baik dan berbudi bahasa apabila bercakap dengan sesiapa pun. Tetapi si isteri pula yang dah berubah perangai. Disebabkan perangai Fouziah yang kurang disenangi itu, kebanyakkan krew produksi buat pekak telinga bila dia bercerita bisnes juta-juta. Ramai katanya yang dha meluat dengan perangainya itu.
|
pointed posted on 21-1-2014 11:12 AM
Kesiannya org mcm ni!! Somi relax je.. Biasenye klu cmni bg org yg dulu x berduit tibe2 dpt durian r ...
ADVERTISEMENT