CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Majlis Itu Tetap Akan Diadakan Tapi - Farid Kamil

20-1-2014 03:56 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 23847| Komen: 120



Tahun lalu pelakon dan pengarah Farid Kamil ada memberitahu beliau akan mengadakan majlis aqiqah anak sulungnya Muhammad sekali dengan majlis khatam Quran isterinya, Diana Danialle. Namun sehingga kini majlis tersebut belum lagi dilaksanakan.

Bertemu Farid pada majlis previu filem Kami Histeria di e@curve  malam tadi, MD berpeluang bertanyakan mengenai perkembangan  perancangannya itu.

Menurut Farid, dia tetap akan mengadakan majlis itu. Cuma lambat atau cepat ianya dilaksanakan, bergantung pada isterinya, Diana Danielle.

Begitupun mengenai hal majlis istimewanya itu yag dikatakan akan menjadi hak eksklusif stesen TV berbayar, Astro, Farid berkata perkara itu masih belum diputuskan memandangkan tiada apa-apa perbincangan selanjutnya antara dia dengan pihak berkenaan.

"Majlis itu tetap diteruskan cuma bergantung pada kecepatan Diana habis belajar Al-Quran. Sekarang ni Diana masih lagi sedang belajar mengaji dan dia pun perlukan masa. Dia belajar mengaji dengan seorang ustazah.

"Tentang Astro tu, saya tak boleh cakap apa. Saya pun tak pasti sebab tak ada apa-apa perbincangan", katanya yang hadir pada majlis previu itu bagi menemani isterinya.
Pada masa sama Farid juga berkata dia terkejut kerana kemunculan anak dikhalayak sangat dinanti-nantikan ramai.
"Saya terkejut bila ramai orang menanti kemuculan anak saya. Sebab yang bergelar selebriti adalah saya dan isteri saya dan bukan anak saya", ujarnya.

Akaun Instagram Anak
Sebelum ini Farid juga pernah berkata dia tidak mahu terlalu mendedahkan anaknya pada umum. Lebih-lebih lagi apabila diberitakan majlis aqiqah yang akan diadakan itu akan menjadi eksklusif untuk stesen Astro. Justeru selagi majlis belum berlangsung, dia tidak boleh terlalu mendedahkan anaknya baik di tempat umum mahupun gambar di Instagram..


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aiskrimpelangi 16-1-2014 03:28 PM
berbelit2 ko nih ckp
Quote ais_kosong 16-1-2014 03:39 PM
lempang laju2 kang..
Quote peah311 16-1-2014 03:41 PM
alahai.....xde ekslusifnye pon..aku dah puas nengok baby muhammad tuuuu
Quote honda_jazz 16-1-2014 03:47 PM
bosan aku gan cite dia ni..
Quote vv2005 16-1-2014 03:54 PM
nak tunggu DD khatam al-quran..ada ke masa DD ni nak belajar ngaji..
gamaknya anak dah besar baru abis ngaji kot
Quote fifie_olin 16-1-2014 03:57 PM
ala seme nk eksklusif....mcm la ko diva sgt...meluat i tawww
Quote lylea 16-1-2014 04:01 PM
berbelit-belit da.. mula2 ckp x de perbincangan.. pastu hak eklusif plak.. mana satu lerrr... DD sekarang ni npk makin kurus...
Quote mitnick 16-1-2014 04:02 PM
ape statement bnyk pusing? ke iols yg xphm
Quote amyainsamad 16-1-2014 04:03 PM
HAHAHAHAHA...gelak jela
Quote juliez 16-1-2014 04:03 PM

Baby dia dah umur brp thn ye?
Quote alaa 16-1-2014 04:17 PM
baby dia nmpk dah besar la...
Quote leftchopstick 16-1-2014 04:19 PM
mcm2 la dia nih
Quote rosasa 16-1-2014 04:23 PM
le.............. bajet bagus sungguh
Quote edoraixora 16-1-2014 04:28 PM
memakse la die ni....kesian dd
demi nk tutup citer lame die
Quote HannahMontana 16-1-2014 05:02 PM
sebenar2nya Fraid Kamli nak beritahu yg dia perlukan job utk sara anak dna isteri.


itu saja.
Quote d_giggsy 16-1-2014 05:12 PM
anak dia sebaya anak I dah 6 bulan....
Quote siti_kus 16-1-2014 05:12 PM
Mak DD x jumpa2 lg ke anak dgn cucu dia?
Quote clarizsa 16-1-2014 05:14 PM
nama muhammad je ke...
Quote juliez 16-1-2014 06:00 PM
d_giggsy posted on 16-1-2014 05:12 PM
anak dia sebaya anak I dah 6 bulan....

anak dia 6 bulan? dah besar kut bdk tu.. mcm dah umur 10 bulan ke atas..

anak dd


Anak vivy yusof founder fashionvalet baru masuk 6 bulan juga


Anak fasha sandha 9 bulan
Last edited by juliez on 16-1-2014 10:15 PM

Lihat semua komen(120)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 02:29 AM GMT+8 , Processed in 0.046352 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top