CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Memey Bahagia Jadi Ibu Muda

20-1-2014 11:27 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5393| Komen: 13




Bagi pelakon, Suhaiza Suhaimi atau lebih dikenali dengan nama Memey Suhaiza, 25, kebahagiaan dan kegembiraan yang dikecapi ketika ini tidak ternilai harganya. Apatah lagi sejak menjadi ibu tujuh bulan lalu. Pendek kata, kehidupan yang dijalani seolah-olah lengkap sepenuhnya.

Jelita, berkesempatan mengatur pertemuan dengan wanita cantik ini. Tidak susah berurusan dengannya, malah dia memberi kerjasama baik sepanjang sesi fotografi dilakukan. Begitu juga si comel, Mohamed Darwisz Hakim (tujuh bulan) yang sangat ‘mesra’ kamera. Ikuti pengalaman Memey menjadi ibu muda ini dan perubahan dirinya sejak bertudung.

Bangga & Gembira

“Alhamdulillah, saya sangat bersyukur dengan kehidupan yang dilalui sekarang. Hidup saya hampir lengkap, memiliki suami yang penyayang dan anak comel juga rezeki dalam kerja seni yang semakin bertambah. Syukur, saya melalui hari-hari yang sangat bermakna dan sebagai wanita, saya kira inilah erti bahagia yang sebenarnya.

Saya suka budak-budak sejak remaja lagi, malah sebelum berkahwin hubungan saya dengan anak Abang (Norman Hakim) agak rapat. Jadi, saya sudah terbiasa di kelilingi kanak-kanak. Apabila ada anak sendiri, saya tidak rasa janggal menguruskannya. Selepas berkahwin dan menjadi ibu, tentunya keutamaan saya sekarang kepada keluarga. Seboleh mungkin, saya mahu memberikan yang terbaik kepada suami dan anak. Saya juga berterima kasih kepada kak Abby (Abby Abadi) yang banyak membantu dalam beberapa hal termasuk sudi menjaga Darwisz pada waktu tertentu serta nasihatnya yang sangat berguna.

Perasaan bahagia dan gembira yang saya rasa ketika ini sangat dalam dan sukar untuk saya luahkan melalui kata-kata. Betapa besar rahmat Allah kepada kami sekeluarga, saya tidak putus-putus berdoa agar semua ini kekal sampai bila-bila. Menyentuh soal menjadi ibu pada usia muda, saya akui ada beberapa orang teman yang takut untuk menggalas tanggungjawab itu. Bagi saya, dikurniai anak satu anugerah yang sangat berharga dan saya bangga dapat menjadi ibu pada usia muda.”




Menangis ‘Berpisah’ Dengan Anak

Walaupun terpaksa keluar bekerja, saya tetap mencuri masa untuk bersama Darwisz. Kalau berada di set penggambaran, memang tak sabarsabar rasanya untuk pulang ke rumah. Kadang-kadang, saya akan ‘curi masa’ sejam dua ketika rehat untuk pulang dan datang semula ke set selepas itu.

Masa yang ada akan digunakan sepenuhnya untuk keluar bersama dan melayan karenah anak. Walaupun saya masih muda, saya perlu belajar untuk menguruskan anak sendiri. Setiap kali perlu keluar bekerja, saya berasa sangat berat hati apabila terpaksa meninggalkan Darwisz, tetapi saya rasa lega sebab dia di bawah jagaan adik saya (Mei Ling). Saya juga bersyukur kerana Darwisz sangat baik dan tidak banyak meragam.

“Kalau tengok keletahnya, saya tidak menolak untuk mengandung lagi. Sekarang, saya semakin faham naluri dan setiap kali berpisah dengannya walaupun untuk seketika. Saya menangis masa hari pertama berpisah dengan anak tetapi terpaksa kerana tuntutan kerja. Selalunya saya akan pastikan apabila semua kerja selesai, saya akan terus balik ke rumah.”




Jaga Penampilan & Pemakanan

“Kalau nak tahu, berat badan saya hanya bertambah lima kilogram ketika mengandung dan sekarang perlahan-lahan turun pada berat asal (55 kg). Kalau ikutkan genetik, keluarga saya bersaiz besar, tetapi Alhamdulillah, tiada perubahan ketara selepas melahirkan Darwisz. Cuma, sentiasa rasa nak makan. Ini mungkin sebab anak menyusukannya, jadi cepat lapar.

Sepanjang tempoh berpantang, tiada diet khas yang diamalkan tetapi saya pastikan mengambil makanan sihat dan berkhasiat, selain beberapa jenis makanan kesihatan untuk menambah tenaga.

Soal penampilan, memandangkan saiz badan tidak banyak berubah jadi semuanya kembali seperti biasa. Cuma lebih banyak pilih pakaian yang memudahkan saya untuk menyusukan Darwisz.”




Rezeki Berhijab

“Keputusan ini saya buat bukan kerana desakan sesiapa, tetapi datang dari hati sendiri. Jadi, adalah lebih baik saya buat perubahan ini. Mungkin sudah sampai masanya saya pakai tudung. Sekarang, saya tidak lagi berasa janggal malah sangat selesa apabila mengenakan tudung. Saya bersyukur serta gembira dengan perubahan ini. Harap peminat doakan yang terbaik untuk saya dan keluarga.

Alhamdulillah, Abang memberi sokongan penuh dan dia sangat gembira dengan perubahan ini. Lagipun, sebelum ini dia pernah minta saya pakai tudung ketika menyambut harijadinya pada 8 Januari lalu. Ketika itu saya masih belum bersedia dan Abang memahami situasi saya dan dia memberi ruang untuk berfikir.

Dia tidak mahu saya memakai tudung kerana terpaksa. Walaupun bertudung, saya akan terus berlakon selagi mendapat tawaran. Saya tidak akan terus berhenti kerana lakonan adalah minat saya. Saya tidak nafikan, mungkin tawaran itu akan berkurangan tetapi tidak mengapa kerana saya yakin rezeki ada di mana-mana.

Abang juga ada berpesan, seandainya tawaran berlakon berkurangan selepas ini, saya tidak boleh menyesal kerana apa yang saya lakukan ini kerana Allah. Abang memang lebih suka kalau saya duduk di rumah dan beri tumpuan kepada keluarga, tetapi pada masa sama dia juga tidak menghalang kalau saya mahu terus berlakon. Saya sendiri menjaga batas-batas sebagai wanita Muslimah dan bertepatan dengan status serta imej sekarang.

Tidak dinafikan, sebelum ini ada juga terfikir nasib saya dalam bidang lakonan selepas bertudung. Saya sangat bersyukur apabila rezeki dalam bidang lakonan semakin mencurah-curah.”



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote spiderman80 16-1-2014 05:08 PM
Berharap anak mereka menjadi manusia yang sangat alim dan kuat agamanya.
Quote azahan 16-1-2014 05:31 PM
besarnya dia senyum
Quote dellema 17-1-2014 02:18 PM
ayu jer btudung
Quote wanitajelita 21-1-2014 09:09 AM


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Ada tiga macam orang yang terkena laknat Allah SWT iaitu seorang yang membenci kedua ibu bapanya, seseorang yang berusaha menceraikan sepasang suami isteri, kemudian setelah isteri tersebut dicerai ia menggantikannya sebagai suaminya dan seseorang yang berusaha agar orang-orang mukmin saling membenci dan saling mendengki antara sesamanya dengan hasutan-hasutannya". (Hadis Riwayat Ad Dailami daripada Umar r.a)



Tak berminat dgn si mulut lebar ni pasal buruk akhlak & merampas laki orang. Kenapa masih wujud thread pasal dia? Species yg sama pasti akan defend Memey sebentar lagi dgn mendakwa, manusia melakukan kesilapan



Quote Chekti 21-1-2014 12:18 PM
Sekadar berkongsi kisah rakan baik saya yang berkahwin dengan pasanganya (suami org) dan pasangan itu bercerai disebabkan kawan baik saya ni..pada awal perkahwinan kawan saya sangat bahagia tapi tak ada anak..setelah 3 tahun baru ada anak..tup tup suami die dah ada org lain pulak..skrg ni kawan saya dah tak mau tinggal dgn suami dia...nak salahkan sape???
Hukum Karma??? marilah sama2 kita muhasabah diri..sekiranya ada lg yg mcm ni kita doakan lah yg baik2 utk mereka.
Ajal maut, jodoh pertemuan semuanya ditentukan oleh Allah...kita hanya merancang. Kalu dah ditakdirkan dia untuk kita dan kita untuk dia pastinya kita akan memiliki.Jodoh kita adalah yg terbaik utk diri kita..klu rasa pasangan kita tu tak ok pandang semula diri kita..ok ke kita ni???muhasabah diri..salahkan diri sendiri dahulu sebelum menyalahkan org lain..itu lebih baik.
Quote yanasan21 21-1-2014 02:49 PM
syukur la......semoga rumahtangga bahagia berkekalan...
Quote manjalara_01 21-1-2014 05:55 PM
hhmmm...

sebenarnya..manja pun x tau manja buat ape kat benang ni..

maybe nak share something..ade kisah sorg selebriti..ni..
x payah la manja nak sebut2 name..manja bukan nak salahkan sape2..
or mengiyakan ape2..

cume..kisahnya..sblum A mendirikan rumahtangga..
die mmg berpegang pd 1 prinsip that sounds a bit like this..
A x kan berkahwin/ bercinta dgn suami org...or maybe a bit like this..
A cume akan berkahwin dgn teruna...lebih kurang mcm tu la..

but at the end of the day..A bermadu..
not your usual fairytale..ending..

Quote sofysofya 22-1-2014 01:12 PM
SubhanaAllah.. comelnya anak dia. aku jarang puji anak melayu tapi anak melayu yang ni memang ohsem!!!
Quote sofysofya 22-1-2014 01:12 PM
manjalara_01 posted on 21-1-2014 05:55 PM
hhmmm...

sebenarnya..manja pun x tau manja buat ape kat benang ni..

siapakah artis itu manja??
Quote starbee 22-1-2014 03:28 PM
prinsip nye jadik goyah sbb cintakan sang lelaki... walaupun suami org kalau hati dah berkenan tetap nakkan jugak... bermadu blm tentu manis...
Quote AisyDani13 23-1-2014 10:11 AM
hihih......... comey memey
Quote julie8714 24-1-2014 01:23 PM
comel anak memey
Quote melzal 2-2-2014 01:53 PM
Anaknya comel. Tp aku tetap x berkenan tgk dia dlm romantika. Gedik nmpk. Walaupun berhijab dan sah jd suami x pyah la berkepit sakan. Rasa geli. Maaf ini yg aku rasa. Simpan je utk diri sendiri. Sikit2 sudah la

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-9-2024 07:20 AM GMT+8 , Processed in 0.046126 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top