CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 44666|Reply: 2

[Dunia] Ahli seismologi beri amaran kemungkinan letusan gunung berapi di Filipina

[Copy link]
Post time 22-9-2024 07:54 PM | Show all posts |Read mode
Ahli seismologi beri amaran kemungkinan letusan gunung berapi di Filipina
September 22, 2024 @ 7:46pm

Gunung berapi itu mengeluarkan kira-kira 10,449 tan sulfur dioksida dan merekodkan 55 gempa bumi gunung berapi dalam tempoh 24 jam yang lalu. - Foto AGENSI

MANILA: Agensi seismologi negara Filipina mengeluarkan amaran pada pagi ini mengenai kemungkinan letusan Gunung Kanlaon di tengah Filipina, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Gunung berapi itu mengeluarkan kira-kira 10,449 tan sulfur dioksida dan merekodkan 55 gempa bumi gunung berapi dalam tempoh 24 jam yang lepas, katanya.

Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina (PHIVOLCS) berkata amaran yang dipertingkatkan kekal berkuat kuasa untuk Gunung Kanlaon, dengan ketinggian 2,465 meter.

Terletak di Negros, pulau keempat paling ramai penduduk di Filipina, Gunung Kanlaon antara 24 gunung berapi aktif seismik di negara itu.

Agensi seismik negeri menasihatkan bahawa letupan wap atau freatik secara tiba-tiba mungkin berlaku pada bila-bila masa.

Letusan freatik atau letusan letupan wap, berlaku apabila magma memanaskan air bawah tanah atau air permukaan mengakibatkan letupan wap, abu, batu dan bom gunung berapi.

Orang ramai dinasihatkan bahawa kemasukan ke Zon Bahaya Kekal sepanjang empat kilometer adalah dilarang kerana bahaya letusan.

Semua jenis pesawat dilarang terbang berhampiran gunung berapi.

Jun lalu, letusan letupan berlaku di kawah puncak Kanlaon menghamburkan kepulan abu sepanjang lima kilometer ke langit. - BERNAMA-dpa

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2024 08:51 PM | Show all posts
habislah keluar godzilla friska pakai baju kelawar
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2024 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
HAARP.... IceCube Neutrino, period.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-9-2024 07:26 AM GMT+8 , Processed in 0.436618 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list