CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Nomad Bakal Di'Caras' Rita Rudaini

20-1-2014 11:11 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 29667| Komen: 173

Berang dengan gosip liar 


Bermula dengan pertemuan bagi menjayakan promosi filem Balistik untuk program MeleTop, pelakon Rita Rudaini, 38, tidak menyangka timbul gosip mendakwa dia meminati penyanyi muda, Nomad, 26.

Bagi Rita, gosip ditimbulkan itu bukan saja tidak benar, malah memalukannya yang juga berstatus ibu tunggal kepada dua cahaya mata lelaki, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Rafqa Arjuna.

Cerita itu bermula di ruangan CAK bertajuk ‘Artis jelita tak serik-serik’ pada minggu lalu, kemudian berlanjutan di Harian Metro keesokan harinya dengan kenyataan Nomad menafikan dia kini rapat dengan Rita. Dalam artikel bertajuk ‘Hanya kawan biasa’, Nomad juga mengatakan wanita lebih berusia daripadanya bukan ciri-ciri kekasih hati pilihannya.

“Saya bukan macam itu, tak minat kot perempuan lebih matang,” katanya.

Selepas berita itu dilaporkan, Rita bengang dan meluahkan rasa kecewanya kerana menganggap apa dilaporkan itu langsung tidak benar dan memalukannya. Katanya, dia punya saksi bahawa apa dilaporkan itu langsung tidak benar dan sangsi dengan niat pihak yang menyebarkan cerita itu.

“Kalau pun mahu mencipta gosip untuk popular, jangan sampai mengaitkan maruah orang lain. Apa pandangan umum apabila membacanya.
Saya ibu tunggal kepada dua anak.

Sudahlah masyarakat mudah memberi tanggapan buruk kepada mereka yang bergelar janda. “Hakikatnya, saya bertemu Nomad sewaktu mempromosi filem Balistik, tetapi apa yang berlaku seperti bergambar bersama dan merakam aksinya menyanyi adalah perkara biasa,” katanya.

Kata Rita, dia ada saksi waktu itu iaitu Penerbit Eksekutif Suhan Movies & Trading, Julia Juhasu yang membawanya ke studio MeleTop bagi mempromosi Balistik.

“Sebaik selesai ditemubual dan sewaktu hendak turun dari set, Nomad berjalan masuk.

Julia pula waktu itu meminta saya tunggu sekejap kerana mahu menonton sesi rakaman sehingga habis. “Saya tertanya-tanya juga siapa ‘mamat’ yang baru berjalan masuk dalam studio dan sebaik dia menyanyi, baru saya tahu dia penyanyi lagu Tetap Menantimu.

“Sewaktu Julia mengambil video persembahan Nomad, saya turut merakamnya kerana geli hati melihat aksi Nabil bersama Shiro yang turut menyanyi bersama.

“Sebaik selesai rakaman, saya ditemubual pula untuk YouTube Balistik. Sebaik sahaja selesai rakaman dan pusing belakang, saya nampak Nomad dan wakil syarikat rakamannya baru keluar dari studio dan menunggu di depan pintu serta menegur ajak bergambar. “Saya seperti biasa berkata boleh dan apa salahnya.

Waktu sama, saya memberitahu yang dia mempunyai suara bagus dan ucapkan selamat berjaya (good luck).“Selepas selesai segala urusan dan sewaktu mahu bergerak, kelihatan Nomad dan wakil syarikat rakamannya ada di pintu depan menuju ke tempat letak kereta.

Katanya mahu bergambar dengan Rosyam. “Waktu itu Nomad bertanya nama instagram saya.  Begitupun, saya jelaskan tidak mengapa, nanti saya akan muat naik gambar yang ada.  Sebaik saya sampai di rumah apabila melihat instagram, Nomad memuat naik gambar instagram kami.

“Saya muat naik semula dan ada beberapa gambar bersama jurusolek saya pun saya muat naik.

Selepas itu kami saling membalas komen menerusi gambar yang dimuat naik, termasuk dia memuji drama lakonan saya yang disiarkan di slot Samarinda TV3.  Itu saja,” katanya.
Luah Rita, membalas komen di instagram juga perkara biasa baginya sepertimana membalas komen produser David Teo mahupun pelakon dan produser Rosyam Nor.

“Sebelum ini saya pernah bertemu Fiq sewaktu mempromosi Balistik di studio program Wanita Hari Ini (WHI).

Saya ada ambil gambar dia dan memuat naik dalam instagram, tapi tidak pula menjadi isu dan Fiq sendiri membalas dengan mengucapkan terima kasih atas gambar yang dimuat naik.    “Saya rasa perkara ini timbul kerana ada pihak cuba memusing cerita apa sebenarnya berlaku pada hari itu.

Jika tidak, ia tidak akan disensasikan dan menjadi isu. “Bagi saya, perkara ini bukan isu besar, namun apabila diceritakan kembali sehingga menimbulkan gosip, ia melampau. Saya memang  tidak suka perkara seperti itu dikaitkan dengan diri saya.

“Sudah tentu gosip seperti ini memburukkan imej saya sebagai ibu.

Saat membaca artikel disiarkan, saya berasakan ia cerita yang tidak masuk akal.

“Yang menghairankan saya, sebelum ini ramai bergambar dengan saya atau saya bergambar dengan artis lain, baik lelaki mahupun wanita, tua atau muda dan ia tidak pernah pula menjadi isu.

“Entah mengapa, dengan Nomad tiba-tiba ada pihak mahu menimbulkan gosip mengarut,” katanya. Rita turut menegaskan kepada pihak yang cuba menimbulkan isu (kononnya dia cuba mendekati Nomad) supaya tampil dan membetulkan kembali keadaan serta tidak sewenang-wenangnya membuat fitnah berkaitan dirinya mahupun Nomad. “Sebelum ini belum ada rekod lagi saya digosip dengan mana-mana lelaki.

Jangan sesekali cuba mencemarkan nama saya.“Sebelum membuat sesuatu tindakan, ingat maruah orang lain.

Kalau hendak popular, banyak lagi usaha boleh dibuat dan ini bukan caranya,” katanya.

Nomad pula sewaktu dihubungi menjelaskan, dia memohon maaf jika kenyataan diberi sebelum ini membabitkan isu ditimbulkan mengguris hati mana-mana pihak, terutama Rita.  “Saya tidak berniat memburukkan Rita tetapi sebagai orang baru, saya tiada pengalaman dalam menangani isu sebegini. Ini pengalaman pertama saya berdepan gosip. “Saya juga tidak terlintas langsung untuk menjadi popular dengan cara begini. Apa yang berlaku timbul daripada salah faham dan di luar jangkaan. Sekali lagi saya memohon maaf banyak- banyak,” katanya.


Bagus
1

Marah
5

Terkejut
3

Sedih
1

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tomet05 19-1-2014 09:34 AM
wau .. dapat pucuk mudalagi uols .. berani eik depa nih nak mendekati kertu2 high mentenen nih ..
Quote xanderz 19-1-2014 09:38 AM
dipersilakan peminat tegar nomad @dahliateck untuk memberi komen
Quote munchkin 19-1-2014 09:39 AM
panjangnya penjelasan. macam thesis
Quote mitnick 19-1-2014 09:51 AM
hai alief2.. mcm2 hal
Quote aderaderker 19-1-2014 09:53 AM
Dia nye penerangan macam skrip drama..
Ape kata ritrud jd penulis skrip jah pasni..
Ade bakat dah tu..
Quote farah.noty 19-1-2014 09:56 AM
meroyan lagi makcik ni. semua benda nk meroyan.
Quote NAT_11 19-1-2014 10:06 AM
Aku rasa yang jadi satu penghinaan ni sebab si Nomad cakap,
dia tak minat pompuan kertu......................
Quote starcity 19-1-2014 10:08 AM
Good Luck la kepada mana2 lelaki yg ada hajat nak jadikan RR isteri...
Jiwa kena kental, telinga kena teballl...
Quote galleria23 19-1-2014 10:12 AM
Bak kata ahkak vok,Allah sudah bayar cash.apa yang dia rasa sekarang,tu lah yang famili aidil rasa.tau plak ko yang benda ni menjatuhkan maruah ko,yang ko senang2 jatuhkan maruah orang xpe plak ann.bukan sorang dua maruah orang ko jatuhkan kan.padan la muka.
p/s:mode standby dilahar pemenat ritrude.
Quote dino 19-1-2014 10:13 AM
NAT_11 posted on 19-1-2014 10:06 AM
Aku rasa yang jadi satu penghinaan ni sebab si Nomad cakap,
dia tak minat pompuan kertu............ ...

tamparan hebat tuh..... dah biasa gedik2 harus la ade memerhati.... gedik2 ngan rosyam tu dah lama org dok perhati..... tu yg org nmpk....
sbb tu tak heran klau die cuba gedik2 ngan nomad tuh.....
Quote cecari 19-1-2014 10:15 AM
dino posted on 19-1-2014 10:13 AM
tamparan hebat tuh..... dah biasa gedik2 harus la ade memerhati.... gedik2 ngan rosyam tu dah lama ...

dia gedik2 pun sbb hangpa gak dok sapot kegedikan dia. kira hangpa ni sama2 gedik la kan.
Quote dino 19-1-2014 10:16 AM
galleria23 posted on 19-1-2014 10:12 AM
Bak kata ahkak vok,Allah sudah bayar cash.apa yang dia rasa sekarang,tu lah yang famili aidil rasa.t ...

ujian yg Allah bg tu utk kite muhasabah diri..... org yg dekat ngan aku pun ade ciri2 rita ni..... diuji2 mcm2... ditegur mcm2.... tp totap rasanya dirinya btul.....
Quote dino 19-1-2014 10:16 AM
cecari posted on 19-1-2014 10:15 AM
dia gedik2 pun sbb hangpa gak dok sapot kegedikan dia. kira hangpa ni sama2 gedik la kan.

yg support tu opkoz la peminat die je....
Quote bluecrystal 19-1-2014 10:19 AM
panjangnya explanation sheol, macam melenting je..kalau tak betul, bolayan je ngan gosip murahan camni

ada orang nampak dia gedik2 kot kat tempat kejadian..macam dia gedik2 ngan rosyam tu

Quote dellema 19-1-2014 10:21 AM
dino posted on 19-1-2014 02:16 AM
yg support tu opkoz la peminat die je....

dimana ada threads rr, disitu ada dino
hi dino
*rr kena muhasabah diri, byk sgt ujian dia dpt skrg..
diam lbh baik rsnya.. tk kmana gosip tu kalau tk btl...
Quote dino 19-1-2014 10:26 AM
dellema posted on 19-1-2014 10:21 AM
dimana ada threads rr, disitu ada dino
hi dino
*rr kena muhasabah diri, byk sgt ujian d ...

takde la... klau ade isu aku komen je...
sbb dah mcm2 kot ujian tu.... ttp mcm tu jugak.....mmg die sdg nak ubat hati die tuh.... tp bkn dgn cara gedik...
Quote Innrukia 19-1-2014 10:30 AM
Diam is the best weapon. RR tak pnh nak blajaq strategy ni.
Quote achik2009 19-1-2014 10:30 AM
dino posted on 19-1-2014 10:26 AM
takde la... klau ade isu aku komen je...
sbb dah mcm2 kot ujian tu.... ttp mcm tu jugak..... ...

setazah abby apa cita?...
Quote dellema 19-1-2014 10:31 AM
dino posted on 19-1-2014 02:26 AM
takde la... klau ade isu aku komen je...
sbb dah mcm2 kot ujian tu.... ttp mcm tu jugak..... ...

kata kuat mlnting, mcm mn leh gedik lak.. kombinasi yg tak sesuai
tk brani nk komen sbb tak tahu laku si rr mcm mn


Lihat semua komen(173)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 11:28 AM GMT+8 , Processed in 0.065554 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top