CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Mawi Tak Teringin Jadi Popular Seperti Dulu

20-1-2014 10:57 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 30914| Komen: 233

Mawi Tidak Mahu Kembali Popular Seperti Dulu         
                     

Mawi

PETALING JAYA: Penyanyi Mawi mengakui memori zaman kegemilangannya sehingga menjadi kegilaan masyarakat dengan gelaran 'Raja SMS' (khidmat pesanan ringkas) sering terlintas di fikirannya dan ada masanya dia rindu dengan momen itu.

Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani, 33, berkata, kenangan sembilan tahun lalu selepas bergelar juara program realiti Akademi Fantasi musim kedua (AF2) itu akan menjadi memori indah namun enggan berpatah balik memandangkan dia kini selesa dengan kehidupannya yang sederhana .
"Memang tidak dinafikan, memori zaman popular dimana ketika itu saya mejadi kegilaan peminat fanatik sering terlintas di fikiran. Ianya indah, tetapi ada juga pahitnya kerana pelbagai kontroversi yang tercetus tanpa henti.

"Apa pun saya anggap itu pengalaman. Tak terfikir pun nak berpatah balik merasakan zaman itu semula. Tak sanggup saya," selorohnya.
Tambah Mawi, dia juga akur apabila namanya tidak sepopular dahulu kerana ia sedikit sebanyak memudahkan dia untuk bergerak bebas melakukan apa sahaja yang diinginkan.


Mawi dan Ekin sibuk mengendalikan perniagaan butik pakaian yang terletak di Bangi.

Sementara itu, Mawi juga bersyukur apabila lagunya, Al Haq yang menampilkan Datuk AC Mizal sebagai penyanyi rap mendapat sambutan hangat daripada pendengar.

Kata Mawi, dia tidak sangka lagu yang dihasilkan bersama Sheikh Qalam dan Jeff (A2Z) itu menjadi kesukaan ramai memandangkan dua lagu yang dilancarkan sebelum ini iaitu Termolek dan Menanti Hikmah kurang mendapat sambutan.

"Saya terkejut sebenarnya kerana saya harapkan lagu ciptaan M. Nasir, Termolek yang akan hit. Rasanya mungkin kerana melodi Al Haq sangat biasa tetapi ia sebuah lagu yang mudah didengari ramai. "Saya mendapat respons ramai yang menyukai lagu tersebut kerana melodi doa pelindung diri iaitu surah Hizip Al-Hafiz menarik. Alhamdulillah, saya gembira dan syukur apabila peminat senang dengan lagu ini," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Mawi juga kini sibuk dengan perniagaan butiknya yang diusahakan bersama isteri, Ekin, di Seksyen 9, Bangi.
Selain itu, Mawi menerusi syarikat produksinya, Mawi World Sdn Bhd juga merancang untuk menghasilkan lebih banyak program berbentuk 'game show' untuk stesen televisyen Astro.
         

9

Bagus
1

Marah
5

Terkejut
10

Sedih
8

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (40 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Leonarzi 18-1-2014 12:43 AM
Bisnes kosmetik dah gulong tikar la tu sbb x mention pun... Masyarakat malysia pun x hrpkn ko popular semula bahkan nk ko ganti semula duit undian sms yg dibazirkan utk ko dulu
Quote wxyz_abc 18-1-2014 12:44 AM
Kontroversi tu ko yg buat
Batak jd retis sgt kanzz
Quote imanda 18-1-2014 12:46 AM
kalo ko xfemes dulu xde la dpt si ekin tuu
Quote adidas2010 18-1-2014 12:53 AM
Yg marah2 ni semua...peminat yg tk dpt kapel ngan mawi ek? Takpelah uols..dh jodoh mawi dgn ekin...bwahahaha..
Quote Risma 18-1-2014 12:55 AM
kalu ko tak femes dulu............. takdenya ekin tuh terhegeh2 nak kat ko................ pandang pun tidak kalu jumpa pun.................
Quote MomoKuntau 18-1-2014 01:42 AM
femes? gemilang? ~lawak ah~
Quote munchkin 18-1-2014 01:43 AM
moga maju jaya
Quote myariesa 18-1-2014 01:56 AM
dino oooo dino
Quote lady_rara 18-1-2014 01:57 AM
Sedar diri tu dah tak relevan dengan dunia hiburan masa kini, tu yang tak teringin tu.. Demand dah kureng... Cuba kalau demand tinggi macam dulu, berjota2 kali teringin gamaknya..
Quote gekkou 18-1-2014 02:09 AM
x teringin sebab mmg x kn popular mcm dulu dah pn
x pela mawi asalkan cukup mkn pakai sudah
Quote roblucci 18-1-2014 02:21 AM
ada jugak betina yg butt hurt tak dapat couple dgn Mawi kat sini
Quote maxim 18-1-2014 02:21 AM
motip @dino blom komen
Quote hungryhenry 18-1-2014 03:40 AM
Heols ade butik baju? Apesal tak mention nama butiknya, harus la aku nk pi terjah nnt. Byk bisnes heols ye, sblm ni tau produk unikin dgn air karbonat je..
Quote kokonutkandy 18-1-2014 05:11 AM
dah memang tak laku banyak la kata tak teringin.
betul kontroversi sendiri bikin nak salahkan ke lain.
kau yang lupa daratan sampai lupa tunang kat kampung.

mengaku je la lepas kawin kau memang jatuh merundum.
Quote mitnick 18-1-2014 06:47 AM
xpelah, kejar populariti pon xkemana jgk.... baiklaa focus kat bisnes tue, anak bini pon makan hasil bisnes...
Quote hyie 18-1-2014 07:18 AM
mawi juara AF3 la...ni wartawan pemalas mane tak buat homework ni? AF2 yang ada Adam, Farah, Zahid...
Quote hyie 18-1-2014 07:41 AM
butik Uniquein la yang diorang maksudkan tu...cek IG dia bersepah2 gambo katanya. Bagusla mawi dah sendu, bukan best pon.
Quote lepapilon 18-1-2014 08:01 AM
tah hape2 korang ni asyik nk ngutuk mawi padahal dia bukannya hidup merempat pon.. tah2 banyak je duit kita je igt macam dia miskin papa kedana sebab xfemes. ok la tu dia selesa dgn keadaan sekarang. kalau ikutkn mawi bukannya jenis bercita2 sangat. menjadi artis yg femes dh bt dia letih biar la dia low profile pon. xde ganggu sapa2..
Quote januarybaby 18-1-2014 08:52 AM
imanda posted on 18-1-2014 12:46 AM
kalo ko xfemes dulu xde la dpt si ekin tuu

jgn lupa jodoh itu ketentuan Allah SWT

Lihat semua komen(233)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-10-2024 10:31 AM GMT+8 , Processed in 0.200299 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top