CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Chris Pine Mendaki Kegemilangan

16-1-2014 06:09 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5382| Komen: 7

AKTOR tampan Hollywood, Chris Pine, dilahirkan daripada keluarga yang mempunyai perniagaan perfileman. Dia merupakan cucu kepada pelakon Anne Gwynne dan Max M. Gilford yang merupakan Presiden Persatuan Peguam Hollywood.

Dilahirkan di Los Angeles, ibu bapanya adalah pelakon Robert Pine dan Gwynne Gilford manakala kakaknya, Katherine Pine juga merupakan individu penting dalam kehidupan Pine.

Pine menerima pendidikan awal di Oakwood San Fernando dan melanjutkan pelajaran dalam bidang pengajian bahasa Inggeris di University Cakifornia, Berkeley dan menerima ijazah sarjana muda di sana.

Pine menceburi bidang seni dengan menyertai kumpulan teater ketika di San Francisco iaitu America Conservatory Theater.

Setelah memulakan karier, Pine menjadi tetamu dalam beberapa program televisyen dan membuat debut filemnya dengan bergandingan dengan Anne Hathaway dalam The Princess Diaries 2: Royal Engagement (2004).

Nama Pine melonjak naik setelah memegang watak James T.Kirk dalam reboot  Star Trek (2009). Kemunculannya mula disedari penggiat seni Hollywood dan kemudiannya Pine menerima banyak tawaran lakonan daripada penerbit-penerbit Hollywood.

Pine turut menjadi salah seorang pelakon dalam ER episod 2003 dan dalam masa yang sama muncul dalam episod The Guardian dan CSI: Miami pada 2004.




Pernah membintangi hampir 15 filem, Pine kini mengorak langkah dengan gaya yang tersendiri dengan kelebihan yang tersendiri dan juga berbakat dalam bidang lakonan.

Tuah Start Trek

Setelah mencipta nama dalam bidang seni lakonan, bakat Pine muka terserlah dengan filem lakonannya iaitu Start Trek nama Pine mula disebut-sebut dan menjadi rebutan pengarah filem.

Mula bergiat aktif dalam bidang lakonan pada 2003, Pine membintangi filem pendek Why Germany dan The Princess Diaries 2: Royal Engagement.

Kemudian pada 2005, dia sekali lagi membintangi drama bersiri Six Feet Under dan filem pendek bertajuk The Bulls.

Selain membintangi filem-filem aksi seperti Smokin Aces (2007), Pine turut membintangi filem-filem komedi romantik antaranya seperti Just My Luck (2006) bersama Lindsy Lohan dan juga bersama Ashley Albright dalam filem Blind Dating (2006).

Bermula 2009, berbagai genre filem telah dilakonkan oleh Pine antaranya Small Town Saturday Night (2010), Quantum Quest: A cassini Space Odyssey (2010), This Means War (2012), Star Trex Into Darkness (2013) dan Rise of Guardians (2013).

Pelakon serba boleh ini pernah dicalonkan pada 2009 menerusi anugerah BSFC dan memenangi satu anugerah menerusi filem Star Trek.

Kemudiannya juga dicalonkan menerusi pilihan remaja dengan tiga pencalonan namun tidak memenangi sebarang anugerah bagi filem baru untuk tahun 2010 bagi filem Unstoppable.

Pada 2012, Pine turut di calonkan sebagai pelakon lelaki romantik bagi filem This Means War bagi Anugerah Pilihan Remaja.

Gandingan pertama bersama Knightley

Bagi 2014, Pine bakal bergandingan dengan Kiera Cristina Knightley dalam filem Jack Ryan: Shadow Recruit yang bakal ditayangkan pada Januari.

Bergandingan dengan aktres berbakat besar Hollywood, Pine merasakan filem ini mampu menambat hati penonton yang bakal menonton filem ini.

“Saya begitu teruja bergandingan dengan Knightley, dia sangat peramah dan menakjubkan.

“Misi yang dibawa oleh saya dalam filem ini begitu  mendebarkan dan saya sangat-sangat menikmati setiap babak yang saya lakonkan,” ujarnya.

Dalam masa yang sama, Costner turut serta menjayakan filem ini dengan memegang watak sebagai William Harper.

Selain Pine, Kenneth Branagh, Gemma Chan, Karen David dan Nonso Anozie turut membintangi filem ini.

Filem berdurasi 104 minit ini berkisarkan kepada seorang pegawai analisis CIA yang menemui rahsia serangan pengganas.

Namun dalam masa sama, Ryan dilantik menjadi ejen lapangan dan dihantar ke Moscow untuk menyiasat motif sebenar dan mengumpulkan bukti.

Tiba di Moscow, Ryan  bertemu dengan ahli perniagaan, Viktor Cherevin yang bertanggungjawab cuba melumpuhkan ekonomi global.

Bagi menghentikan rancangan terbabit,  dia bekerjasama dengan Knigtley dan Costner untuk menumpaskan kejahatan itu.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cef_gango 15-1-2014 04:59 PM
Quote mangobubble 18-1-2014 11:17 PM
baru jer tengok citer This Means War lakonan Chris Pine nie.
Quote munchkin 19-1-2014 11:48 AM
gambar tak nampak
Quote BoojangWarrior 20-1-2014 01:29 AM
owh mamat ni berlakon criter Love is blind tu kan
Quote siti_kus 20-1-2014 12:35 PM
gambar x nmpk. aku slalu confuse dia ni dgn ex bf miley cyrus si liam hemsworth tu.
Quote ikanmasin 22-1-2014 09:04 AM
rupanya pelakon love in blind...
Quote RedClip 22-1-2014 09:15 AM
hensem dia ni

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-9-2024 07:32 AM GMT+8 , Processed in 0.030902 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top