CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Anderson- Saloman Kembali Bersatu

16-1-2014 11:24 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4426| Komen: 9

AKTRES, Pamela Anderson, mengakui kembali ke pangkuan bekas suaminya, Rick Saloman.

Walaupun tidak mendedahkan tarikh pernikahan itu, bintang seksi berusia 46 tahun itu, memberitahu, ia adalah keputusan yang terbaik buat dirinya.

"Kami sangat bahagia. Keluarga kami juga menerima keputusan ini," katanya ketika menghadiri rancangan, Sean Penn & Friends Help Haiti Home Gala ke-3, Los Angeles, Sabtu lalu.

Ogos tahun lalu, desas-desus mengenai hubungan pasangan ini mula bertebaran apabila mereka dilihat bercuti bersama di Hawaii.

Malah, sebelum ini, Anderson mengakui telah berbaik dengan bekas suaminya dan berkawan rapat.

Pasangan ini berkahwin pada Oktober 2007 namun, berpisah dua bulan kemudian dan bercerai pada Mac 2008.

Sebelum itu, Anderson pernah berkahwin dengan pemain dram Motley Crue, Tommy Lee pada 1995, dan Kid Rock pada 2006.





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote redliner 16-1-2014 11:21 AM
dah nenek2 dah pamela ni ek...
dulu kemain lg.
Quote liyamariska 16-1-2014 01:49 PM
pamela dah potong rambut pendek... nampak lain rupa dia...
Quote ais_kosong 16-1-2014 02:16 PM
kemas sikti potong rambut pendek even nampak tua
Quote im_cyclist 17-1-2014 11:20 AM
nmpk muda plak.
Quote nurelle 17-1-2014 01:26 PM
46 dah??????????
Quote munchkin 19-1-2014 11:41 AM
lainnya rupa si pamela ni. mula ingat nak komen tak kenal.
Quote exclusive_vvip 19-1-2014 11:49 PM
Lana Nordin hollywood
Quote iloveyou 21-1-2014 11:01 PM
Awat la ngn laki buat sex tape ngn paris hilton ni.. Eee
Quote RedClip 22-1-2014 09:34 AM
kahwin jelah

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-9-2024 07:15 AM GMT+8 , Processed in 0.034427 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top