CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Malaysia Terlalu Kecil Untuk Banyak Realiti Tv- Jaclyn Victor

15-1-2014 10:12 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9559| Komen: 41

Malaysia Terlalu Kecil Untuk Banyak Realiti TV- Jaclyn Victor         
                     


PETALING JAYA: Penyanyi Jaclyn Victor menganggap program realiti televisyen yang melahirkan bakat-bakat baharu terutamanya dalam bidang nyanyian tidak sesuai untuk dianjurkan pada setiap tahun.

Jaclyn atau nama sebenar Jaclyn Joshua Thanaraj Victor, 36, berkata, negara ini terlalu kecil untuk mencari bakat-bakat terpendam berbanding negara luar yang sememangnya mempunyai penduduk yang ramai.

"Malaysia ini terlalu kecil untuk mencari bakat-bakat baharu setiap tahun, kalau kita lihat di Singapura, mereka sendiri menghadkan pengeluaran bakat baharu bagi mencari kualiti.

"Bila ia dianjurkan setiap tahun, akan ada muka-muka yang sama yang tidak berjaya tahun lepas untuk mencuba nasib pada tahun berikutnya," katanya kepada mStar Online.

Jaclyn berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kemunculan bintang-bintang realiti baharu yang menjadi pesaing dalam industri hiburan tanah air.

Bagaimanapun, Jaclyn berkata, ia merupakan persaingan yang sihat dan dapat mewarnai lagi industri muzik tempatan.
"Program realiti adalah platform dan terpulang kepada peserta atau bintang yang berjaya untuk mencari jalan mereka berada dalam industri ini," katanya.

Jaclyn bakal bertanding di Anugerah Juara Lagu 28 melalui lagu Ikut Rentakku pada 26 Januari ini di Stadium Putra, Bukit Jalil.
Dalam perkembangan peribadi, Jaclyn mengakui, dia kini sudah mempunyai teman istimewa dan masih dalam proses mengenali hati budi masing-masing.

Biarpun enggan mendedahkan identiti lelaki tersebut, Jaclyn berkata, dia tidak mahu bercinta terlalu lama untuk menamatkan zaman bujangnya.
"Kali ini saya tidak mahu buang masa terlalu lama untuk bercinta, jika serasi, saya akan segera berkahwin," katanya.

p/s betul gak cakap jekeling tu. aku paling anti skali peserta yang recycle ni dengan konsep selagi tak menang, selagi tu ikut bertanding.

        


Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikokui 15-1-2014 01:10 AM
kau tu menyemak je dlm industri.
Quote melia_adamz 15-1-2014 01:39 AM
Bukan ke jac  dr prog realiti gak kn?
Quote sup_ekor 15-1-2014 05:03 AM
Dah rasa tergugat la tu... ha ha ha. masa time laku tak komplain pun?
Quote agnesia 15-1-2014 05:21 AM
jac hang pon lahir dr reality program jugak tau...
makanye ckp siang pandang2..
Quote clarizsa 15-1-2014 05:58 AM
hehehe... sbb program realiti la org kenal dia... lupa ye jakaling?
Quote espri6006 15-1-2014 06:58 AM
Maksud Jac tu, kalau sentiasa di anjur atau terlampau banyak sangat program sebegitu ia akan melambakkan muka2 penyanyi di muka bumi Malaysia yang kecik ini. ditambah dengan bakat2 dari Youtube dan sebagainya.
Bintang mencari Bintang, Vokal Bukan Sekadar Rupa, Akademi Fantasia, Bintang RTM, Bintang P. Ramlee, Bintang Klasik RTM, Bintang Irama Asli, Mentor........asyik2 recycle orang yang sama je.
Quote elleaffa 15-1-2014 07:09 AM
setuju gak apa yg jac ckp... byk bebeno rancangan realiti... setiap chanel nk buat rancangan realiti masing2... cam mentor aritu... masa mentor kak pah ke siapa ntah, berapa kerat je dtg... hujung2 peserta recycle gak yg dipilih... huhuhu...
Quote menjad 15-1-2014 07:11 AM
Mmg pun... Muak dah...
Quote lahnapi 15-1-2014 07:12 AM
Aku rasa point dia betul laa. Bukan masalah jaclyn ni lahir drpd program realiti ataupun tidak. Sebab bukti artis2 sendu realiti tv ni mmg banayk pun. Cth faizal af4, vince af1 even zahid af2 pun just jadi dj radio era je. Aku bg perupamaan coz aku nmpak AF antara salah satu contihnya. Maybe patut dibuat dua kali setahun?
Quote blackred99 15-1-2014 08:28 AM
so dari singapore, sape penyanyi yg berkualiti? pelakon dorang pun manjang berlakon kat sini.
Quote Soksek11 15-1-2014 08:33 AM
aku setujuk aje ngan jac...sama jugak dengan program lawak..seriously!!!

semua dok ulang2

pastu korang semua (termasuk aku la) dok ngutuk

*lawak recycle

*nyanyi macam hampagass

*lain kali boikot aje...

bla2...bla2...bla2...

btul la kata jac tu..

atleast jarakkan...

2-3 tahun sekali..barula ade yg betul kualiti....

tambah pulak dgn youtuber  macam

syasya solero ngan bobo...

memang menyampahh macam sampah...


Last edited by Soksek11 on 15-1-2014 08:34 AM

Quote skymania 15-1-2014 08:47 AM
ko sendri terhasil dr program realiti tv..

tp btol gak die neh cakap.. bersepah progrm nyanyi2.. tetambah tv3.. tp semenyer SENDU jeh pemenangnnyer..

tak ke mana pon.. tenggelam..
Quote beatgirlX 15-1-2014 08:53 AM
yeap...setuju..
memang betul dia pun lahir dari realiti program..tapi rasanya masa dia join..berap kerat la sangat..seingat aku time tu cuma ada akademi fantasia ngan OIM kan?
tapi skg???macam2 sampai aku sendiri tak sedar wujudnya reality show tu skang...
dan selalunya semua main tangkap muat je..menang pas tu gone with the wind..senyap...
Quote lepapilon 15-1-2014 08:53 AM
lahnapi posted on 15-1-2014 07:12 AM
Aku rasa point dia betul laa. Bukan masalah jaclyn ni lahir drpd program realiti ataupun tidak. Seba ...

2x setahun
setahun 2x
2 tahun sekali

mana satu
Quote hayrin86 15-1-2014 09:24 AM
beatgirlX posted on 15-1-2014 08:53 AM
yeap...setuju..
memang betul dia pun lahir dari realiti program..tapi rasanya masa dia join..berap  ...

Betul! Dari tahun 2006 lagi rancangan realiti nyanyian/tarian macam AF dan OIAM TV8 dah tak relevan lagi lantaran bertembung dengan tarikh Piala Dunia di Jerman tahun itu.

Jom la like halaman FB [fbv]Kempen Menentang Rancangan Realiti Nyanyian/Tarian Di TV[/fbv]!
Quote mobic 15-1-2014 09:34 AM
Berapa kerat je retis realiti yang dapat bertahan. Sekarang memang terlampau ramai artis segera..
Quote tigerads 15-1-2014 09:40 AM
atau indirectly stesen TV dh xde idea lain nak tarik org nonton channel dorang???
Quote BebeQ 15-1-2014 09:42 AM
setuju dengan jac. melambak2 pulak retis realiti sekarang ni. kualiti entah ke mana.
jac ni walaupun lahir dari prog realiti juga, at least dia ada standard dia sendiri.
banyak retis mee segera ni tak menepati piawai.
Quote annehuda 15-1-2014 09:45 AM
aku setuju je ngan jac. walaupun jac ni lahir dr program realiti at least die ade kualiti tersendiri yg set her apart dr penyanyi sedia ada kt malaysia ni. errrr though die ni asyik la lupe lirik je

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 02:58 AM GMT+8 , Processed in 0.037531 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top