CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Lana Nodin Ada Buah Hati Baharu

13-1-2014 10:42 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 20759| Komen: 73

Lana Nodin ada buah hati baharu!

TENGAH asyik baca buku motivasi hidup, maklumlah, awal-awal tahun begini azam pun masih tebal, tiba-tiba Diva dapat satu panggilan telefon daripada seorang kawan lama, Cik Vida namanya. Kata Vida, dia pun baru dapat panggilan telefon daripada seorang kawan. Diva tak kenal pula kawan yang disebutkan itu. Itu tak penting, Diva anggap sahaja kawan kepada kawan Diva tadi sebagai sumber. Apa yang penting cerita yang disampaikan kawan Diva tadi.


Ibarat muka surat diari baharu sempena tahun baharu, cerita yang masuk kali ini mengenai pelakon super seksi, Lana Nodin yang kononnya baru putus cinta dengan Johan As’ari hujung Disember lepas. Bercinta pun ala-ala sebulan sahaja. Biarlah, yang putus biarlah putus.

Kata Cik Vida, Lana sekarang sudah ada dapat pengganti Johan, pendek kata, sudah ada kekasih baharu. Laris sungguh Lana Nodin, macam bunga kembang di taman. Seekor kumbang pergi, terus datang pula si kumbang yang baharu. Dengarnya, kumbang yang cuba sedang pikat hati Lana sekarang seorang doktor. Serik gamaknya Lana nak cari orang dalam industri lakonan. Untunglah, hati yang remuk dapat doktor pula sebagai penawar.


Kata sumber kepada Cik Vida juga, si doktor yang terpikat dengan Lana itu seorang pemuda berdarah campuran Pakistan dan mat saleh. Mereka berjumpa buat pertama kali di Pulau Pinang, kebetulan doktor yang berkerja di Amerika Syarikat itu pulang ke Malaysia untuk satu urusan.

Hebat betul penangan Lana, putus cinta sahaja terus ada yang masuk jarum. Katanya, Lana dengan si doktor itu sudah lama kenal cuma baru sahaja doktor berkenaan berani, siap hantar jambangan 50 tangkai bunga mawar lagi. Lana sendiri sudah muat naik gambar jambangan bunga berkenaan dalam Instagram dia lagi tau.


Beruntung Lana! Tengah bahagialah tu. Kalau betul, Diva harap kali ini janganlah pisang berbuah banyak kali lagi. Diva dengar, Lana pun sudah banyak berubah. Sudah tak pakai seksi-seksi lagi. Baguslah tu, umur pun dah makin lama makin bertambah. Kalau Diva jadi Lana, terus bagi signal hijau punya!


Diva: Dengar Johan As’ari pun sudah banyak belajar daripada sejarah, eloklah.

M&I impressed n gladly someone made my day thank u


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ibeceivy 12-1-2014 10:37 AM
untunglah yea,cepat dapat pengganti..mudahan berkekalan..
Quote siti_kus 12-1-2014 10:38 AM
Untungla. In your face johan.
Quote mixed 12-1-2014 10:40 AM
Untung lana biar pee kt johan tuh

Jantan keberet
Quote Leonarzi 12-1-2014 10:43 AM
Org cantik mmg senang dpt pengganti....
Quote lady_rara 12-1-2014 10:46 AM
good job lana...
Quote amyainsamad 12-1-2014 10:47 AM
Ambooiiii...senang btl dpt jantan baru. Taste mat salleh gak...
Quote perembes 12-1-2014 10:48 AM
tak jadi pakai tudong??

lana nih tak potojenik kot... di gambar biasa2 aku tgk... mungkin f2f cantik kot sebab lelaki mudah sangat jatuh chenta
Quote HannahMontana 12-1-2014 10:56 AM
cepat sgt nak umum pun

entah2kan  penghisap dadah
Quote tomet05 12-1-2014 10:59 AM
uiks cepat dapat penggatni kan ..
Quote tinker_bell 12-1-2014 11:01 AM
boleh tak aku speku..lana dgn johan mmg saja nk timbulkn spekulasi??lana setuju sbb dia mmg selamanya sendu..johan nk lari dr shila amzah!!so..johan take semua blame..biar lana nmpk baik..and dia lari dr shila amzah??
Quote mohdael 12-1-2014 11:02 AM
Doktor tu...fuh fuh fuh
Quote downiey 12-1-2014 11:03 AM
Cik vida tu ko twist dr diva je kan..nan hado nye wartawan
Quote sayalala 12-1-2014 11:06 AM
rejeki die..alhamdullilah
Quote asampodeh 12-1-2014 11:10 AM
lum apepe dh pung pang sne sini kang tk jadik jgn meroyan suda..
Quote pakwetizzaqyah 12-1-2014 12:12 PM
sape tk nk ngn kantung susu besar body begetah??? rugiiiiiiii
Quote jargon 12-1-2014 12:19 PM
Bagos lana bagos...
Quote nolya 12-1-2014 12:34 PM
lady_rara posted on 12-1-2014 10:46 AM
good job lana...

sejambak bunga mawar nan merah
melerai gundah hati nan sepi
diucapkan kalimat cinta bermadah
awas, mawar nan merah pokoknya berduri
Quote cronix 12-1-2014 12:38 PM
Semoga berpanjangan lana...
Quote fadzyjemi 12-1-2014 12:42 PM
Cpt2 kawen la lana

Lihat semua komen(73)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:06 PM GMT+8 , Processed in 0.067968 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top