CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

3 Artis Wanita Cun Ini Yang Sudah Murtad?

10-1-2014 03:44 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 20423| Komen: 49



Masyarakat Indonesia dikejutkan dengan tindakan beberapa selebriti negara itu menukar agama. Seorang daripada mereka ialah Happy Salmah. Happy dikatakan memeluk agama Hindu kerana mahu berkahwin dengan kekasihnya, Tjokorda Bagus yang berketurunan raja.

Model dan juga pelakon filem yang dilahirkan di Sukabumi, Jawa Barat itu menjalani upacara pindah agama Hindu, dalam upacara yang dinamakan Sudhi Wadani di Villa Ibah, Ubud, Indonesia.

Sudhi Wadani adalah upacara dalam Hindu sebagai pengesahan ucapan atau janji seseorang yang secara tulus ikhlas dan hati suci menyatakan menganut agama Hindu. Upacara yang mengambil masa sehari itu adalah antara syarat yang harus dijalani bila seseorang ingin berkahwin mengikut adat Hindu.

Mereka melangsungkan perkahwinan beberapa hari kemudian di Puri Saren Kauh, Ubud dengan mengikut adat istiadat Hindu dan diikuti dengan majlis di Sukabumi. Mengenai dia menukar agamanya, Happy menegaskan, dia tidak akan berbicara secara terbuka.

“Saya tidak akan bercakap mengenainya,” kata Happy.

Segala hal yang berhubungan dengan keyakinannya, dia berharap menjadi rahsia hubungan perkawinan yang baru mereka jalin.



Selain itu ialah artis Pinkan Mambo.

Penyanyi lagu popular, Kekasih Yang Tak Dianggap ini untuk kali keduanya dilapor telah menukar agama dan disahkan ibunya sendiri, Deetje yang nyata kecewa. Walaupun belum pernah melihat Pinkan pergi ke gereja, Deetje berkata, anaknya sudah mula belajar agama lain.

Menurutnya, Pinkan yang nama penuhnya Pinkan Ratnasari Mambo banyak berubah sejak kebelakangan ini. Bagaimanapun, keputusan Pinkan menukar agama tidak menyebabkan Deetje merasa kehilangan anak.

“Anak merupakan titipan Allah dan kita tidak boleh mencintai anak 100 peratus kecuali pada Yang Maha Pencipta,” kata Deetje.



Artis cantik yang juga pernah menjadi VJ MTV Rianti Rhiannon Cartwright juga dikatakan telah meninggalkan Islam dan berkahwin dengan kekasihnya, Cas.

Perkahwinan mereka berlangsung di Gereja Old St Patrick, New York, Amerika Syarikat.
Rianti yang lebih dikenali dengan watak Aisha dalam filem agama, Ayat-Ayat Cinta, dikatakan sudah murtad sebelum berkahwin lagi, berdasarkan risalah yang dikeluarkan sebuah gereja di Jakarta Selatan. Namun, ketika diminta mengesahkan perkembangan itu, pengurusnya, Adi, enggan berbuat demikian sebaliknya berkata, dia tidak tahu menahu mengenainya.

“Saya hanya berkomunikasi dengan dia mengenai kerja. Yang lain saya tidak tahu,” katanya.

Dia mencadangkan supaya pengesahan itu didapatkan daripada paderi di gereja yang mendedahkan perkahwinan Rianti dengan penyanyi yang nama lengkapnya Alfoncius Dapot Parulian Nainggolan. Bagaimanapun, pihak gereja juga enggan mengesahkannya.

Isu masyarakat Islam Indonesia, baik lelaki mahupun wanita berkahwin dengan pasangan mereka yang beragama lain adalah perkara biasa sejak era Sukarno dan Suharto kerana sebahagian orang yang mendakwa ulama di negara itu berkata ia dibolehkan.

Namun, apa yang dilakukan oleh Pinkan, Rianti dan Happy ialah mereka memeluk agama lain untuk mengikut agama suami masing-masing.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ais_kosong 8-1-2014 02:19 PM
kerana cinta apa pun boleh
Quote amyainsamad 8-1-2014 02:26 PM
GILER......
Quote berun 8-1-2014 04:47 PM
ais_kosong posted on 8-1-2014 02:19 PM
kerana cinta apa pun boleh

ameng spring le buat lagu baru... jika benar cinta itu murtad......... dulu kika benar cinta itu buta..buta kan mata ku
Quote cik_luna 8-1-2014 09:20 PM
apa jenis ulama di indon ni?
Quote cekgihani 8-1-2014 10:50 PM
Quote ais_kosong 9-1-2014 07:17 AM
berun posted on 8-1-2014 04:47 PM
ameng spring le buat lagu baru... jika benar cinta itu murtad......... dulu kika benar cinta itu b ...

haha siut ja anda
jika benar cinta itu murtad sila samb.....

Quote meteorspeed 9-1-2014 07:40 AM
mcm mana la indo tak ditimpa bala
Quote mysweetisha 9-1-2014 08:12 AM
Patut ler bencana byk kat indon tu
Quote aizaganu 10-1-2014 01:56 PM
hmmm x terkata bila pegangan agama diperjudikan utk cinta...
Quote greantea 10-1-2014 11:38 PM
Quote akik 11-1-2014 01:20 AM
hmm indon...wat do u expect?
Quote indahawiena 11-1-2014 12:54 PM
sekarang ni pun kecoh juga pelakon sinetron asmirandah kahwin dengan  jonas rivanno..tapi diorang dah cerai dah sebb jonas kembali ke agama asal dia
Quote bittermelon 11-1-2014 09:56 PM
no wonder la selalu sgt indon dilanda musibah...tsunami,gempa,gunung berapi
Quote misssayuri 11-1-2014 10:20 PM
heii takot aku..nauzubillah
Quote biosafe 12-1-2014 10:02 AM
nauzubillah !!
Quote nurelle 12-1-2014 10:40 AM
Quote Kerêta_Angin 12-1-2014 01:05 PM
apa hubungan bala bencana dengan orang yang murtad?
Quote lady_rara 12-1-2014 05:14 PM
yg berlakon ayat2 cinta tu pun murtad? Astaghfirullah al-azim...
Quote roblucci 12-1-2014 06:34 PM
nanti trend macam ni jadi kat Malaysia bila umat Islam buat tak tahu je pasal larangan penggunaan kalimah Allah oleh ummah Kristian

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 01:18 AM GMT+8 , Processed in 0.234150 second(s), 47 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top