Wujudkan kedai makanan dan barangan di Putrajaya KUALA LUMPUR 8 Jan. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mencadangkan agar Perbadanan Putrajaya (PPj) mewujudkan kedai makanan dan barangan di sepanjang jalan tengah (Jalan Persiaran Perdana) di Putrajaya.
Menurutnya, langkah itu bagi memastikan Jalan Persiaran Perdana iaitu kawasan yang menempatkan kebanyakan bangunan pejabat kerajaan tetap 'hidup' selepas pukul 5 petang, sekali gus menjadi tarikan orang ramai. Pada masa sama, Dr. Mahathir selaku pengasas Putrajaya menjelaskan, cadangan penubuhan Hard Rock Cafe mungkin tidak sesuai tetapi bersetuju jika dapat diadakan pusat hiburan ringan mengikut acuan setempat di Putrajaya.
Tegasnya, beliau sendiri tidak setuju jika pusat hiburan yang dicadangkan menyaji minuman keras serta tarian erotik tetapi menjelaskan, kewujudan pusat hiburan tidak bertentangan dengan idea penubuhan pusat pentadbiran kerajaan itu. "Adanya hiburan ini tidak bercanggah dengan idea Putrajaya. Saya tidak bersetuju jika diadakan kedai menyajikan arak dan tarian bogel di Putrajaya tetapi jika diadakan sedikit hiburan tidak mengapa. Pusat hiburan ringan perlu diadakan. "Pada malam sambutan tahun baharu hampir 100,000 orang kebanyakannya Melayu dihibur dengan lagu dan tarian. Mereka tidak mungkin datang jika tidak ada hiburan," katanya menerusi laman blognya, http://chedet.cc, hari ini. Isnin lalu, Presiden PPj, Tan Sri Aseh Che Mat berkata, beliau tidak akan mempertimbangkan permohonan atau sebarang surat untuk membuka cawangan Hard Rock Cafe di pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan itu. Dalam pada itu, Dr. Mahathir berkata, pembinaan Putrajaya untuk dijadikan sebuah bandar pentadbiran kerajaan sebenarnya diilhamkan dari beberapa bandar terkemuka dunia antaranya Champs Elysees, di Paris, Perancis. Katanya, sebagaimana Champs Elysees yang mempunyai boulevard utama melintasi laluan tengah kota Paris, Putrajaya juga menggunakan idea yang sama apabila mewujudkan Jalan Persiaran Perdana sebagai jalan tengah. Tambah bekas Perdana Menteri itu, Champs Elysees dipenuhi dengan pembeli-belah tempatan dan pelancong sepanjang masa kerana terdapat kedai dan restoran mewah selain pusat hiburan Lido sebagai antara tarikan istimewa. "Bagaimanapun kita tidak berhasrat meniru segala-galanya yang terdapat di Champs Elysees di Paris. Kita juga tidak ingin menjadi Putrajaya sebagai Bandar pentadbiran yang penuh dengan pejabat Kerajaan semata-mata," katanya. |
2
Bagus |
13
Marah |
Terkejut |
2
Sedih |
11
Lawak |
1
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
9W2YPR posted on 9-1-2014 04:26 AM
Setuju. Tapi tak ada pelaksana.
atira posted on 9-1-2014 11:30 AM
idea la sangat..
rasanye ummah putrajaya dah lama komplenggggg... bertahun2 dah
saladin780 posted on 9-1-2014 11:43 AM
idea la sangat
aku rasa biarlah putrajaya aman damai tenang mcm sekarang
x semua tempat perlu ha ...
ColbyRaikkonen posted on 9-1-2014 11:47 AM
Laluan monorel pun tak silap, dah ada....mmg mahatir dah plan nak buat. Tapi Pak bodolah plak pergi ...
ADVERTISEMENT