CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13012|Reply: 140

[Tempatan] Idea bernas dari mantan (Tun M)

[Copy link]
Post time 9-1-2014 11:16 AM | Show all posts |Read mode
Wujudkan kedai makanan dan barangan di Putrajaya

  


KUALA LUMPUR 8 Jan. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mencadangkan agar Perbadanan Putrajaya (PPj) mewujudkan kedai makanan dan barangan di sepanjang jalan tengah (Jalan Persiaran Perdana) di Putrajaya.
Menurutnya, langkah itu bagi memastikan Jalan Persiaran Perdana iaitu kawasan yang menempatkan kebanyakan bangunan pejabat kerajaan tetap 'hidup' selepas pukul 5 petang, sekali gus menjadi tarikan orang ramai.
Pada masa sama, Dr. Mahathir selaku pengasas Putrajaya menjelaskan, cadangan penubuhan Hard Rock Cafe mungkin tidak sesuai tetapi bersetuju jika dapat diadakan pusat hiburan ringan mengikut acuan setempat di Putrajaya.
Tegasnya, beliau sendiri tidak setuju jika pusat hiburan yang dicadangkan menyaji minuman keras serta tarian erotik tetapi menjelaskan, kewujudan pusat hiburan tidak bertentangan dengan idea penubuhan pusat pentadbiran kerajaan itu.
"Adanya hiburan ini tidak bercanggah dengan idea Putrajaya. Saya tidak bersetuju jika diadakan kedai menyajikan arak dan tarian bogel di Putrajaya tetapi jika diadakan sedikit hiburan tidak mengapa. Pusat hiburan ringan perlu diadakan.
"Pada malam sambutan tahun baharu hampir 100,000 orang kebanyakannya Melayu dihibur dengan lagu dan tarian. Mereka tidak mungkin datang jika tidak ada hiburan," katanya menerusi laman blognya, http://chedet.cc, hari ini.
Isnin lalu, Presiden PPj, Tan Sri Aseh Che Mat berkata, beliau tidak akan mempertimbangkan permohonan atau sebarang surat untuk membuka cawangan Hard Rock Cafe di pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan itu.
Dalam pada itu, Dr. Mahathir berkata, pembinaan Putrajaya untuk dijadikan sebuah bandar pentadbiran kerajaan sebenarnya diilhamkan dari beberapa bandar terkemuka dunia antaranya Champs Elysees, di Paris, Perancis.
Katanya, sebagaimana Champs Elysees yang mempunyai boulevard utama melintasi laluan tengah kota Paris, Putrajaya juga menggunakan idea yang sama apabila mewujudkan Jalan Persiaran Perdana sebagai jalan tengah.
Tambah bekas Perdana Menteri itu, Champs Elysees dipenuhi dengan pembeli-belah tempatan dan pelancong sepanjang masa kerana terdapat kedai dan restoran mewah selain pusat hiburan Lido sebagai antara tarikan istimewa.
"Bagaimanapun kita tidak berhasrat meniru segala-galanya yang terdapat di Champs Elysees di Paris. Kita juga tidak ingin menjadi Putrajaya sebagai Bandar pentadbiran yang penuh dengan pejabat Kerajaan semata-mata," katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-1-2014 11:17 AM | Show all posts
makin hari makin ramai pelancong yg datang ke putrajaya
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2014 11:19 AM | Show all posts
ngan parking susah kat putrjya ni..

Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2014 11:21 AM | Show all posts
Mahathir nie mmg banyak idea.....
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2014 11:26 AM | Show all posts
ColbyRaikkonen posted on 9-1-2014 11:21 AM
Mahathir nie mmg banyak idea.....

Setuju. Tapi tak ada pelaksana.

Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2014 11:27 AM | Show all posts
lor, takkan apa pun tak ada dekat Putrajaya?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-1-2014 11:30 AM | Show all posts
idea la sangat..
rasanye ummah putrajaya dah lama komplenggggg... bertahun2 dah
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2014 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
9W2YPR posted on 9-1-2014 04:26 AM
Setuju. Tapi tak ada pelaksana.

aku pun byk idea gak hasil melihat dunia luar tapi nak melaksana nya 1 cerita lain pulak. Ini memang lumrah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2014 11:36 AM | Show all posts
Kedai tepi masjid putra hak tepi tasik tu ada dan sentiasa penuh tp masalahnya pkl 7 dah tutup. Sepatutnya extend sampai pkl 10. Nak makan sampai awal pagi, precint 9, precin 15 ada byk kedai. Precin 15 dkt mydin tu happening jugak malam-malam.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2014 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
saya sokong... walaupun i x pernah jejak kaki d putrajaya...
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2014 11:38 AM | Show all posts
Lambat laun PJ akan jd cam KL gak.

Tunggu je la Najib punya plan nti...
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2014 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah ada beberapa tmpt mkn kat putrajaya sedia ada. Cuma kalau bukak tgah jalan mau merata org parking.


Tp elok jugak. Biar org parking merata pastu polis gi saman. Satu mlm 50 saman cukup la
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2014 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
kalau Allah tak kasi limpahan minyak yg high grade kat malaysia bumi bertuah, semua idea madey tak jalan....
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2014 11:43 AM | Show all posts
atira posted on 9-1-2014 11:30 AM
idea la sangat..
rasanye ummah putrajaya dah lama komplenggggg... bertahun2 dah

idea la sangat
aku rasa biarlah putrajaya aman damai tenang mcm sekarang
x semua tempat perlu happening kan..kalu nak happening boleh je merayap gi KL, subang, PJ, etc
kalu semua tmpat nak happening, mana lagi nak carik ketenangan
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2014 11:47 AM | Show all posts
Laluan monorel pun tak silap, dah ada....mmg mahatir dah plan nak buat. Tapi Pak bodolah plak pergi cancel. Skrg nie kalau nak buat balik pon mmg mahal giler....dan kalau siap skrg boleh kurang masalah jam/parking.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2014 11:47 AM | Show all posts
saladin780 posted on 9-1-2014 11:43 AM
idea la sangat
aku rasa biarlah putrajaya aman damai tenang mcm sekarang
x semua tempat perlu ha ...

setuju sangat..
kalau dah hapening sesak bagai.. tak dapat la aku nak berbasikal dgn aman di situ
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2014 11:48 AM | Show all posts
teky posted on 9-1-2014 11:19 AM
ngan parking susah kat putrjya ni..

parking tak susah, sama ada kamu mahu berjalan atau enggan berjalan sahaja.
kalau expect nak parking dalam kedai yg kita tuju mungkin susah la kalau enggan berjalan walaupun seinci.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2014 11:49 AM | Show all posts
Idea laa sangat, dah berkurun staff2 putarjaya dok bebel mintak... konun jaga status laa.. kotor laa... briliant hak tuihhh...
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2014 11:51 AM | Show all posts
ColbyRaikkonen posted on 9-1-2014 11:47 AM
Laluan monorel pun tak silap, dah ada....mmg mahatir dah plan nak buat. Tapi Pak bodolah plak pergi  ...

bagi akak tiang monorel akan mencacat kan kecantikan putrajaya, kalau buat subway underground ok.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2014 11:51 AM | Show all posts
Vokuro posted on 9-1-2014 11:48 AM
parking tak susah, sama ada kamu mahu berjalan atau enggan berjalan sahaja.
kalau expect nak park ...

heheheh setuju dgn ko..sebab org kita ni..seboleh mungkin nak parking depan2 kedai yg dorang nak pegi...shopping or makan...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-6-2024 06:48 AM GMT+8 , Processed in 0.074745 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list