Pelawak, pelakon dan pengacara, Johan Raja Lawak berjaya dalam tuntutan saman RM1 juta terhadap Juara Film Production Sdn Bhd dan pengarah, Mohd Javed Mohd Nizar, akibat kecederaan dialaminya selepas dibaling gelas kaca.
SEREMBAN: Pelawak terkenal, Muhammad Yazid Lim atau lebih dikenali sebagai Johan Raja Lawak cedera pada muka akibat dibaling dengan gelas kaca selepas bergaduh dengan seorang pengarah drama di sebuah restoran di Taman Sri Pulai 2, Sikamat di sini, kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, Johan, 26, bersama isterinya yang juga pelakon, Rozlinawaty Ismail atau Ozlyn Wati, 29, ke restoran itu berjumpa dengan pengarah berkenaan bagi membincangkan mengenai drama yang dibintangi mereka berdua. Difahamkan suasana menjadi kecoh apabila pengarah berkenaan tiba-tiba bertindak membaling gelas kaca ke arah Johan hingga menyebabkannya cedera pada muka manakala Ozlyn Wati yang cuba meleraikan pergaduhan turut cedera pada muka.
Kejadian dikatakan berpunca apabila pengarah drama berkenaan, Mohd Javed Mohd Nizar, 33, tidak puas hati dengan sikap Johan yang sering datang lewat ke lokasi penggambaran drama komedi seram berepisod yang akan ditayangkan di Astro.
|
ADVERTISEMENT