CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak 4 Tahun Kritikal Jatuh Tingkat 10

6-1-2014 11:35 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9212| Komen: 77

Gambar hiasan



AMPANG: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dilaporkan kritikal selepas terjatuh dari tingkat 10 sebuah flat di Taman Perindustrian Lembah Jaya, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, ibu mangsa dikatakan tiada di rumah kerana menghantar seorang anaknya ke sebuah sekolah berhampiran.

Namun, apabila wanita berusia lingkungan 30-an terbabit pulang ke rumah, dia terkejut sebaik melihat anak lelakinya itu sudah terjatuh menghempap bumbung sebuah kereta yang diletakkan bawah flat berkenaan.

Sumber berkata, kanak-kanak terbabit kini masih menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang, kerana kecederaan parah di kepala dan patah kaki.

"Mangsa dipercayai terjatuh dari balkoni rumahnya tingkat 10. Ketika kejadian, jeriji pintu di bahagian balkoni berkenaan dalam keadaan terbuka.

"Mangsa dipercayai keluar ke balkoni sebelum terjatuh. Jiran mangsa menyedari kejadian itu kemudian memaklumkan ibu mangsa yang pulang ke rumah," katanya.

Menurutnya, mereka segera menghantar mangsa ke Hospital Ampang untuk rawatan lanjut dan masih tidak sedarkan diri.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Khairuldin Saad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

Beliau berkata, pihaknya sudah merakam keterangan ibu mangsa dan kes disiasat mengikut Akta Kanak-kanak 2001.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kassim_Patalon 4-1-2014 07:19 AM
bumbung kereta tu apa-apa tak?
Quote Innrukia 4-1-2014 07:20 AM
Macam makin cuai ibu bapa skrg....anak age 4 tahun tinggal sorang kat rumah? susah sangat ker nak heret budak tu pi skali.
Dan mcm biasa satgi ada la meraung kesiankan mak pak cuai ni. Walhal patut dikenakan tindakan sbb sikap cuai nih.
Quote shiro82 4-1-2014 07:22 AM
Mak keluar berdua dgn anak lg sorang tinggalkan anak 4 tahun seorang diri dan pintu balkoni terbukak......cerdiknye la........
Quote lavajeans 4-1-2014 07:28 AM
Kassim_Patalon posted on 4-1-2014 07:19 AM
bumbung kereta tu apa-apa tak?

Bumbung kereta tu rosak sikit...

Cam kapla lu...

Quote siputsedut 4-1-2014 07:31 AM
Ni yg smalam ade forumer tulis kt benang toddler mati dlm kete tu kan?tp forumer tu tulis maknya dok buat mesyuarat tingkap dgn jiran tetangga...anak jatuh dr dlm rumah
Quote lavajeans 4-1-2014 07:33 AM
Ada org whatsapp wa..




Assalam Tuan
Maklumat awal kejadian 3/01/2013 jam lebih kurang 1630 hrs di alamat jln suasana 2/7  2 kanak kanak lelaki 1)umur 12 tahun n 2)10 tahun telah terjatuh semasa melalui longkang besar untuk balik ke Tmn megah dari Lake view.Salah seorang penama 1 berjaya diselamatkan oleh org awam.penama 2 telah terjatuh dan telah di bawa oleh arus longkang semasa itu hujan lebat n arus laju.Usha mencari sedang di lakukan oleh pihak bomba dan anggota balai btho.Maklumat pertama telah telah di buat n bantuan di pohon lagi tuan melalalui gerakan kajang dari pihak jpam n k9.Maklumat seterusnya akn di maklumkan.Tq tuan

Quote BurningTimes 4-1-2014 07:37 AM
another ibu bapa sakai felda pprt tidak ambil pendoman dan masih cuai,
agaknya mereka ingat boleh berzina dan terberanak lagi lah kot? Last edited by BurningTimes on 4-1-2014 08:38 AM

Quote sapp73 4-1-2014 07:41 AM
siputsedut posted on 4-1-2014 07:31 AM
Ni yg smalam ade forumer tulis kt benang toddler mati dlm kete tu kan?tp forumer tu tulis maknya dok ...

Aahhh..ada terbaca semalam. Ntah mana satu betul. Takut nak cover cerita aje. Lagipun anak usia tu tak boleh dibiarkan sendirian..kenapa tak dibawa sekali
Quote gogo2 4-1-2014 07:43 AM
Budak bodoh tapi kereta yg terima kesialannya...  
Quote Kassim_Patalon 4-1-2014 07:47 AM
gogo2 posted on 4-1-2014 07:43 AM
Budak bodoh tapi kereta yg terima kesialannya...

akak bersimpati dengan nasib yang menimpa bumbung kereta itu
Quote gogo2 4-1-2014 07:51 AM
Kassim_Patalon posted on 4-1-2014 07:47 AM
akak bersimpati dengan nasib yang menimpa bumbung kereta itu

Saya pon.  Bumbung oh Bumbung. Ko mmg teraniaya dlm hal ini.
Quote gogo2 4-1-2014 07:52 AM
BurningTimes posted on 4-1-2014 07:37 AM
another ibu bapa sakai felda pprt tidak ambil pendoman dan masih cuai,
agaknya mereka ingat boleh b ...

Mungkin dorang ingat beranak tuh mcm berak jer kot
Quote BurningTimes 4-1-2014 07:59 AM
gogo2 posted on 4-1-2014 08:52 AM
Mungkin dorang ingat beranak tuh mcm berak jer kot

hantar taska = mampos
duduk rumah = mampos

sedih macam tempurung kelapa kering sahaja akak tengok ibu bapa sekarang ini, hantar taska pun mampos, duduk rumah pun mampos.
tambat sahajalah anak2 sakai ini.
Quote mak_wa95 4-1-2014 08:05 AM
kecuaian ibubpa.......
Quote shachihata33 4-1-2014 08:09 AM
mcm mana lah boleh begitu yakin tinggalkan anak 4 tahun sorang2 kat rumah .
Quote clarizsa 4-1-2014 08:11 AM
huh? budak kecik cmtu mak dia tinggal sorang ke? bengong tul la... hish...
Quote noor2 4-1-2014 08:51 AM
sakit hati baca,...yela budak2 memang buas bak kata org perak...nakai...lasak...


moga nyawanya panjang...amin..

Quote shysari 4-1-2014 09:21 AM
Mudahan adik ni selamat..
Quote BumpIQ 4-1-2014 09:23 AM
BurningTimes posted on 4-1-2014 07:59 AM
hantar taska = mampos
duduk rumah = mampos

tambat pun boleh mampos kak
kurung jah dalam sangkar

Lihat semua komen(77)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 09:54 PM GMT+8 , Processed in 0.536862 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top