CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Sambutan Paling Bermakna Beckham - Posh

31-12-2013 04:57 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9427| Komen: 32



HAMPIR 15 tahun melayari rumah tangga bersama, hubungan pasangan selebriti, David Beckham dan Victoria masih utuh. Walaupun di sepanjang usia perkahwinan itu turut disusuli dengan pelbagai bentuk kontroversi, namun kelestarian rumah tangga mereka masih terjaga.

Malah, tahun ini merupakan sambutan Hari Krismas yang paling bermakna buat Victoria atau lebih mesra disapa Posh. Tidak seperti tahun sebelumnya, Posh melahirkan rasa gembira dan teruja apabila mereka sekeluarga pada pertama kalinya menyambut kedatangan Krismas di rumah baharu.

"Seperti tahun lalu, kami sekeluarga menyambutnya di Maldives dan tahun ini, ia diadakan dalam rumah kami sendiri.

"Saya sangat gembira dan seronok! Kami sangat bahagia dan saya teruja menghias rumah untuk sambutan tahun ini," katanya yang membeli rumah mewah di Kensington, pada awal tahun ini.

Bukan sahaja rumah, malah Posh juga turut menghias pokok Krismas dengan menggantungkan gambarnya bersama suami yang diabadikan pada rekaan bingkai berwarna putih.

"Saya ingin abadikan gambar kami bersama. Malah, setiap sambutan Krismas, kami akan buat sesuatu yang berlainan.

"Ini semua adalah koleksi kenangan kami," katanya yang turut menghabiskan masa bersama rakannya, Tana Ramsay di Central London manakala Beckham pula bersama Gordon Ramsay, di kelab malam di sekitar bandar, pada malam sambutan itu.

Baju tidur buat Posh

Tidak ketinggalan, Beckham turut menghargai penat lelah isterinya itu dengan membeli hadiah istimewa. Tampil dengan suasana yang romantik, Beckham menghadiahkan isterinya dua pasangan baju tidur sutera untuk Krismas.

Memilih baju tidur sutera rekaan Olivia von Halle, dari Newcastle, persalinan itu adalah rekaan mewah bernilai hampir RM1.2 juta. Malah, jenama rekaan ini juga menjadi pilihan penyanyi R&B, Rihanna.

Terkenal dengan kehidupan serba mewah, Beckham akui, nilai yang perlu dikeluarkan tidak menjadi halangan besar untuk menghargai suri hidupnya itu.

"Saya hanya mahu isteri saya kelihatan cantik dan ingin melihat dia dalam keadaan cantik setiap masa," katanya lagi.

Terdahulu, pasangan ini  berkahwin pada 1999 dan  dikurniakan empat cahaya mata, Brooklyn Joseph, 15, Romeo James, 12, Cruz David, 8 dan Harper Seven, 2.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote crazecousa 31-12-2013 11:45 AM
cun la posh ni.... geram tgk
Quote HannahMontana 31-12-2013 12:18 PM
Posh ni sanggup mengandung dan beranak...tahniah


Bukan semua selebriti fikir mcm ni

Jadi ibu sinonim dgn besarkan anak2...mmg kalau xde rejim penjagaan diri dan kecantikan serta disiplin dan sikap rajin melampau ,mmg xkan terurus diri

sebab hari2 fikir nak uruskan anak2 dan suami saja.
Quote ikinbest 31-12-2013 12:23 PM
posh, sanggup mengandung,beranak, .. punya suami yg hemsem,kaya dan ternama lagi ... tubuh still hot.. oh what a life!!

udah complete dan punya sagala  
Quote SyaAnis 31-12-2013 01:00 PM
anak2 ensem lak tuh, yang kecik skali tu tengok cam bekham dah rasanya.. hihi..
Quote qish8484 31-12-2013 01:21 PM
mane pic baju tido yg mahal tu nak g tgk
Quote nurul_akmar 31-12-2013 02:18 PM
1.2 juta??? rumah+kete aku + loan lenlain aku pon kurang dari 1.2 juta
Quote zuliana29 31-12-2013 05:48 PM
seronoknya jadi org kaya ternama ni.. dh memang cantik.. penampilan pun dijaga...
jeles sgt huhuuu..

posh, hot mummy....

Quote jarikuku 31-12-2013 06:02 PM
Untung la posh..
Tapi mmg salute la kat posh ni....
Dalam kesibukan pun penanpilan diri tetap terjaga..
Just posh ni kurus sangat..
Kalau berisi sikit lagi hot.
Quote nurelle 1-1-2014 08:08 PM
baju tidur je 1.2 juta?????


pengsannnnnnnnnnnnnnnn....
Quote Keisha-Belle 2-1-2014 05:27 PM
1.2m dasyatttt... takde gambo ker untuk baju tido tuh?
Quote KimoraHakim 5-1-2014 07:50 PM
untung la keluarga bahagia...susah omputeh ni nak beranak pinak esp celebrity top..how ever anak2 they all pun choms choms jugak...
Quote BellExOra 6-1-2014 11:31 AM
dia ni ada eating disorder kn sbb tu dye kurush je
Quote beatgirlX 6-1-2014 11:36 AM
nak tgk rupa baju tidur 1.2m tu....wowwwwwwwwwwww...
probalby sutera gred AAAAAA
Quote xtw 7-1-2014 11:41 AM
duit ada sume jalan..
nak tgk gak bju tido y mahal tu..
Quote syasb 9-1-2014 06:24 PM
Tdo mimpi ape eh kalau pkai baju 1.2 jota ni
Quote aizaganu 10-1-2014 01:53 PM
wahhh cam tido ats duit je rasanya.... hmmm
Quote lady_rara 13-1-2014 12:19 PM
Tidak ketinggalan, Beckham turut menghargai penat lelah isterinya itu dengan membeli hadiah istimewa. Tampil dengan suasana yang romantik, Beckham menghadiahkan isterinya dua pasangan baju tidur sutera untuk Krismas.

Memilih baju tidur sutera rekaan Olivia von Halle, dari Newcastle, persalinan itu adalah rekaan mewah bernilai hampir RM1.2 juta. Malah, jenama rekaan ini juga menjadi pilihan penyanyi R&B, Rihanna.
dua pasang baju tido.. bermakna rm2.4 jota lah???? wahh!!
mau sayang nak pakai kalau camtu....

tapi kalo baca statement ini :-

Terkenal dengan kehidupan serba mewah, Beckham akui, nilai yang perlu dikeluarkan tidak menjadi halangan besar untuk menghargai suri hidupnya itu.

"Saya hanya mahu isteri saya kelihatan cantik dan ingin melihat dia dalam keadaan cantik setiap masa," katanya lagi.

oohhh so sweet Beckham... menunjukkan betapa dia menghargai Posh.. sangatlah beruntung si isteri...
Quote umie_aziz 16-1-2014 05:31 PM
so sweet..
Quote miss_qasehs 17-1-2014 03:26 PM
nmpk dia syg sngt kat wife dia kan

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:56 AM GMT+8 , Processed in 0.068083 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top