CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Perjalanan Seni Leonardo Dicaprio

31-12-2013 04:46 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4102| Komen: 7








NAMA Leonardo DiCaprio bukanlah nama asing dalam industri perfileman Hollywood. Mula mencipta nama menerusi filem Titanic sekitar 1997, nama DiCaprio terus menjadi perhatian ramai.

Apatah lagi, dengan rupa paras yang kacak, dia menjadi antara aktor kegilaan ramai pada zaman kegemilangannya itu.

Kini, biarpun sudah 15 tahun berlalu, DiCaprio masih mempunyai aura tersendiri dan menjadi pilihan ramai penerbit serta pengarah.

Mengimbau sedikit pencapaian aktor yang dibesarkan di Los Angeles, California ini. DiCaprio memulakan kerjaya menerusi iklan televisyen sebelum menjadi pengacara dalam rancangan televisyen seperti Opera Santa Barbara.

Kariernya mula berkembang pada awal 90-an dan filem pertamanya dalam filem komedi seram Critters 3 1991.

Menerusi filem yang dibintanginya, DiCaprio menerima kritikan yang positif hasil daripada impak yang diberikan melalui filem itu.

Disebabkan lakonan yang baik dia diterima untuk membintangi filem Romeo & Juliet pada 1996 seterusnya berada di puncak dek fenomena Titanic.

Bakal menginjak ke usia 40 tahun, November 2014, DiCaprio pernah dicalonkan untuk tiga Anugerah Akademi dan sembilan Anugerah Golden Globe.

Tidak terhenti di situ sahaja, DiCaprio dicalonkan untuk anugerah penghasilan filem seperti Catch Me If You Can (2002), Gangs of New York (2002), Blood Diamond (2006), Street Revolution (2008), Django Unchained (2012) dan The Great Gatsby (2013). Pada  2004, DiCaprio memenangi Anugerah Gonden Globe untuk pelakon Terbaik untuk lakonannya dalam The Aviator pada 2004.

Filemnya seperti Shutter Island (2010) merupakan filem yang berjaya menerima kutipan yang tinggi. Selain menghasilkan filem, DiCaprio telah menerima pujian daripada aktivis alam sekitar kerana keprihatinannya terhadap kebersihan alam sekitar.


Penangan Jack Dawson

Biarpun ada yang beranggapan nama DiCaprio mula dikenali selepas membintangi filem Romeo & Juliet, namun pasti ramai yang bersetuju, watak Jack Dawson dalam filem Titanic yang sebenarnya melonjakkan nama DiCaprio.

Bukan sahaja kerana jalan cerita yang cukup menyentuh emosi, bahkan lakonan dan gandingan DiCaprio bersama Kate Winslet pada ketika itu cukup menjadi.

Hasil daripada lakonan itu telah membuka mata ramai pihak untuk melihatnya sebagai seorang pelakon yang bukan hanya mempunyai paras rupa yang kacak malah mempunyai bakat yang perlu diberi peluang.

Mengakui sukar menjiwai watak Jack Dawson pada mulanya, namun atas sokongan ramai, akhirnya DiCaprio berjaya menjiwai watak itu dan meneruskan bagi penggambaran hingga selesai.

Biarpun ramai peminatnya kecewa kerana DiCaprio tidak dicalonkan untuk Anugerah Akademi ke-70, namun bagi DiCaprio sendiri, dia berpuas hati kerana telah dicalonkan dalam kategori yang berprofil lebih tinggi termasuk  pencalonan Golden Globe.

“Saya tidak pernah merasa bagaimana rasanya apabila popular dan saya sangat-sangat tidak menjangkakan fenomena Titanic telah merebak ke seluruh dunia,” katanya.


Masih popular

Biarpun industri perfileman Hollywood dibanjiri pelakon-pelakon baharu, DiCaprio membuktikan auranya masih kuat untuk menarik perhatian penerbit dan pengarah menawarkan filem kepadanya.

Terbaharu, selepas membintangi The Great Gatsby kini, dia kembali lagi ke persada seni dengan mempertaruhkan filem terbaharunya The Wolf of Wall Street.

Kali ini dia bergandingan bersama aktor cantik Margot Robbie. Sama seperti Titanic, DiCaprio sekali lagi akan menjayakan filem yang berdasarkan dari kisah benar.

Demi menjayakan watak ini, dia terpaksa mendalami watak sebenar Jordon Belfort yang bangkit menjadi broker saham kaya yang terpaksa meninggalkan kehidupan mewah disebabkan kejatuhan secara tidak langsung telah terlibat dengan jenayah rasuah.

“Saya terpaksa melakukan apa yang pernah dilakukan oleh orang yang pernah melakukan perbuatan tersebut (watak sebenar) dan saya rasa janggal. Untuk itu saya perlu perlu tahu apa yang sepatutnya saya lakukan dan perlu menjadi orang lain seketika.

“Jadi saya perlu lakukannya dengan sebaik mungkin walaupun watak sebenar saya bukan begini,” selorohnya.

The Wolf of Wall Street ditayangkan pada 25 Disember lalu di seluruh pawagam di USA.





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SyaAnis 31-12-2013 01:01 PM
suka tengok dia dalam inception & catch me if u can.. best!!
Quote nurul_akmar 31-12-2013 02:19 PM
SyaAnis posted on 31-12-2013 01:01 PM
suka tengok dia dalam inception & catch me if u can.. best!!


Quote shanshero 31-12-2013 03:11 PM
First movie leo aku tengok gilbert grape berlakun sebagai adik jhonny deep yang cacat. Lakonan best sampai aku cry cry...owh! Sob..sob
Quote zaipen 8-1-2014 09:33 PM
suke tgk dia dlm romeo n juliet dgn bahase sastera berbunga nye....... sampai skrg pon masih dok layan citer tu......

Quote ogata 9-1-2014 10:43 AM
zaipen posted on 8-1-2014 09:33 PM
suke tgk dia dlm romeo n juliet dgn bahase sastera berbunga nye....... sampai skrg pon masih dok lay ...

ok nanti aku download
Quote kuku_kakiku 9-1-2014 02:01 PM
filem faveret i what's eating gilbert grape n romeo & juliet
dua2 best
Quote wanawina 11-1-2014 11:17 PM
aku dulu tak minat dia ni. even titanic pun aku x penah tgk. kalau tgk pun tak habis. (ye, aku tau aku pelik) LOL.

tapi sejak aku tgk inception, perghhh, sedap gile cite tu. aku tengok lebih 20 kali pun x jemu. best.

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:43 AM GMT+8 , Processed in 0.094066 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top