DALAM sibuk-sibuk dengan kes skandal Adi Putra yang sudah ditutup, Diva pun apa lagi, layanlah gambar-gambar perkahwinan mewah Rozita Che Wan dan Zain Saidin. Perkahwinan pereka fesyen Jovian Mandagie dengan seorang anak menteri pun boleh tahan juga. Dalam tengah asyik, Diva teringatkan cerita panas yang disampaikan seorang kenalan. Katanya, dia suruh Diva risik pula hubungan aktor pujaan ramai Remy Ishak dengan seorang wanita cantik. Ikut nama wanita berkenaan menerusi Instagram, ada tertulis nama Budicitawan. Jadi Diva anggap namanya sebagai Budicitawan. Risik-risik, wanita itu sebenarnya anak pelakon senior, Wan Hanafi Su. Katanya, dia agak pelik apabila melihat gambar-gambar macam 'pasangan' yang dimuat naik oleh Remy dan Budicitawan ke dalam Instagram masing-masing. Macam ada sesuatu katanya. Remy siap berbaju Melayu dan Budicitawan pula bersopan sekali semasa sama-sama meraikan seorang kenalan mereka yang bernikah baru-baru ini. Tengok dalam gambar, macam Remy dan Budicitawan memang berpakat dan hadir sebagai pasangan siap bergambar sebelah-menyebelah lagi dengan pengantin, kira macam pasanganlah. Macam serasi, macam ngam, macam-macam ada apa-apa sahaja!
|
GorgeousRai posted on 29-12-2013 04:09 PM
Pulak dah? yang mana satu ni Remy nak?
ADVERTISEMENT