CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Fbi Kembali Bersama Hot Fm?

30-12-2013 11:40 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 13419| Komen: 72



                        
PEMINAT yang merindui suara Mohd Faizal Ismail di stesen radio Hot FM boleh tersenyum gembira, apabila pemilik nama tersebut hari ini mengumumkan akan kembali semula bersiaran di radio digemari ramai itu.
       
Mohd Faizal atau lebih dikenali sebagai FBI, menerusi laman Twitternya berkata akan memulakan kerja sambilan di stesen radio tersebut bermula petang ini.
       
Menurutnya, suaranya akan ke udara dalam satu slot Hot FM Korner yang bersiaran pada jam 12 hingga 4 petang, setiap minggu.
       
"Dah sebulan lebih tak ke udara. Hari ini mula kerja sambilan.
       
"Seminggu sekali saja. Sapa nak minta lagu, silakan," tulisnya.
       
Dalam pada itu, menerusi akaun twitter Hot FM turut mengesahkan perkara tersebut.
       
"Ha, mesti kamu semua rindu nak dengar suara FBI kan?
       
"Sebentar lagi jangan lupa layan Hot FM Korner bersama FBI," tulis empunya laman mikro itu.
       
Pada Oktober lalu, FBI  mengesahkan bahawa beliau telah meletak jawatan sebagai penyampai radio di Hot FM.
       
"Salam semua, terima kasih kepada yang bertanya, maaf saya tidak boleh jawab secara mendalam.
       
"Cuma ada yang salah faham yang mengatakan saya letak jawatan 24 jam. Saya kata notis berkuatkuasa hari ini 24 Oktober, bukan 24 jam.
       
"Apapun, semuanya benar dan bukan status hangit seperti anggapan sesetengah anda. Terima kasih," memetik katanya di Facebook.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Matakilat 28-12-2013 08:10 PM
Pulak dah...
Quote kuchenta_81 28-12-2013 08:17 PM
Aha mmg dgr petang tadi. Ingat dejavu hihi
Quote mixed 28-12-2013 08:21 PM
Ok la tu tok pemenat heol once a week
Quote ZaraPalarae 28-12-2013 08:24 PM
Hek eleh
Ntah hape2
Dah letak jawatan da la, nk sambilan2 bagai
Borrringggg
Quote mitsui14 28-12-2013 08:27 PM
persediaan untuk menang abp lagi untuk kali ke berapa ntah
Quote vespa_oren 28-12-2013 08:28 PM
Dengar petang tadi, siap boleh pilih lagu... Layan lah smbl drive
Quote aderaderker 28-12-2013 08:30 PM
Pulok???
Xpe lah..aku x denga pun hotfm ni..bingit n merapu..
Quote maxim 28-12-2013 08:46 PM
jilat ludah balik?pastu alasan sbb peminat rindu konon?
Quote slyfynx 28-12-2013 08:48 PM
DJ radio kat Malaysia x best
X byk buat study
Ckp mende merepek2 je
Pastu gaji mahal
Radio luar DJ pn ckp mende ilmiah,
And study sblm ckp
Dj kite sebut name artis luar pun salah
Adam Levine (Adam 'livain')
Keanu Reeves ('kaynu' reeves)
Quote shaykays 28-12-2013 08:48 PM
Propa...boring
Quote estrelle 28-12-2013 08:54 PM
boring la dia ni...ape yg best kat dia ni...nextt!!
Quote starcity 28-12-2013 09:13 PM
Euwww.....aku rasa tak payah la. Cukup2 la dengar suara dia kat radio, tenguk muka dia kat TV3, TV9 selama bertahun2.
Best sangat ke dia ni?
Quote HannahMontana 28-12-2013 09:14 PM
Aku syak dia akan tetap dgn hot fm


dia mcm hilang arah utk seketika..


mmg FBI akan balik ke hot fm..itukan periuk nasi dia.
Quote chaoyunjie 28-12-2013 09:50 PM
Tadi tertengok FBI mengacara NLKO...
Maaf cakap, dia banyak memotong je...& melalut...

harap sangat dia tak buat seperti di radio...
Quote Aquagirl 28-12-2013 09:54 PM
Dia kalu tak join balik Hotfm pun takde hal. Income dia dr mcm2 sumber. Cuma popularity la mungkin akan berkurangan. Tak silap masa dia nak brenti hari tu Seelan Paul ada cakap mungkin akan pertimbangkan utk amik FBI secara part time.
Quote Fleur81 28-12-2013 09:55 PM
Mungkin permintaan dari pemenat2 beliau utk kembali ke hot fm
Quote merlinjb 28-12-2013 10:03 PM
dh x dgr sb Fara bingit sangat ketawa tapi rindu AG...
Quote pakwetizzaqyah 28-12-2013 10:40 PM
tak dengar pun hotfm...balik2 lagu sama...bosan nak mampos..ape la nasib aku kerja kat opis dulu budak kerani ni asyik pasak hotfm..adoi.. bingit nak mampus lagu2 bengong pasang
Quote tiramisuu 28-12-2013 10:47 PM
chaoyunjie posted on 28-12-2013 09:50 PM
Tadi tertengok FBI mengacara NLKO...
Maaf cakap, dia banyak memotong je...& melalut...


Tp pengacara ppuan tu lagi teruk..ckp sikit gelak..ckp sikit gelak sensorg..pdhl xde klakar pn

Lihat semua komen(72)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:32 PM GMT+8 , Processed in 0.123885 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top