Hamil 4 bulan, Lisdawati tetap menawan! NAMA Lisdawati atau nama sebenarnya Nisdawati Nazaruddin, 35, sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi. Mula dikenali selepas membintangi filem KL Menjerit pada 2002, karier lakonan aktres yang berasal dari Kuala Lumpur ini terus meningkat naik. Biarpun mendirikan rumah tangga dengan aktor berbakat besar, Fauzi Nawawi, 40 pada 2007, ia tidak sedikit pun menenggelamkan nama Lisdawati dari persada lakonan. Lebih istimewa, biarpun sudah memiliki dua cahaya mata, Nur Aina Farhana, 5 dan Nur Aina Fazneesya, 4, Lisdawati atau mesra di sapa Lisda masih kelihatan ramping dan cantik persis seperti dia ketika masih anak dara. Apatah lagi, dengan tugas sebagai ibu dan selebriti, tentunya Lisda mempunyai masa yang terhad untuk bersenam. Tentunya kelangsingan ini dicemburui ramai wanita di luar sana apatah lagi, ada di antara wanita yang masih belum berkahwin tetapi mempunyai berat badan yang berlebihan. Oleh itu, Zass mendekati Lisda bagi mengetahui rahsia penjagaan tubuh selain penjagaan rambut selepas dia tampil bertudung. Istimewanya, Lisda membuat pengakuan bahawa kini dia sedang hamil empat bulan dan ikuti cara Lisda menjaga berat badan biarpun dalam tempoh kehamilan.
|
Bagus |
5
Marah |
7
Terkejut |
9
Sedih |
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT