KUANTAN, 26 Disember – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah diminta mengusahakan bantuan set televisyen kepada setiap keluarga yang ditimpa musibah banjir baru-baru ini. Beliau berkata, bantuan televisyen itu merupakan antara usaha kerajaan yang akan bekerjasama dengan pihak swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) dalam usaha meringankan bebanan mangsa banjir.
|
ADVERTISEMENT