Kourtney, Scott Disick tak lagi bersama BERITA yang mengejutkan daripada Kourtney Kardashian dan Scott Disick apabila dikatakan tidak lagi bersama. Seperti yang diketahui, mereka berdua bertahun-tahun tinggal bersama. Seperti yang dilaporkan, Scott tidak lagi tinggal pergi ke rumah keluarga Kardashian. Dia kini memilih untuk tinggal di Montage Beverly Hills yang juga merupakan sebuah hotel lima bintang. Salah satu sumber berkata, Kardahsian dilihat berseorangan di sebuah bar hotel. Dia kelihatan sangat menikmati masa-masa bersendirian dengan tenang. Sumber itu menambah lagi dengan menyatakan seorang wanita berada di dalam bilik Disick dan individu tersebut bukan Kardashian. Kardashian dan Disick mempunyai dua anak bernama Mason dan Penelope. Namun begitu mereka masih belum bersedia untuk berkahwin.
|
Knowlee posted on 28-12-2013 10:14 PM
anak luar nikah dah sepasang, diorang ni kejap baik, kejap pisah, kejap baik, kejap pisah. kourtney ...
mrsbob posted on 29-12-2013 04:57 AM
Serabut tu lah yg diorg buat duit... Family drama kekdahnya....!!!!
ADVERTISEMENT