BAGI menghormati pelakon utama filem Fast & Furious, Paul Walker yang meninggal dunia pada akhir bulan lalu, filem ketujuh filem tersebut yang dijadualkan tayangan pada 11 Julai tahun hadapan ditunda kepada 10 April 2015. Pengumuman yang sudah dijangka itu dibuat melalui laman sosial Facebook milik pelakon Vin Diesel yang juga merupakan rakan rapat kepada mendiang Paul Walker. "Kami menyelesaikan adegan akhir bersama-sama dan ketika itu ada suatu rasa yang sangat berbeza sukar untuk digambarkan. "Filem ini telah siap sepenuhnya, namun tarikh tayangan akan ditunda kepada 10 April 2015," tulisnya seperti dipetik contactmusic.com. Cody Walker iaitu adik kepada Paul Walker dikatakan menggantikan watak pelakon tersebut sebagai Brian O Conner.
|
ADVERTISEMENT