RAKYAT India sekali lagi marah apabila Sanjay Dutt mendapat cuti untuk kali kedua dari penjara tempatnya menjalani hukuman. Meskipun alasan kali ini masuk akal namun tindakan tersebut mengguris hati rakyat India. “Permohonan yang diminta oleh Sanjay dipertimbang oleh ACP Mumbai dan pihak penjara Yerawada. Keputusan telah dibuat dan pihak berkuasa meluluskan cuti selama 30 hari kepada Sanjay Dutt dengan alasan untuk menemani isterinya yang sedang sakit,” kata sumber. Ketika ini, isteri Sanjay sedang bertarung nyawa melawan kanser hati. Disebabkan alasan tersebut Sanjay memohon untuk mendapatkan cuti hukuman penjaranya. Cuti tersebut merupakan cuti kedua Sanjay dalam masa sebulan. Ada yang berpendapat pihak penjara terlalu memanjakan Sanjay. “Ada orang tua yang masuk penjara bersama Sanjay, tetapi tidak mendapat cuti. Apakah keistimewaan Sanjay hingga membuatkannya mendapat cuti dalam satu bulan. Kerana ramai lagi orang yang berada dalam penjara tidak dapat berjumpa dengan orang yang mereka sayang,” kata seorang aktivis. Kejadian tersebut telah tersebar di alam maya dan berbagai protes terhadap tindakan tersebut telah dibuat. Sehingga sekarang, Sanjay tidak dapat dihubungi untuk keterangan lanjut.
|
ADVERTISEMENT