Black & Isteri Bakal Tunai Umrah Mahu Doa dapat Anak
"Perancangan awal selepas berkahwin tetapi saya sibuk dengan kerja dan baru sekarang dapat kosongkan jadual iaitu sepanjang bulan Januari nanti," katanya kepada mStar Online, di sini, Khamis. Black dan isterinya.
Dalam pada itu, Black berkata, kesempatan mengerjakan umrah nanti memberi ruang kepada mereka untuk berdoa kepada Allah agar dikurniakan cahaya mata agar kehidupan mereka bertambah lengkap. Katanya, setelah beberapa bulan hidup sebagai pasangan suami-isteri, dia kini menantikan rezeki untuk ditambahkan ahli keluarga. "Insya-Allah kesempatan menunaikan umrah ini saya ingin berdoa agar dikurniakan anak. "Saya dan isteri memang teringin untuk dapat anak, lebih-lebih lagi apabila melihat kawan-kawan yang baru kahwin sudah diberi rezeki tersebut," katanya. |
rayna_raynes posted on 21-12-2013 05:03 PM
Adira tak nak jadikan Black ni duta utk sabun dia ke? Kalau tetiba black ni boleh cerah dua tiga ton ...
pinkzara posted on 21-12-2013 06:13 PM
Nak doa utk dpt anak tak yah susah2 sampai nk kena buat umrah black oiii,
Memadai ko bangun 1/3 mlm ...
ADVERTISEMENT