Neelofa Risau Tinggal Sendirian Di AS | Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 24, berkata, sepanjang sebulan lebih berada di negara itu, dia risau dengan situasi kehidupannya bersendirian tanpa ditemani kenalan dari Malaysia. “Dalam rasa teruja untuk mengikuti kursus di NYFA, saya sebenarnya gementar dengan suasana yang bakal dilalui. “Ini kerana saya ke sana tanpa teman dan bilik yang disewa hanya saya seorang yang tinggal. Dan kalau nak tahu saya ini penakut orangnya. Tak boleh duduk seorang diri,” selorohnya. KUALA LUMPUR: Pelakon Neelofa meluahkan rasa debar untuk ke Amerika Syarikat pada 27 Disember ini bagi mengikuti kursus jangka pendek di Sekolah Filem dan Lakonan Akademi Filem New York, Los Angeles (NYFA). Neelofa ditemui pada majlis pelancaran Anugerah Meletop Era di Hotel Double Tree di sini pada Khamis. Tambah pelakon filem Lemak Kampung Santan, perasaan takut tinggal bersendirian wujud kerana dia sering mendengar pelbagai kisah berkaitan makhluk halus sejak zaman sekolah menengah. Malah rasa ketakutan itu membuatkan Neelofa telah membeli sebuah kamera mini yang disambungkan ke komputer dan diletakkan di bilik bagi membolehkan keluarga memantau keadaannya menerusi Internet. Dalam pada itu, Neelofa yang sedang menuntut di Kolej Universiti Sunway dalam bidang Perniagaan Antarabangsa dan Pemasaran berkata, tujuan dia mengambil kursus di NYFA adalah untuk menambah pengetahuannya di bidang seni lakonan. “Insya-Allah, ilmu yang dipelajari di sana dapat diaplikasikan dalam kerjaya lakonan saya. Dan sekarang ini saya tidak mengambil sebarang tawaran lakonan sehinggalah kursus selesai. “Kemudiannya saya akan terlibat dengan penggambaran filem berjudul Sinaran selepas pulang ke tanah air,” tuturnya.
|
non.sari posted on 20-12-2013 09:45 PM
Tumpang tanye, adakah NYFA tu same tmpat nye dgn liyana jasmay pergi tempoh hari?
Maaf, aku tak men ...
angsaemas posted on 20-12-2013 10:19 PM
liyana jasmay nyfa (new york)
lofa nyfa (LA)
sama akademi cuma cwgn lain2
non.sari posted on 20-12-2013 10:30 PM
Ooo.. Tenkiu2..
hanya yg kayess saja ke or golongan marhaen juga mampu?
Ke dipilih? Sorry.. Tany ...
AprilNing posted on 20-12-2013 10:33 PM
Untung la..setakat gi amik krusus sebulan je ..
Siap sewa rumah n pasang cctv lagi..
angsaemas posted on 20-12-2013 10:51 PM
akedemi mcm ni asal ada fulus ngan kemahuan jer uols..yg gagal spm pun bleh jer msok..xder kelulus ...
ADVERTISEMENT