CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Johan Tetap Tunggu Shila!

23-12-2013 04:35 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 43755| Komen: 308


SEBELUM ini, umum tahu tentang keakraban pelakon Juvana, iaitu Johan As’ari bersama penyanyi, Shila Amzah. Namun, selepas pelakon itu membuat pengakuan untuk melamar Lana Nordin, hubungannya dengan Shila Amzah agak dingin.

Malah pelantun Patah Seribu itu pernah membuat kenyataan tidak akan menerima Johan dan hubungan mereka tidak akan sama seperti dulu lagi.

Bagaimanapun, berbeza pula dengan pendirian pelakon Juvana ini. Menyedari Shila menukar nombor telefon dan menyekat laman sosialnya, Johan berkata, hatinya tetap terbuka untuk Shila dan menyifatkan hubungan mereka tetap seperti biasa.

“Saya masih menganggapnya sebagai teman saya. Sekiranya Shila mahu meminta sokongan daripada saya, saya tetap akan menyokongnya, dan berkawan semula dengannya seperti biasa.

“Kerana hubungan yang terbina adalah berteraskan perasaan kasih sayang yang lahir antara makhluk. Jika dia mahu, dia boleh menghubungi saya bila-bila masa saja. Saya tetap menerimanya dan menganggap sebahagian daripada saya,” katanya.

Menurut Johan, dia tidak rasa hubungan persahabatan yang dibina bersama Shila akan terputus begitu sahaja, memandangkan hubungan kekeluargaan mereka sangat rapat.

“Hubungan keluarga antara kami sangat rapat. Malah, Shila tetap menghubungi ibu saya, dan saya percaya hubungan mereka akan kekal baik selamanya,” katanya yang menganggap hubungan yang terjalin adalah kasih sayang yang diberikan oleh ALLAH SWT kepada semua makhluknya.

Namun, apabila ditebak mengenai Shila yang dikatakan tidak mahu menerima Johan atas alasan sendiri, Johan agak terkejut.

“Apa pun, saya tetap akan bersahabat dengan Shila selamanya.

Hubungan ini tidak akan putus. Saya masih dan tetap menyayangi Shila selamanya.

“Sebagai seorang sahabat, seperti yang selalu saya katakan, saya akan tetap mendoakan kebahagiaannya sampai bila-bila. Dan berharap dia berjaya dan gembira,” katanya yang menganggap penyanyi itu sebagai adiknya sejak awal perkenalan lagi.

Belum bawa Lana jumpa ibu

Meskipun dalam fasa perkenalan dengan cinta barunya itu, Lana Nordin, Johan bagaimanapun mengakui masih belum membawa kekasih hatinya itu untuk berjumpa keluarganya.

Jelas Johan, dia akan membawanya untuk berjumpa keluarganya pada masa yang betul-betul sesuai.

“Saya masih belum bawa Lana jumpa keluarga. Nanti ada masa yang betul-betul sesuai saya akan membawanya,” katanya yang mengakui keduanya sibuk dengan karier masing-masing.

3

Bagus
16

Marah
4

Terkejut
9

Sedih
4

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (50 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mongoose_kidz 23-12-2013 12:05 PM
bodo la dia ni..
dah2 la tu..jgn la bg shila tu harapan lagi..
dia ingat lelaki ngan perempuan ni cara berfikir sama ke???
Quote kakakmanis 23-12-2013 12:06 PM
Drama swasta apakah semua ini? Cakap pusing-pusing jugakkkkkk.
Quote ell768 23-12-2013 12:08 PM
ckp ngalahkan kaum tersebut dia punya putar belit tu..choi sgt2..
Quote munchkin 23-12-2013 12:09 PM
Tak payahlah shila. Carilah lelaki lain. Patutlah shila ingat dia sukakan shila. Manis di mulut. Tapi kalau shila dah move on, takde salahnya pun nak berkawan.
Quote melia_adamz 23-12-2013 12:09 PM
Eii xyah la klu jantan perangai cmni shila oitt Last edited by melia_adamz on 23-12-2013 12:10 PM

Quote non.sari 23-12-2013 12:10 PM
agak dah kenapa ko johan..
usahla ko tambah bara yang tersimpan johan oii..
fokus je dulu kat lana ko sorang tu..
statement mengundang padah la ko nih..
Quote AraBellaJuan87 23-12-2013 12:13 PM
Ntah dia ni.
Johan lelaki mulut manis.
Buat nan adooo~
Quote sunquick 23-12-2013 12:15 PM
hai la johan...
udah2 lah bg stetmen tu...
diam2 sudah...
peminat nyampah nanti tau....
ckp bukan main...
Quote annezghaff 23-12-2013 12:15 PM
masalah jiwa la johan ni
Quote aikee04 23-12-2013 12:15 PM
Xpayahla nak bcinta bagai nak rak.....kalau ada jodoh xkemana.
Quote FlowerGirl 23-12-2013 12:16 PM
Kalau aku jd shila..aku terima johan,buat dia jatuh hati then say bye bye. Biar dia rasa!
Quote rayna_raynes 23-12-2013 12:16 PM
Cakap berbelit mcm yahudi mabuk betul
Quote azie.dz 23-12-2013 12:17 PM
ni gila apa ni...lebey dr tahap gila meroyan dah ni
Quote carly_lah 23-12-2013 12:17 PM
dia ni mengigau ker??
Quote nacein 23-12-2013 12:18 PM
lantak la...padan kot dia ngan lana tu..nk sgt kawin ja la johan oiii...muka busuk je...johan n lana ni...mmg sesuai gt kot...
Quote Fafaa 23-12-2013 12:20 PM
si lana ni tak sedo ke dia kena game...
Quote shroom_5 23-12-2013 12:24 PM
Babi sangat jantan macam ni. Memalukan kaum saja.
Quote Masni 23-12-2013 12:26 PM
johan johan cepat lah membesar macam johan...
Quote myakayina 23-12-2013 12:26 PM
mak johan tak restu ke dia dgn lana tu? tetiba nak tunggu si shila plak dah.. johan ni pendirian tak tetap ke hapa..mainkan perasaan org jer..

Lihat semua komen(308)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:58 AM GMT+8 , Processed in 0.048885 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top