SELEPAS kejayaan filem pertama terbitannya, Abhishek Bachchan kini bersedia untuk projek filem terbaharu yang diarahkan oleh R. Balki. Pada kali ini Amitabh Bachchan turut serta dalam pembikinan filem itu sebagai teraju utama. Selain bapanya itu, dia juga memilih bintang baharu, Akshara Haasan dan Dhanush supaya lebih menarik. Filem yang masih belum lagi diberikan tajuk itu akan menggunakan bajet lebih besar berbanding filem pertamanya. Menurutnya, walaupun jalan cerita masih belum diputuskan namun pra produksi sudah dijalankan.
|
ADVERTISEMENT