HUBUNGAN percintaan Pekin Ibrahim, 32, dan Uqasha Senrose, 21, hampir berakhir gara-gara kontroversi yang mengaitkan pelakon sensasi, Shaarnaaz Ahmad. Menyedari ia hanya salah faham, hubungan kasih sayang antara mereka kemudiannya kembali bertaut seperti sediakala. Menurut Pekin, disebabkan kontroversi itu juga hubungan mereka semakin bertambah erat, malah bakal mempercepatkan penyatuan di antara mereka berdua. Pekin yang sebelum ini berteka teki dengan tarikh perkahwinannya, akhirnya mengaku tidak mahu menunggu lama untuk melamar wanita yang berjaya menambat hatinya itu sebagai suri hidupnya. Dia yang ditemui pada malam tayangan filem Tokan, di e@curve khamis lalu, sudah menetapkan tarikh perkahwinannya dan sudah mendapat persetujuan daripada kedua belah keluarga. Bagaimanapun menurut Pekin, keluarganya tidak mahu tarikh perkahwinan itu didedahkan pada umum atas alasan tersendiri.
“InshaALLAH, kami akan berkahwin tahun depan. Tapi keluarga saya masih tidak benarkan saya mengumumkan tarikh perkahwinan kami,” katanya yang mengikat pertunangan dengan Uqasha pada 6 Julai lalu. Setelah hubungan dengan buah hatinya, Uqasha Senrose, 21, kembali pulih, pelakon Pekin Ibrahim, 32 nampaknya tidak mahu menunggu lama lagi untuk menyunting aktres itu sebagai isterinya yang sah. Beritahu Pekin kepada pihak media, tarikh pernikahannya sudah ditetapkan. Bagaimanapun pihak keluarganya tidak membenarkan dia mendedahkan pada umum. "InsyaAllah kami akan kahwin tahun depan. Tarikhnya dah ada tapi famili tak bagi dedahkan", kata Pekin Ibrahim ketika ditemui pada malam previu filem Tokan bertempat di e@curve, malam tadi. Pekin dan Uqasha mula menjalinkan cinta sekitar awal tahun ini. Kemudian pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 6 Julai lalu. Bagaimanapun pada Oktober lalu pasangan kekasih mencetuskan kontroversi. Menerusi laporan sebuah akhbar menyebut, Pekin mendakwa tunangya itu mempunyai hubungan sulit dengan pelakon Sharnaaz Ahmad sehingga menyebabkan ikatan pertunangan mereka hampir berakhir. Namun selepas hampir dua minggu bergaduh besar gara-gara hal itu, Pekin dan Uqasha kembali berbaik semula. Dalam pada itu Pekin berkata dia bersyukur kerana sejak akhir-akhir ini dia tidak putus-putus tawaran berlakon. Terbaru, dia bakal muncul dalam filem Tokan. Dalam filem arahan Ghaz Abu Bakar itu, Pekin membawakan watak pengawal peribadi Tuan Kamil (lakonan Wan Hanafi Su), yang merupakan seorang tokan terbesar di Melaka. Filem tersebut bakal ditayangakan pada 26 Disember ini. |
starcity posted on 20-12-2013 10:27 AM
Masih tertanya2 nape pompuan secantik Uqasha nak kat Pekin
toteng posted on 20-12-2013 02:47 AM
Aku pulak terpk nape mak pekin ni nk si uqasha jd mnantu..kes comolot ngan nabil tu adoiii xdpt ak ...
amyainsamad posted on 20-12-2013 10:41 AM
kawen cepat.........pastu suruh uqasha jd surirumah. xdaya tgk flowerhorn.......
ADVERTISEMENT