CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nilai Ringgit Semakin Menurun

20-12-2013 10:27 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4032| Komen: 29

                                            
                                                                           
Mohamad Fazli                                                                                                                                    

SHAH ALAM – Kenaikan harga barangan dan perkhidmatan secara berterusan tanpa kawalan, akan memberi kesan kepada nilai mata wang negara.
        
Ketua Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Mohamad Fazli Sabri berkata, nilai RM1 pembelian barang ketika ini dijangka turun kepada 80 atau 90 sen pada tahun hadapan dan 2015, berikutan kenaikan harga secara bertindan.
        
Beliau berkata, kejatuhan nilai wang itu juga akan menyebabkan kuasa beli pengguna semakin berkurangan.
        
“Jika dilihat kenaikan tarif elektrik dan tol serta pengurangan subsidi gula, ia memberi kesan kepada pengguna dengan kenaikan harga barang dan inflasi juga dijangka meningkat dan ini memerlukan pemantauan berkala daripada pihak kerajaan.
        
“Jadi tidak ramai pengguna akan membeli (barang dan perkhidmatan) mungkin sebab mahal,” katanya ketika ditanya berhubung kuasa beli pengguna dalam tempoh dua tahun akan datang.
        
Mohamad Fazli berkata, kesan kenaikan harga sesetengah barang dan perkhidmatan bermula bulan hadapan, secara tidak langsung akan menyebabkan berlaku fenomena gelembung hartanah, iaitu situasi di mana masyarakat tidak berkemampuan membeli hartanah kerana bebanan hutang isi rumah tinggi.
               
“Nilai hartanah ketika ini sudah tinggi dan tidak ramai mampu memiliki kediaman sendiri. Jadi, orang akan fokus kepada barang keperluan asas, iaitu makanan seperti beras, gula dan tepung,” katanya.
            
Bagi mengatasi kesan kenaikan harga, Mohamad Fazli menyarankan masyarakat berhemah ketika berbelanja seperti menyediakan rancangan perbelanjaan, mengutamakan pembelian barang keperluan dan membuat perbandingan harga sebelum membeli barang.
               
Menurutnya, pengguna perlu menjadi masyarakat yang bermaklumat dan bijak dalam membuat keputusan berkaitan penggunaan dan perbelanjaan mereka.
            
“Program Rasionalisasi Subsidi (SRP) ini ada pro dan kontra kepada kerajaan dan masyarakat. Kerajaan pasti ada alasan sendiri jalankan program SRP disebabkan faktor kenaikan harga pasaran dunia dan untuk tujuan pembangunan.
          
“Masyarakat pula rasa sebaliknya, iaitu terbeban dengan kenaikan harga. Yang pasti, kenaikan akan berlaku dan kita perlu hadapinya. Kita sendiri yang mencorakkan perbelanjaan kita dan kena berbelanja di bawah lingkungan pendapatan,” katanya.
        
Beliau turut menyarankan supaya kerajaan mengkaji secara menyeluruh kesan kenaikan harga ke atas masyarakat di bandar dan luar bandar.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote leen_shaza 20-12-2013 07:55 AM
bingit dgr ari2 ada yg naik
mlm tadi dividen asb turun
nie...nilai ringgit lak turunn
legaaaaaaaaaaaaa ada gak yg turunnnnnnnnnn
Quote zainmahmud 20-12-2013 08:01 AM
So call negara berpendaoatan tinggi...mimpi la lu najib, sendiri bikin onar kasi rakyat menderita, gaji ciput barang mahal...wadda..
Quote shiro82 20-12-2013 08:07 AM
matawang turun la sampai sama nilai mcm bangladesh punya matawang pun apa ada hal.....ada najib kisah? bersyukur la cai2 masih menyanjung kempimpinan beliau........
Quote daisy71 20-12-2013 08:13 AM
berkhidmat untuk negara dengan cemerlangnya. booo...
Quote Muntz 20-12-2013 08:17 AM
Yg penting, setiap kali PAU, kena nangis dan bawak lagu Warisan.
Quote asudau 20-12-2013 08:31 AM
berat kak mah pun naik tak turun..
hujan je turun la nie...
Quote cmf_kunyit 20-12-2013 08:51 AM
and yet macai-2 terpaksa berdiam bisu akur dgn kenaikkan...
Quote ifanonline 20-12-2013 08:56 AM
tanda awal recession 2016
Quote gaara_X 20-12-2013 09:04 AM
molek laa.....welcome to Malaysia......
Quote Centurion 20-12-2013 09:12 AM
Pfftttttt....menuju wawasan 2020...
Quote selipar_hijau 20-12-2013 09:14 AM
Hrga rumah mahal gilaaa puiiiiiii!!
Quote MengkuduMasam 20-12-2013 09:18 AM
harap2 setidak2nya... dgn harga barang segala macam naik nih... property bubble burst...

merasa laa utk beli rumah yg selesa sket...

tapi.. selagi adanya gomen  yg baking REHDA... aku xrasa ianya akan berlaku
Quote kambeng_masam 20-12-2013 09:38 AM
yayy....MYR jatuh...untung aku. Tapi kesian la kat keluarga, rakan2 dan rakyat malaysia sekalian.
Quote cheida_mymee18 20-12-2013 09:43 AM
ayat macai...
so what? x suka pls kluar dr mesia..
janji mesia aman..
even hari2 ada kes bunuh mesia masih ok dr indon,theland,pilipin dan segalanya...
negara berpendapatan tinggi rakyat berpendapatan rendah..
sila guna slogan ini utk next merdeka nnt..
Quote pakwetizzaqyah 20-12-2013 09:44 AM
secara teori ekonomi ye..mmg nilai ringgit...sebagai DUIT akan turun... tetapi...apa aku peduli..asalkan wawasan 2020 tercapai...
Quote poyohabis 20-12-2013 09:45 AM
sekurang2nye najib leh ckp dlm banyak2 barang naik kat malaysia nie ada gak yg turunnya selain hujan iaitu mata wang kita makin turun...kita harus berbangga dengan penurunan mata wang kita...saya telah menepati janji tuk menurunkan apa yg perlu...
Quote bonggo 20-12-2013 09:46 AM
MengkuduMasam posted on 20-12-2013 09:18 AM
harap2 setidak2nya... dgn harga barang segala macam naik nih... property bubble burst...

merasa l ...

tapi kalau dah harga barang semua naik...walaupun harga rumah murah kita tetap rasa tak mampu... back to the square one jugak
k

Quote ANTUGIGI 20-12-2013 09:51 AM
semalam kecoh kat FB member2 aku cakap emas pun da jatuh.. so, boleh la beli emas banyak2 skang ni.. simpan untuk masa depan.. nak beli rumah lagi harga rumah suma da tinggi.. rumah lelong je la boleh beli 2 3.. semua untuk simpanan nanti.. sekarang bukan masa nak membazir2 nak beli baju2 mahal, tuka handbag mahal.. tuka gajet n keta baru.. sekarang kumpul harta je la.. apa2 jadi.. harta2 ni la penyelamat.. nak beli rumah baru siap rasa tak mampu.. nak nanes tengok harga.. beli je la rumah lelong.. sekurangnya dapat la makan sewa je.. memang terasa kenaikan harga sekarang ni..
Quote senah_tonggek 20-12-2013 09:52 AM
negara maju la katakan..tp mata wang dok turun sedia..hahaha..pangkah la lagi bn..semua naik..tp duit xnek2..gaji pun xnek2..hahaha..tahniah pok jib bodoh..

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 03:35 PM GMT+8 , Processed in 0.074196 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top