BINTANG Gossip Girl, Blake Lively difahamkan sudah bosan dengan kerjayanya sebagai pelakon. Atas alasan itu, dia bekerjasama dengan majalah New York dan melancarkan sebuah portal gaya hidup. Menurutnya, keengganannya untuk meneruskan kerjaya glamornya itu disebabkan mahu mencuba cabang baru selain berlakon. "Saya sudah bersama (Gossip Girl) dalam tempoh yang sangat panjang. "Kadang kala ia membuatkan saya terfikir untuk berhenti berlakon dan mencipta sesuatu yang saya suka," katanya semakin hari hilang rasa teruja untuk berada di layar perak.
|
ADVERTISEMENT