Peguam Zahnita, Datuk Amli Embong memohon kepada Hakim Syarie, Azmi Aziz agar diberi satu lagi tarikh sebutan kes tersebut. “Sepatutnya defendan kena hadir pada hari ini untuk menjawab tuntutan pihak plaintif, Zahnita. Tetapi defendan masih gagal hadir. “Kita minta satu lagi tarikh sebutan (3 Februari 2014) untuk membolehkan pihak defendan hadir ke mahkamah dan sekiranya gagal hadir, kami akan teruskan kes tanpa kehadiran pihak defendan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui, hari ini. Mengulas lanjut soal permohonan Zahnita atau nama sebenarnya, Zahnita Dorothy Hussein Wilson, Amli Embong berkata, permohonan tersebut adalah untuk bercerai secara fasakh. “Kami dah serahkan saman itu pada 13 Disember kepada pihak defendan. Walaupun mereka enggan terima tetapi sudah dianggap terima. “Zahnita memang dikecualikan kehadiran di peringkat sebutan tetapi untuk sebutan Februari nanti jika diperlukan Zahnita akan hadir,” katanya. Setelah lapan tahun mendirikan rumah tangga, Zahnita Wilson memfailkan permohonan cerai kepada Abdul Zackery pada 18 November lalu. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Zahrafeena, 6, dan Zaharayna,1.
|
dejure posted on 19-12-2013 12:56 PM
klu ade darah mamak ni kuat cemburu.....
ADVERTISEMENT