PEMILIK nama Keanu Charles Reeves, 49, bukan calang-calang pelakon selain memiliki wajah yang tampan, dia mempunyai bakat besar dalam lakonan. Namun namanya hanya lebih dikenali selepas membintangi filem The Matrix. Mengimbau kembali perjalanan kerjaya seninya, bakat Reeves mula diasah ketika berusia sembilan tahun dan terlibat secara langsung dalam produksi teater, Damn Yankees. Di usia 15 tahun pula, dia memegang watak Mercutio di pentas teater Romeo and Juliet di Posluns Theatre kemudiannya mengambil keputusan untuk beralih bidang. Tidak mahu terikat dengan lakonan pentas teater, dia kemudiannya mencuba nasib di depan lensa dan membintangi siri komedi, Hangin In, terbitan CBC Television. Selain tawaran lakonan, Reeves juga menerima beberapa tawaran lain seperti iklan, filem pendek dan juga jurucakap kepada produk terkenal. Pada 1984 misalnya, dia dilantik sebagai jurucakap pada program belia Canadian Broadcasting Corporation TV dalam rancangan Going Great. Mengenai penglibatannya di layar perak, Reeves yang bermula dengan watak sampingan akhirnya menerima watak utama drama filem River’s Edge (1986) mengisahkan satu kes pembunuhan yang melibatkan sekumpulan remaja. Ternyata filem itu menerima pelbagai komen positif dan dia mula mencuri tumpuan pengarah dan penerbit Hollywood. Sepanjang 27 tahun terlibat dengan industri seni, Reeves membintangi hampir 60 buah filem termasuk Speed (1994), The Matrix (1999), The Matrix Reloaded (2003), Constantine (2005), The Lake House (2006), Man of Tai Chi dan banyak lagi. Pahlawan Samurai Kembali dengan filem terbaharunya, 47 Ronin, penampilan Reeves kali ini lebih berbeza dari lakonan popularnya menerusi The Matrix. Memegang watak sebagai Kai, Reeves mempersiapkan dirinya dengan ilmu mempertahankan diri, samurai. Sedikit mengenai 47 Ronin, filem ini mengisahkan Kai (Reeves), yang diselamatkan oleh sekumpulan samurai yang mengelar diri mereka sebagai 47 Ronin. Demi membalas jasa kumpulan itu, Kai turut serta dalam misi membalas dendam terhadap musuh mereka.. "47 Ronin berdasarkan kisah sejarah benar yang berlaku pada zaman Edo yang dikenali sebagai Chushingura. "Ia berkisar mengenai seorang bangsawan yang difitnah dan dibunuh dengan kejam. Manakala pengikutnya (Ronin) berjanjimembalas dendam di atas kematian ketua mereka," katanya. Sementara, pengarah filem itu, Carl Rinsch berkata, dia pernah berbincang mengenai pembikinan filem aksi itu bersama Reeves dua tahun lalu dan tidak menyangka ia menjadi kenyataan. "Sebenarnya kami hanya cakap kosong dan berbincang untuk membikin sebuah cerita mengenai kisah fantasi Jepun. "Namun kami mahu lakukan ia dengan cara kami sendiri dan jadikannya filem Blokbuster menerusi lensa kamera," katanya. Filem arahan Carl Erik Rinsch ini bakal menemui penonton pawagam pada 25 Disember ini.
|
ogata posted on 17-12-2013 02:43 PM
one of the actor yang i nak sangat dating..
50 yet still hot and sizzling..
ogata posted on 17-12-2013 02:43 PM
one of the actor yang i nak sangat dating..
50 yet still hot and sizzling..
HannahMontana posted on 17-12-2013 05:43 PM
Kalau ko belum kahwin...aku doakan jodoh ko dgn Keanu Rivers ni.
InsyaALLAH.
garyura posted on 18-12-2013 12:45 AM
saja je kutip kacang sbb ada gmbr keanu reeves...pasal masa aku stadi dulu kawan2 panggil aku keanu ...
ADVERTISEMENT