CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Kebimbangan Hans Isaac Hanya Retis Masyhur Dapat Perhatian!

17-12-2013 10:42 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5636| Komen: 9

Hans Isaac Bimbang Hanya Artis Popular Dapat Perhatian         
                     

        
Hans Isaac


PETALING JAYA: Pengarah dan pelakon Hans Isaac mengakui kecewa dan bimbang dengan perkembangan industri seni tanah air yang hanya memberi perhatian kepada seseorang selebriti popular sahaja.

Hans, 42, berkata, senario tersebut mampu membunuh kerjaya seseorang artis popular dalam masa yang singkat.

"Pelakon-pelakon sekarang sukar bertahan lama terutamanya yang popular dan digemari masyarakat, mereka kebanyakannya hanya mampu menang satu anugerah dan kemudian hilang daripada industri.

"Stesen televisyen seharusnya membuka ruang kepada selebriti lain agar lebih ramai bakat baru yang mampu bertahan lebih lama dalam industri seperti di negara-negara luar," katanya kepada mStar Online.

Katanya, disebabkan perkara itu juga, ia memberi kesan kepada penerbit apabila kekurangan pilihan pelakon, penyanyi atau pelawak yang popular bagi membintangi produk mereka.

Oleh yang demikian, Hans lebih mementingkan kandungan serta pengisian yang terbaik berbanding populariti seseorang selebriti yang membintangi produknya.

"Saya lebih suka beri peluang kepada mana-mana artis yang layak dan mampu membawa memberikan hasil yang terbaik.

"Apa yang penting ialah kandungan sesuatu program itu, jika kita ambil selebriti yang sama dengan kandungan yang sudah diguna pakai pun tidak bagus dan masyarakat juga dapat menilainya," katanya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ais_kosong 16-12-2013 02:27 PM
ofkos retis banyak gossip org akan hengat
Quote budakmanentah 16-12-2013 02:29 PM
kalau dah retis tu sendu mcm mane org nk bg perhatian?? xkoser aihh
Quote cmf_jeangrey 16-12-2013 02:31 PM
bila byk program realiti nk cungkil bakat2 baru dikatanya retis mee segera.....yg kata camni mulut2 org industri jugak....so hadap lah senior2 yg masih kayu walau dah berlakon berpuluh filem
Quote pakwetizzaqyah 16-12-2013 02:40 PM
abis tu?? tkkn nk suruh andartu yg pernah kerja kat singapore yg dah serah dara dekat forumer suami orng plak perhatian??

ala hansa..ko pun dulu amik neelofa belakon..pe citer?? eh neelofa popular ke?
Quote fifie_olin 16-12-2013 02:44 PM
x kawin2 lg mamat sorg ni...duit byk...muka pon leh tahan...cerewet bebenor ke...
kwn2 dia yg lain dh beranak pinak dah...
Quote azie.dz 16-12-2013 02:44 PM
hans sila buat isu..skandal ke..then mmg pemes la kat benang porem ni..pastu wartawan cedok..makanya akan kembali pemes...
Quote imanda 16-12-2013 02:48 PM
filem ko kwn2 ko je blakon... ada amik muka baru ke? ohhh ada... neelofa. huhu
Quote tomet05 16-12-2013 02:50 PM
hm .. ada ebsba depa kata cam tuh kot ..
Quote BlackRed 20-12-2013 09:54 AM
mmg la...xkan nak amek retis suam2 kuku...kayu...please lah!

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:58 PM GMT+8 , Processed in 0.146179 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top