Kritik artis PR di AIM20: Zed Zaidi tidak waras dan minda sempit kata Dayangku Intan Kehadiran Dayangku Intan dalam majlis Anugerah Industri Muzik ke-20 (AIM20) pada malam Sabtu lalu menimbulkan rasa tidak puas hati kebanyakkan macai.
Ini dipercayai disebabkan kedangkalan fikiran mereka, oleh itu mereka merasakan majlis tersebut adalah majlis milik UMNO/BN, oleh itu sesiapa sahaja artis yang tidak menyokong UMNO/BN tidak wajar dijemput ke majlis tersebut. Ada antara mereka yang mempersoalkan apakah sudah tidak ada penyanyi lain selain Dayang yang tidak menghentam kerajaan untuk dijemput oleh AIM? Apakah dah tak ada penyanyi lain yang tidak menghentam kerajaan untuk pihak AIM 20 pilih..? Terlalu istimewakah Dayangku Intan dihati AIM 20...? Masih ramai penyanyi wanita yang lain era 80an malah kualiti vokal mereka jauh lebih baik seperti Sheila Majid, Francesca Peter, Azlina Aziz, Rohana Jalil kenapa tidak diberikan ruang. Kerana bengap ada juga yang mempersoalkan apa rasionalnya Dayang dijemput sedangkan Dayang kononnya sudah dilupakan dalam industri muzik negara..
Minah nie sudah dilupakan dalam industri muzik negara kita, kalau tidak kerana dia menyertai pkr dan berceramah di pentas pembangkang dengan memfitnah umno/bn dan najib, dia sudah menjadi tukun dan terus di lupakan... Jadi apa rasionalnya untuk minah tu dapat anugerah AIM? Mungkin penganjur AIM ini cukup berminat dengan cara dayang ku intan memaki hamun kerajaan dan najib, jadi untuk menghargai jasa dayang ku intan yang sedikit sebanyak memberi kemenangan kepada pakatan pada pru lepas, maka satu anugerah di berikan kepada dia, walhal semua orang tahu, lagu dayang ku intan tak la meletop mane pun... Bukan saja macai.. tetapi Zed Zaidi yang baru kehilangan jawatannya turut mempersoalkan kehadiran Dayangku Intan ke majlis tersebut.. Berikut adalah jawapan Dayangku Intan buat Zed Zaidi.. Fikiran Zed Zaidi tidak waras - Dayangku Intan Penyanyi Dayangku Intan yang pernah menjadi calon sebuah parti politik melabelkan Zed Zaidi sebagai gila publisiti murahan apabila bekas Presiden Seniman itu menerusi laman sosial mengkritik artis yang menyokong Pas dan PKR turut dijemput pada majlis Anugerah Industri Muzik ke-20 (AIM20) pada malam Sabtu lalu. Jelas Dayangku Intan, artis seperti Zed Zaidi sepatutnya tidak wujud dalam industri seni di negara ini kerana memiliki fikiran yang tidak waras dan minda sempit. Tegas penyanyi popular era 80-an itu, politik dan nyanyian merupakan dua perkara berbeza dan dia ikhlas dalam melakukan kerja dalam kedua-dua bidang tersebut. “Dalam seni, politik tidak boleh dicampur-aduk. Isu sokong parti mana-mana, itu lain cerita. Orang macam Zed Zaidi ini tidak mempunyai fikiran waras. “Orang macam dia macam dah gila talak pasal dah tak ada jawatan dalam persatuan, sebab itu dia cari publisiti murahan,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette di sini hari ini. AIM20 pada Sabtu lalu menyaksikan Dayangku Intan tampil berduet dengan Jay Jay menerusi lagu Kita Insan Biasa pada segmen penutup. Dayang Ku Intan merupakan calon PKR dan tewas ketika menentang Datuk Azalina Othman Said bagi kerusi Parlimen Pengerang pada Pilihan Raya Umum ke-13 pada Mei lalu. Artis lain yang dikatakan berpihak kepada parti pembangkang dan muncul di AIM20 adalah penyanyi Noryn Aziz sebagai penyampai anugerah dan penulis lirik Budi Hikayat yang menerima anugerah pada malam itu. |
ADVERTISEMENT