CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Izzue Islam Dilantik Duta Aura White

17-12-2013 09:40 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 22347| Komen: 93

Sebelum ini terdengar isu yang mengatakan pelakon dan penyanyi kacak, Izzue Islam tidak berdisiplin dan tidak menghadiri persembahan bersama sama dengan kumpulannya Forteen dan bertemunya baru baru ini dia menjawab semua persoalan berkaitan.

“Sebenarnya tidak ada isu, malah sekiranya saya tidak dapat membuat persembahan bersama-sama dengan kumpulan Forteen saya akan memberitahu pihak penganjur terlebih dahulu. Pihak pengurusan saya sendiri sedia maklum mengenai jadual saya yang terikat dengan lakonan dan juga nyanyian. Mereka tidak ada masalah mengenai itu dan hormati kerja saya,” ujarnya.

Izzue Islam juga cukup sedih apabila diajukan soalan sekiranya suatu hari nanti dia terpaksa meninggalkan kumpulan Forteen kerana isu sebegitu.

“Apa yang ingin saya perkatakan adalah saya cukup sedih sekiranya saya terpaksa keluar dari kumpulan Forteen ini. Tetapi saya berharap perkara itu tidak berlaku dan saya akan terus bersama sama dengan kumpulan Forteen,” katanya.

Sementara itu, Izzue Islam telah memberitahu bahawa dia dan isterinya menggunakan produk Aura White dalam menjaga penampilan dan kesihatan mereka.

Izzue Islam yang ditemui ketika majlis pelancaran Aura White & Aura Men telah dilantik sebagai duta untuk produk terbaru jenama tersebut iaitu Aura Men yang menampilkan dia dan bersama Hanez Suraya.

“Saya sebelum dilantik untuk menjadi duta kepada produk Aura Men ini, saya dan isteri memang mengamalkan pemakanan tambahan ini dan apabila diketahui oleh pemilik Aura White, Puan Ferina dia melamar saya untuk menjadi duta kepada produk terbaru khas untuk lelaki, Aura Men”


“Mula-mula sebelum saya mengamalkan Aura White, saya ada bertanyakan pada isteri adakah produk ini boleh diambil oleh kaum lelaki dan isteri saya kata boleh, saya hanya perlukan Aura Men sebagai makanan tambahan kerana ianya khas dibuat untuk lelaki,” katanya.




3

Bagus
1

Marah
4

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (14 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sekunyut 16-12-2013 07:17 PM
Si izu ni mmg azalinya cerah kan...sama la ngan hanez...amik la black si nyawa tu jd duta...harus meletop2 product ni...berani?
Quote aviators 16-12-2013 07:19 PM
Izzue ni dari dulu pic keje bancuh air dah putih mcm ni....
Quote batman_2007 16-12-2013 07:21 PM
Izzue kulit dh cantik. Try jakpar onn jd duta meltop ke tidak
Quote RatuDunia94 16-12-2013 07:21 PM
sekunyut posted on 16-12-2013 07:17 PM
Si izu ni mmg azalinya cerah kan...sama la ngan hanez...amik la black si nyawa tu jd duta...harus me ...

Saathiya ke kan...

tak pun Khir Rahman... pemulihan & pencerahan...
Quote poyohabis 16-12-2013 07:24 PM
sekunyut posted on 16-12-2013 07:17 PM
Si izu ni mmg azalinya cerah kan...sama la ngan hanez...amik la black si nyawa tu jd duta...harus me ...

Tah dia org ni dah ambik artis yg putih melepak lps tu ramai lak duk makan nak seputih melepak artis tu...
Quote BurningTimes 16-12-2013 07:26 PM
Tumpang tanya, produk ini berkesan kah? Kawan akak minum berkati2 sampai sanggup perut kosong pun tak putih2, berkerak situ jah.
Quote BurningTimes 16-12-2013 07:27 PM
Alahai benci akak produk2 jualan yang ambil artis yang sememangnya dah putih jadi duta, kenapa tak ambil negro sahaja? Jaclyn victor? Sama lah kot macam Safi Rania, motif ambik Che Ta yang dah memang lawa tu jadi duta kenapa? Kenapa tak ambil pelanggan yang memang betul2 dah gunakan produk mereka untuk cantik? Ke memang tak berkesan?
Quote RatuDunia94 16-12-2013 07:28 PM
BurningTimes posted on 16-12-2013 07:26 PM
Tumpang tanya, produk ini berkesan kah? Kawan akak minum berkati2 sampai sanggup perut kosong pun ta ...

entah lah kak.. iols x pernah la pula berniat utk mencuba...

kerak kawan akak tu kerak keturunan tak kak?

Quote BurningTimes 16-12-2013 07:31 PM
RatuDunia94 posted on 16-12-2013 08:28 PM
entah lah kak.. iols x pernah la pula berniat utk mencuba...

kerak kawan akak tu kerak keturuna ...

Mak bapak dia normal2 je kulit, tak putih or hitam, asian skins lah kot. Tapi anaknya hitam sebab main panas rasanya.
Kerak jadian lah kot.

Quote sarah_ary2 16-12-2013 07:31 PM
Izzue Islam memang dah sedia putih samalah mcm hanez suraya,
Lainlah amik Azwan Ali ker, baru boleh tgk perbezaan,

Btw, Kenapa sume taksub nak jadi putih?
Putih tue cantik ke?
Ni semua adalah propaganda sejak dari dulu lagi yang menanamkan pemikiran cantik itu putih, sedangkan yang gelap itu hodoh, sebab tue dalam cerita Snow White pun, Snow White jadi the most beautiful woman disebabkan kulitnya yang paling putih,
Pada pendapat iols, bersih itu baru cantik,kalau produk penjagaan kulit untuk buang jerawat okeylah, but untuk putih, rasanya tak berbaloi lah...
Quote pakwetizzaqyah 16-12-2013 07:33 PM
oh hanesz suraya..abang rindu
Quote samax 16-12-2013 07:38 PM
Contohila produk anak rozita sendayu tinggi tu..nama dato syukri ke apa ntah..d'herbs..dia punya iklan dalam sokkabar metro berlambak lambak..model mokcik pokcik abang kakak berkerak je
Quote RatuDunia94 16-12-2013 07:38 PM
BurningTimes posted on 16-12-2013 07:31 PM
Mak bapak dia normal2 je kulit, tak putih or hitam, asian skins lah kot. Tapi anaknya hitam sebab  ...

memang ada sestengah kerak yg susah nak hilang... lg2 bila dh lama melekat kat kulit...
pakai cream ape pun susah nak hilang.. telan ape pun x jalan...

kaedahnye kene rajin pegi spa la buat lulur...
x pun kalau banyak duit guna laser mesin ape entah.....
Last edited by RatuDunia94 on 16-12-2013 07:40 PM

Quote BurningTimes 16-12-2013 07:43 PM
RatuDunia94 posted on 16-12-2013 08:38 PM
memang ada sestengah kerak yg susah nak hilang... lg2 bila dh lama melekat kat kulit...
pakai cre ...

Pulse lightning ke kak? Rasanya pulse lightning ni bukannya bagi putih sangat, hilang pori2 dengan parut adalah kot. Untuk flawless skin begitu.

Quote sekunyut 16-12-2013 07:44 PM
RatuDunia94 posted on 16-12-2013 07:21 PM
Saathiya ke kan...

tak pun Khir Rahman... pemulihan & pencerahan...

saathiya ngan khir terlalu ekstrem noks...tak mampu aii rasa utk produk ni berkesan......kalau mereka cuba produk yang adira pucat tu pakai mungkin berhasil
Quote wookiehoney 16-12-2013 07:46 PM
lenkali guna lah black weiiii baru power
Quote mast3r 16-12-2013 07:50 PM
Amik model yg sedia ada putih. Senangnya cari duit
Quote RatuDunia94 16-12-2013 07:51 PM
BurningTimes posted on 16-12-2013 07:43 PM
Pulse lightning ke kak? Rasanya pulse lightning ni bukannya bagi putih sangat, hilang pori2 dengan ...

ye kot...

akak ni sental pakai hampas kelapa je dik non...
Quote Fleur81 16-12-2013 07:54 PM
Ada ke patut lantik retis yg da sedia putih jd duta produk pemutihan

Lihat semua komen(93)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-9-2024 01:34 PM GMT+8 , Processed in 0.045032 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top