CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Siti Nurhaliza Turut Bantu Mangsa Banjir

10-12-2013 11:31 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 45035| Komen: 376

PENYANYI tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin turut turun padang bagi meninjau dan menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di daerah ini.

Bantuan yang dibawa itu merupakan sumbangan daripada Yayasan Nurjiwa dan SimplySiti, antaranya barangan makanan dan keperluan peribadi golongan wanita serta lampin pakai buang untuk kanak-kanak dan bayi.



"Macam hari ini ramai dah pulang ke rumah, dan mungkin ada ruang dan peluang saya ingat nak singgah satu atau dua tempat lagi.

"(Kemudian) saya ingat kalau lepas ini masih ada lagi mangsa (banjir) di negeri lain saya dan suami mungkin akan pergi (menjenguk), Insya-Allah bergantung kepada keadaan banjir," katanya.

Beliau ditemui pemberita ketika menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di Sekolah Menengah Gudang Rasau dan Sekolah Kebangsaan Pandan, di sini hari ini.

Setakat 9 pagi ini seramai 33,952 mangsa banjir masih berada di 141 pusat pemindahan di sembilan buah daerah yang terjejas akibat banjir di Pahang.


Kuantan masih menempatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 27,700 orang di 35 pusat pemindahan

Siti Nurhaliza ubat kesedihan

KUANTAN – Kunjungan penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin ke pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Gudang Rasau di sini, semalam sedikit sebanyak mengubat kesedihan mangsa banjir yang sudah berkampung selama lapan hari di situ.

Kehadiran selebriti kesayangan ramai itu ditemani suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa dan beberapa lagi ahli keluarga bagi menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di negeri ini.

Bantuan yang dibawa itu merupakan sumbangan daripada Yayasan Nurjiwa dan SimplySiti, antaranya barangan makanan dan keperluan peribadi golongan wanita serta lampin pakai buang untuk kanak-kanak dan bayi.

Siti ketika ditemui berkata, beliau amat bersimpati dengan nasib yang menimpa mangsa banjir dan berusaha membantu mengikut kemampuan terutama pemberian keperluan asas dan makanan.

“Kita bagi dalam bentuk barangan asas seperti lampin pakai buang dan makanan yang boleh dimakan segera ketika berada di pusat pemindahan.

“Lawatan dan sumbangan dibuat di beberapa pusat pemindahan di Kuantan memandangkan di sini paling terjejas. Alhamdulillah, rumah keluarga Siti di Lipis tidak terkena banjir dan kebetulan pula mereka berada di Kuala Lumpur sekarang.

“Kami bersimpati dan berharap semoga bencana ini segera berlalu,” katanya ketika menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di Sekolah Menengah Gudang Rasau dan Sekolah Kebangsaan Pandan, di sini.

Sementara itu, seorang mangsa banjir, Aminah Sulaiman, 83 begitu teruja kerana tidak sangka musibah menimpa turut mendapat perhatian artis terkenal yang juga pujaannya.

“Memang habis rumah tenggelam dan barang-barang juga banyak rosak kerana banjir tetapi sejak seminggu lalu kami berteduh di sini.

“Tiba-tiba Siti datang memang seronok dan teruja kerana bukan senang untuk bertemu dengannya,” katanya.


Bagus
2

Marah
4

Terkejut

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote miawpink 9-12-2013 06:09 PM
nah





Quote lepapilon 9-12-2013 06:09 PM
dh xde pic nape la bkk benang siap2
Quote miawpink 9-12-2013 06:10 PM




Quote miawpink 9-12-2013 06:11 PM




Quote novlin 9-12-2013 06:12 PM
Ekekekekke..sedap nama siti selfie...
Quote dellema 9-12-2013 06:13 PM
alhamdulillah..
Quote miawpink 9-12-2013 06:15 PM
abby n pojiah gaus pun ada tlg gak
Quote biskut_milo 9-12-2013 06:20 PM
Aku doakan sitot dikurniakan Cahaya mata...
Quote clarizsa 9-12-2013 06:21 PM
yeay dh bka thread... nk tumpang puji sheols.. tersentuh ati tgk kt ig td..
Quote Farini 9-12-2013 06:22 PM
cantik plk ct ni...
Quote syafiq79 9-12-2013 06:23 PM
Bg aku lekan..x kira le retis ke vvip ke org besa ke..kalu nk menderma x yah nk tnjk2 sgt tkt nnt jd len niat kita...aku pun sonok gk tgk ada retis yg prihatin tp bila tnjk2 ni jd cam nyampah pun ada..sori le ct ekk...tp bila tpp yg tlg mangsa banjir mmg aku terharu sesgt dia lah yg masak...putera n putarinya pun ada... Last edited by syafiq79 on 9-12-2013 06:24 PM

Quote clarizsa 9-12-2013 06:23 PM
tgk muka siti masa dia usap kepala kanak2 n bayi smbil hulur diapers tu, nmpak kasih sgt.. semoga siti diberi peluang miliki zuriat sendiri..
Quote clarizsa 9-12-2013 06:26 PM
bg i, biar kebaikan siti ni diketahui ramai.. dia pn x hadap nk menunjuk rasanya.. tp biar jd tamparan buat manusia yg sibok politik, berdebat psal khemah,... siti bwa selori khemah buat sedekah.. x perlu birokrasi, x perlu risau mangsa mnta dipasang aircond.. semua yg mmbntu mangsa, hati mereka mulia..
Quote dahliateck 9-12-2013 06:27 PM
xpe la, dr tayang muka baik dia tayang kebajikan yg dia buat

tq ct, jasamu hanya allah yg mampu mebalasnya
Quote lepapilon 9-12-2013 06:30 PM
kira ok je kot artis tayang aktiviti gini. macam kita2 jugak kalau bt ape semua nk tepek kat fb.. kurang2 ada la jugak manfaat siti buta ni
Quote miss_ikato 9-12-2013 06:31 PM
x kisah la niat dia ape...ikhlas ke ape ke....bg i biarlah amal kebajikan di saat banjir ni diviralkan....agar lg ramai membantu...drpd jd keyboard warrior je duk politikkan n mengeji gambar penderma2 tu....xde la minat ct sgt but ape yg dia buat ni osem k....
Quote dahliateck 9-12-2013 06:31 PM
xpe la, dr tayang muka baik dia tayang kebajikan yg dia buat

tq ct, jasamu hanya allah yg mampu mebalasnya
Quote kirana_22 9-12-2013 06:32 PM
Semoga siti dimurahkan rezeki dn mdpt zuriat.
Quote bungalisa 9-12-2013 06:35 PM
lepapilon posted on 9-12-2013 06:09 PM
dh xde pic nape la bkk benang siap2

Ala... Tak menahan da nak bukak... Pic ade digengaman... Tapi xbole upload... ....

Lihat semua komen(376)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-10-2024 04:38 AM GMT+8 , Processed in 0.042376 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top