Sedang orang lain sibuk memberi bantuan kepada mangsa banjir di Pahang dan Terengganu, lain pula ceritanya bagi pasangan suami isteri, Mawi dan Ekin apabila mereka memilih untuk membantu golongan gelandangan di sekitar Ibu Kota Kuala Lumpur. Berdasarkan gambar yang dimuat naik di Istagram pasangan ini iaitu tengan malah semalam, program yang diberi nama 'Jelajah Unequein' memberi fokus kepada golongan gelandangan yang berada di sekitar Jalan Chow Kita, Jalan Sultan dan Jalan Petaling. Program yang lebih kepada memberi bantuan makanan kepada golongan itu dibuat selepas Mawi dan Ekin mengadakan jualan promosi produk Unequein yang berlangsung dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam semalam. Dalam pada yang memuji dan mengucapkan syukur di atas keprihatinan mereka, ada pula peminat yang menyalah ertikan tindakan pasangan ini dengan melabelkan mereka seperti menunjuk-nunjuk. "Alhamdulillah kembvang bulu tgk..tp x perlu nak menunjuk sgt klu ikhlas nak buat baik...nite..assalamulaikum," komen salah seorang peminat. Tidak hanya di status Mawi, seorang lagi peminat meluahkan rasa sama di status milik Ekin. "Ruginya buat baik menunjuk2." Apa pun yang dilakukan oleh pasangan ini, ia bukan sahaja berbentuk amal kebajikan, malah lebih kepada keprihatinan seorang rakyat Malaysia kepada insan lain yang memerlukan.
|
dahliateck posted on 9-12-2013 01:08 PM
ha'ah kan, xkan tu pun x boleh, dr dok gambo selfie manjang, tu lg sakit mata naik ketumbit rasany ...
ADVERTISEMENT