CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Boroi Diculik Penyamun

9-12-2013 11:16 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6877| Komen: 32

Gambar hiasan


REMBAU – Empat penjenayah dengan salah seorang bersenjata parang bukan sahaja menyamun sepasang suami isteri yang bekerja di sebuah ladang ternakan, malah turut melarikan 19 ekor lembu termasuk seekor yang diberi nama 'Boroi'.
        
Boroi itu menjadi kesayangan pemiliknya kerana pernah memenangi tempat naib johan pertandingan lembu cantik (kategori lembu pedaging) sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan 2009.
        
Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, mangsa, Robe Iskandar, 25, dan isterinya, Evi Mansor, 25, mengalami kerugian apabila barang kemas bernilai RM3,000 dan wang tunai RM750 dilarikan perompak tersebut.
        
Menurut Robe, ketika kejadian, dia yang sedang lena tidur terkejut apabila pintu bilik mereka digegarkan sebelum dilemparkan tong gas.
Katanya, sejurus kemudian seorang penyamun bertopeng masuk dan membuka pintu bagi membolehkan tiga lagi penyamun masuk ke dalam bilik berkenaan.
        
“Mereka mengikat kami dengan kain pelekat dan turut mengacukan parang panjang ke arah kami serta mengambil barang kemas dan wang tunai," katanya.
        
Robe berkata, bimbang sekiranya penyamun berkenaan mengangkut kesemua 33 lembu ternakan di ladang berkenaan, dia mendapat helah dengan menyatakan kepada penyamun bahawa ada pekerja lain akan datang ke ladang berkenaan sebelum jam 5 pagi bagi kerja-kerja memotong kambing.
        
“Saya lihat penyamun berkenaan berbisik dengan rakannya dan mereka kelihatan ingin cepat. Setelah saya yakin mereka melarikan diri, saya berusaha menanggalkan ikatan dan berlari meminta pertolongan ke rumah jiran berdekatan sebelum membuat laporan polis," katanya.
        
Sementara itu, pemilik ladang berkenaan, Kamarulzaman Budin, 55, berkata, kejadian itu adalah pertama kali berlaku sejak dia memulakan operasi ladang seluas lapan hektar sejak 1998.
        
"Kerugian setakat ini dianggarkan RM60,000," katanya.
        
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superintend Mizan Md Dom mengesahkan kejadian berkenaan dan menyatakan kes kini sedang disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun bersenjata.

6

Bagus
6

Marah
6

Terkejut
8

Sedih
5

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (37 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote RaulRaz 8-12-2013 10:21 AM
boroi ni jantan ke betina?siap menang naib johan pertandingan lembu cantik (kategori lembu pedaging) sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan 2009...
Quote finding 8-12-2013 10:23 AM
robe & evi
best nama
Quote tepisket.. 8-12-2013 10:33 AM
Adui, kacukan mana ni?? Urban gile nama..
Quote sapp73 8-12-2013 10:36 AM
amboi tajuk
Quote shahx 8-12-2013 10:40 AM
kenapa babitkan shahrizat?
Quote umisha 8-12-2013 11:00 AM
menangis kak ijat......
Quote xpdckelate 8-12-2013 11:20 AM
apa kaitan dengan kat ijat pulop
Quote mybarbie 8-12-2013 12:52 PM
amboi glemer nama lembu tu...
Quote tongkatwaran75 8-12-2013 01:47 PM
confused how did she becomes into the picture? Last edited by tongkatwaran75 on 8-12-2013 01:51 PM

Quote jonlabu 8-12-2013 02:00 PM
forumer tak beretika... mereka-reka  tajuk kunun sensasi semata2 utk meraih populariti. tak pernah belajar ke dari apa yg berlaku dulu. skmm datang rumah hangkut pc bagai kerana fitnah forumer cari.
jenis bodow tak bleh diajar.
Quote rebecca_nur 8-12-2013 02:03 PM
Tokey lembu ni bangsa apa ya? Nama urban betul
Quote jengkoil 8-12-2013 02:24 PM
Robe..rob..cow robbery. ..
Quote saladin780 8-12-2013 02:27 PM
TT x takut ke ngan SKMM..

Quote batmana 8-12-2013 02:27 PM
mane ade lembu boroi..
dh perutnye mmg gitu..
Quote prettyuglybabe 8-12-2013 02:32 PM
rebecca_nur posted on 8-12-2013 02:03 PM
Tokey lembu ni bangsa apa ya? Nama urban betul

mereka berdua bukan tauke.. hanya pekerja dari indon mungkin. taukenya yang kamarulzaman budin tu..
Quote d-7-0ne 8-12-2013 02:41 PM
xpdckelate posted on 8-12-2013 11:20 AM
apa kaitan dengan kat ijat pulop

mcm xtau pulok, lembu ngan ijat xdapat dipisahkan.........
Quote budakecik 8-12-2013 02:52 PM
RaulRaz posted on 8-12-2013 10:21 AM
boroi ni jantan ke betina?siap menang naib johan pertandingan lembu cantik (kategori lembu pedaging) ...

Bab tu ko kena tanya kat Mod Abang Boroi . Tetapi aku rasa lembu selalunya  yang bertanding mosti jantan .



Kecuali dalam kategori lembu bunting . Mesti betina
Quote budakecik 8-12-2013 02:53 PM
Kalau lembu gay pun tak kan towkey nak bawa masuk bertanding . Kecuali manusia gay yang berotak lembu jer
Quote rebecca_nur 8-12-2013 03:06 PM
prettyuglybabe posted on 8-12-2013 02:32 PM
mereka berdua bukan tauke.. hanya pekerja dari indon mungkin. taukenya yang kamarulzaman budin tu. ...

Yerla, baca tak habis

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:06 AM GMT+8 , Processed in 0.044246 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top