CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tpm Mohon Maaf Mangsa Banjir Lewat Hanta Bantuan

6-12-2013 04:10 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3980| Komen: 17


KEMAMAN - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memohon maaf kepada semua mangsa bencana banjir kerana kelewatan bantuan bekalan makanan semasa banjir kali ini di seluruh negara.
   
Ia suatu perkara yang tidak diduga.
   
Justeru Muhyiddin mengarahkan agensi kerajaan berkaitan menyedia dan memberi stok makanan dengan segera kepada mangsa banjir memandangkan keadaan meruncing terutama di Kemaman.
   
"Saya telah keluarkan arahan kepada pihak MKN (Majlis Keselamatan Negara)supaya menyediakan stok bekalan makanan yang mencukupi untuk sekurang-kurangnya tiga hari.
   
"Amaun yang boleh digunakan tidak menjadi isu. Soalnya bekalan yang boleh kita ambil, mesti disimpan di setiap pusat pemindahan dan saya minta supaya perkara ini diteliti," katanya.
   
Beliau berkata demikian selepas meninjau kawasan dan penempatan mangsa banjir di sekitar Sekolah Menengah Kebangsaan Banggol, Paya Berenjut, di sini hari ini.

Turut sama dalam lawatan itu ialah Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Terengganu, Zuhami Omar.
   
Timbalan perdana menteri dan rombongan terpaksa menggunakan lori Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke pusat pemindahan banjir sejauh kira-kira 5 kilometer dari persimpangan Mak Lagam dan kunjungan beliau ternyata menceriakan mangsa banjir yang ditempatkan di situ.
   
Beliau kemudian menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir dan melawat kawasan banjir di beberapa lokasi lain dengan trak tentera berkenaan.
   
Malah Muhyiddin turut meminta Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membekalkan makanan kering ke pusat-pusat penempatan mangsa banjir di semua lokasi yang memerlukan, berikutan keperluan asas yang sedia ada, sudah tidak mampu menampung mangsa banjir yang semakin meningkat.
   
"Saya telah putuskan dengan panglima tentera darat, stok bekalan makanan kering yang digunakan oleh tentera mungin boleh digunakan untuk mangsa banjir," katanya.

Dalam perkembangan sama, Muhyiddin turut mencadangkan satu pasukan perubatan ditempatkan di pusat pemindahan bagi memantau kesihatan mangsa banjir.
   
"Kita telah mencadangkan Jabatan Kesihatan negeri menggerakkan pasukan perubatan dari hospital yang tidak terlibat dengan bencana untuk turun padang. Satu pasukan perubatan perlu ada di setiap pusat pemindahan bagi memantau kesihatan mangsa banjir.
   
"Saya difahamkan ketika ini pasukan tentera telah ditempatkan di sekitar Kemaman. (Ini kerana) doktor di sekitar sini tidak boleh lagi membantu, apabila hospital pun dah sesak," katanya. 

11

Bagus
4

Marah
1

Terkejut
4

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (20 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote magnus 6-12-2013 03:30 PM
Okla tu..cuba yg terbaik..
Quote gaara_X 6-12-2013 03:35 PM
ngan dok sibuk kat sinun je samapaikan lupa orang kat sano.....
Quote Maideen. 6-12-2013 05:41 PM
Kami amat mengharapkan YAB Batuk Seri Najib Tun Razak sundri yang datang menghulurkan bantuan kepada kami.

Sekian dan Takbirrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr.

Yang Benar,

Haji Parjo bin Tukiman
Presidin Persatuan Lobai dan Lobainita Kuantan.
Quote kecimpret 6-12-2013 05:43 PM
dorang tgh bz meroyan kat PWTC..takpe kami phm
Quote wana89 6-12-2013 05:45 PM
haiyaaaa...hangpa meeting kat PWTC tu lagi penting ka???
memang la dah plan lama tapi kalo bencana alam macam ni kena cencel la semua kepentingan politik..
haiyooo...
Quote cucumberkl 6-12-2013 06:28 PM
Jgn bagi susu tin expired suda....
Quote solstice 6-12-2013 06:48 PM
Bosan
Quote shysari 6-12-2013 07:22 PM
Kami redha je..dah 3 mlm biasa tido atas lantai sejuk tanpa selimut n bantal ..banjir ni kan 'tepu' PAU tu setahun sekali je..kami paham..
Quote munchkin 7-12-2013 02:23 PM
Cepat2 jangan terlewat...kesian mereka ni!!!,
Quote ekod79 7-12-2013 02:26 PM
ijat dah membangsatkan fuziah sebab komplen bantuan lewat apahal tpm nak mohon maaf lak....hehe
Quote Al-Patih 9-12-2013 07:54 AM
Bantuan dari selangor selamat tiba di Kuantan

5 buah trailer smpai ke paya besar dari selangor..Jabatan amal selangor uruskan penghantaran 20 buah trailer ke pahang membawa bekalan untuk mangsa banjir - Dr.Raja Iskandar Al-Hiss , Ketua DPPP.Elok saja bantuan dari rakyat untuk rakyat sampai ke Kuantan.. mengapa bantuan dari kerajaan yang cukup lengkap dengan helikopter dan bot laju susah sangat nak sampai...

Tak malu ke?

meke apo nak podolikan ...oreng pahang tetap undi meke ...
Quote Acong 9-12-2013 07:58 AM
Maideen. posted on 6-12-2013 05:41 PM
Kami amat mengharapkan YAB Batuk Seri Najib Tun Razak sundri yang datang menghulurkan bantuan kepada ...

PM malayasedang menghulurkan bantuan sambil dipantau oleh sang isteri dari tingkap......
Quote puankhairil 9-12-2013 08:07 AM
menyampah aku tgok pemimpin beso
Quote ais_kosong 9-12-2013 08:18 AM
pak shahidan kata terbaik..
ni awat lambat lak?
Quote puterikhaleeda 9-12-2013 08:42 AM
so rakyat .... pandai laa wat pertimbangan nanti....
Quote R2D2 9-12-2013 09:26 AM
Dakwaan bantuan lewat adalah tidak benar

KUALA LUMPUR: Dakwaan bantuan makanan lewat tiba di pusat pemindahan mangsa banjir di Kuantan adalah tidak benar, kata Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Pahang, Mejar Nazri Miskan.

Beliau berkata, sejak hari pertama kejadian banjir berlaku di daerah itu,
helikopter tiba untuk menghantar bantuan kepada mangsa banjir selepas



dipindahkan ke pusat pemindahan.

Bagaimanapun, katanya, selepas mangsa banjir berpindah ke pusat pemindahan,

keadaan agak kelam-kabut kerana jumlah mangsa yang terbabit melebihi jangkaan
awal.


"Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) terpaksa menyusun semula pengagihan makanan dan semua bahan mentah kepada mangsa kerana terdapat beberapa pusat pemindahan baru dibuka.

"Kemungkinan sepanjang membuat agihan, berlaku sedikit kelewatan tetapi tidak
sampai dua hingga tiga hari kerana bantuan diberikan pada hari yang sama,"
katanya ketika dihubungi. - Bernama
Quote yanasan21 9-12-2013 09:35 AM
kepada kerajaan pimpinan bn, belum terlambat lg nak ambik hati rakyat....bila ada musibah, biarlah korang yg dulu menghulur bantuan. jgn bila rakyat dah bising2, baru nak tunjuk muka...
Belum terlambat lagi nak turunkan harga minyak, gula, elektrik dsb nya...
Tunjukkan anda semua berjiwa rakyat dengan mengurangkan elaun yg ada. rasai kesusahan yg di alami rakyat....berubah la.....
sebelum aku pangkah pembangkang......

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 02:36 PM GMT+8 , Processed in 0.155487 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top