CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Cara Sherry Ibrahim Jaga Kesihatan

6-12-2013 03:53 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9779| Komen: 4

SEKITAR dua setengah tahun yang lalu, wanita yang kini berusia 30 tahun ini mengambil keputusan untuk meninggalkan lapangan seni demi cintanya terhadap tugasan di awan biru bersama Qatar Airways.

Biarpun ketika itu namanya sedang mekar di lapangan seni, Sherry Ibrahim atau nama sebenarnya, Syarizad Ibrahim nekad untuk kembali bergelar pramugari.

Namun, seandainya sudah tertulis jodoh dan rezekinya di lapangan seni, Sherry akhirnya akur untuk kembali biarpun sebenarnya dia hanya sekadar ‘singgah’ dan membintangi drama Teduhan Kasih.

Tapi ternyata, tuah lebih memihak kepadanya dalam bidang seni dan membuatkan nama Sherry kembali menjadi perhatian.

Tidak hanya bakatnya yang menjadi perhatian, personaliti dirinya sebagai seorang pramugari membuatkan Sherry sentiasa kelihatan mudah dan cantik.

Bukan sahaja kehalusan kulit, bahkan Sherry juga mempunyai rambut yang cukup dicemburui oleh golongan wanita di luar sana.

Justeru, pasti ramai yang tertanya-tanya, bagaimanakah cara Sherry menjaga kecantikan kulit dan wajahnya.

Sejak bilakah anda mula menitik beratkan soal penjagaan kecantikan, kesihatan dan kecergasan?

Hendak kata terlalu awal, tidak juga. Terlalu lambat pun tidak juga. Seingat Sherry, sejak usia belasan iaitu 16 tahun, Sherry sudah mula menitikberatkan soal penjagaan diri.

Sebagai selebriti, semestinya anda kerap kali bersolek. Bagaimana menjaga kulit agar kekal dan cantik? Mungkin ada rutin atau petua yang boleh dikongsi bersama.

Sherry jenis yang jarang bersolek seandainya tidak terlibat dengan penggambaran atau sesi fotografi. Bagaimanapun, jika perlu bersolek, Sherry akan pastikan menyapu make up base yang bagus sebelum itu. Selepas sampai sahaja di rumah Sherry akan terus membersihkan solekan dan memastikan tidak dibawa sehingga tidur. Sherry juga aplikasikan toner dan night serum. Tip yang Sherry amalkan bagi mendapatkan kulit yang cantik ialah mengamalkan tidur yang cukup. Mesti cukup 8 Jam!





Bagaimana pula dengan penjagaan kesihatan? Ada yang mengamalkan pengambilan vitamin atau suplemen tertentu?


Sudah tentu! Sherry akan pastikan mengambil vitamin C. Selain itu Sherry juga minum Evening Primrose Oil yang diamalkan sejak usia 16 tahun lagi. Untuk kecantikan serta kesihatan rambut pula, Sherry memilih Fish Oil.

Menyentuh soal kecergasan, adakah anda selalu ke gimnasium atau mengamalkan senaman tertentu di rumah?

Sherry akan sentiasa pergi ke gimnasium sekiranya mempunyai waktu terluang atau merasakan badan kurang cergas. Terus terang, Sherry bukannya kaki gimnasium dan selalu ke sana. Bagaimanapun, di rumah, Sherry selalu mengamalkan 'sit up' sekurang-kurangnya 100 kiraan sehari.

Bagaimana anda mengekalkan bentuk badan sedia ada? Ada mengamalkan petua pantang larang?


Sherry juga sama seperti orang lain yang ada kalanya berat badan naik. Jika itu berlaku, Sherry akan terus melakukan diet sendiri iaitu tiada pengambilan karbohidrat selama sebulan. Selain itu, Sherry juga mengelakkan makanan berminyak.

Memiliki rambut panjang dan lurus yang cantik, adakah anda selalu ke salun?


Sherry merupakan duta Hairkunst Saloon yang terletak di The Curve. Setiap bulan Sherry mendapatkan rawatan rambut. Di rumah pula Sherry mempunyai dua syampu berbeza. Selain itu, Sherry juga gemar menggunakan Argan Treatment Oil dan Argan Oli Hairmask yang digunakan sekali sebulan. Bagi mengelakkan rambut gugur, Sherry akan mengambil sebiji suplemen setiap hari.

Pasti banyak tip kecantikan yang dikutip sepanjang bergelar pramugari, mungkin boleh kongsikan?


Banyak minum H20. Sherry pula jenis tak suka minum air kosong dan Sherry akui ia satu kelemahan. Jadi, sebagai ganti, Sherry akan minum air teh hijau bersama madu. Tidak dinafikan krew kabin mempunyai pelbagai tip, antaranya menyapu yogurt ke muka sebelum masuk tidur terutamanya selepas melalui penerbangan yang panjang.


Apa pendapat anda tentang permainan minda seperti Saidina, Sahiba, Chess? Adakah ia dapat melepaskan tekanan?


Ya! Walaupun ia berkonsep menguji minda, namun pada masa yang sama, ia sering kali mengundang gelak tawa bersama teman. Sebabnya, masing-masing pasti tidak berpuas hati seandainya hartanah yang diidamkan sudah dibeli. Ia boleh digambarkan seperti masa bermanfaat bersama kawan-kawan.


Antara dunia lakonan dan dunia awan biru, mana sebenarnya yang lebih dekat dengan anda?

Jujur bagi Sherry, kedua-duanya dekat. Karier Sherry bermula sebagai krew kabin dan sudah berkecimpung dalam bidang itu selama 7 setengah tahun.  Sherry rasa cukup bertuah kerana berpeluang berkhidmat dengan dua syarikat penerbangan bertaraf 5 bintang iaitu MAS dan Qatar Airways.


Dunia lakonan pula memberikan cabaran yang berlainan. Jadi keduanya begitu dekat dihati Sherry. Hanya kata syukur mampu Sherry ungkapkan. Persamaan ada antara keduanya ialah menuntut kesabaran, kerjasama dan kerja keras.


Akhir sekali, boleh kongsikan mengenai kerjaya lakonan Sherry?


Jika tiada aral melintang, peminat boleh saksikan lakonan terkini melalui drama terbaru Sherry padaDisember ini. Selain itu, Sherry turut terlibat dalam beberapa projek akan datang. Nantikan sahaja.


Profil:

Nama: Syarizad Ibrahim

Tarikh Lahir: 3 April 1983

Tempat Lahir: Petaling Jaya, Selangor.

Pekerjaan: Aktress, model, pengacara TV

Keringgian: 162cm / 1.62m

Berat: 49 kg

Lakonan: Teduhan Kasih, Dunia Baru, Cinta Tak meter, Renjis, Lara Rindu Mahsuri, Cinta untuk Ain, Biru Cinta De Laguna dan lain-lain.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote salimrock 5-12-2013 01:19 PM
baik jd pramugari la..dr jadi artis.
Quote yayah8989 5-12-2013 04:10 PM
eh mcm muka aida aris sikit
Quote BlackRed 9-12-2013 09:48 AM
Dua2 pun ok, x bnyk kontroversi. Bgs Sherry ni, cume seksi jer la x berkenan.
Quote nanajo 15-12-2013 08:55 PM
Aida aris pun dulu pramugarikan?

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:07 AM GMT+8 , Processed in 0.110133 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top