PETALING JAYA - Pemain bola sepak kebangsaan, Mohamad Aidil Zafuan Abd. Razak menganggap tuntutan nafkah dua orang anak mereka yang diminta bekas isteri, pelakon Rita Rudaini Mokhtar sebanyak RM5,392 tidak munasabah sedangkan dia hanya memperoleh gaji RM10,000 sebulan. Aidil, 26, yang mengikat kontrak dengan pasukan Johor Darul Takzim (JDT) turut mendakwa jumlah yang diminta Rita, 37, melampaui perbelanjaan sebenar keperluan asas kedua-dua anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna, 2.
|
ADVERTISEMENT