GUA MUSANG - Polis menumpaskan kumpulan mencuri susu bayi berjenama di beberapa pasar raya di negeri ini selepas menahan lima orang termasuk tiga wanita tengah malam tadi. Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Saiful Bahri Abdullah berkata, mereka ditahan di Kilometer 12 Jalan Gua Musang-Kuala Lipis selepas cuba melarikan diri daripada sekatan polis di Kem Semor di sini.
"Kereta yang dinaiki mereka didapati sarat dengan 84 tin dan 29 kotak susu bayi berjenama. Mereka yang berumur antara 23 dan 43 tahun berasal dari Sabah dan dalam perjalanan dari Kota Baharu ke Kuala Lumpur. "Mereka dipercayai ke Kuala Lumpur untuk menjual susu bayi itu yang dicuri dari beberapa pasar raya sekitar Kota Bharu sebelum ini. Kesemua susu itu dianggarkan bernilai RM10,000,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang di sini, hari ini. Beliau berkata, ketika soal siasat, kesemua suspek mengakui mereka menjalankan kegiatan itu hanya dalam masa sehari sahaja untuk mengumpulkan kesemua susu bayi berjenama itu. Saiful Bahri berkata, tugas mencuri susu bayi itu dilakukan seorang daripada tiga wanita itu dengan memakai baju kurung bersaiz besar bagi memudah menyorok tin susu di bawah kelangkang. Siasatan lanjut mendapati mereka pernah ditahan kerana kesalahan sama di beberapa negeri lain sebelum ini.
|
mommymonster82 posted on 4-12-2013 05:13 PM
Sehari je? Camne dorg buat?
X lenguh ke
lavacoffee posted on 5-12-2013 01:16 AM
Sehari kerja keras la..pastu balik sabah njoy ikut cara indon...
PathFinder@60 posted on 5-12-2013 01:16 AM
Jalan Terkengkang Kengkang,
Alasannya, Gatal Kelengkang,
Memang Gatal Betullah Nampaknya,
mommymonster82 posted on 4-12-2013 05:17 PM
Hi bg lava...
Hilg dah stress udang naik harga? Selamat dh ngap udang tu? Hihihi
mommymonster82 posted on 5-12-2013 01:18 AM
Mommy ada tgk video..
Tp still xleh byg mcm mn dorg buat..
Ada poket kanggaroo ke celah kangkang ...
R2D2 posted on 5-12-2013 01:21 AM
kat malaysia level sorok susu je
kat oversea , sorok TV celah kangkang lagi!
lavacoffee posted on 5-12-2013 01:21 AM
Org susah2 cari duit nak beli udang
dorang sonok2 curi celah kangkang...
PathFinder@60 posted on 5-12-2013 01:22 AM
Poket Kanggaroo ?
HaHaHaHaHaHa
Itu Senjata Sulit
mommymonster82 posted on 5-12-2013 01:26 AM
Pasni doktor sebelum jahit tu tanay dulu..
Puan cukup duit dak gamak ni nak bela anak?
Kalu xcuk ...
R2D2 posted on 5-12-2013 01:21 AM
kat malaysia level sorok susu je
kat oversea , sorok TV celah kangkang lagi!
ADVERTISEMENT