BINTANG kelahiran Glee, Lea Michele akhirnya mengumumkan judul album pertamanya, Louder setelah sekian lama menangguhkannya. Ia merupakan berita gembira buat peminatnya apatah lagi vokal dan suara Michele sangat merdu terutamanya membawakan lagu-lagu dalam program TV realiti itu. Bukan itu sahaja, dia juga bakal melancarkan single barunya, Cannonball, pada awal tahun depan. "Single ini juga merupakan kejayaan besar dalam karier seni saya dan pastinya menjadi buah tangan yang bermakna buat anda semua pertama," ujar bekas kekasih Cory Monteith itu. Lagu Cannonball merupakan hasil ciptaan penulis dan komposer terkenal Hollywood, Sia Furler.
|
ADVERTISEMENT