JIKA kebanyakan selebriti lain lebih bergantung pada alatan kosmetik untuk kelihatan lebih cantik, namun tidak bagi aktres cantik, Emma Watson. Aktres berusia 23 tahun itu tetap memukau walaupun tanpa secalit mekap di wajahnya ketika mengunjungi sebuah pasaraya bersama rakan-rakannya. Hanya mengenakan imej sederhana, rata-rata peminat memuji penampilan Watson yang kekal cantik dan segar. "Wanita muda ini sangat bersih dan segar! Salah satu wajah paling cantik yang pernah saya lihat,” puji salah seorang peminat yang melihat kelibat Watson di pasaraya itu.
|
ADVERTISEMENT